Wednesday, 23 April 2014

#14

 “Heyya boy.....” Bella memulakan bicara setelah talian disambungkan.
            “Heyya....”
            “Sihat dah ke?”
            “Dah okay sikit. Makan ubat tadi.”
            “Tadi aku jumpa Aliff tau. Aku taktau dia duduk sini.”
            “Aliff mana pulak?”
            “Aliff Harris la.”
            “Oh, Harris... Dating dengan dia ke?”
            “Kot ye pun nak jealous, tuduh biar relevan sikit, dia species pak ostad, mana nak layan budak picisan macam aku ni...”
            “Eheh, tapi aku layan kau....”
            “Tak lama lagi kau pun blah la. Aku dah biasa, people come and go....”
            “Kot ye pun nak terasa, aku tengah demam ni.”
            . Bella berdecit. Kuat menganjing dia ni. “Kalau demam, pi tidur la.. Goodnight...”
            “Lagi...”
            “Lagi ape plak?”
            “I miss you? I love you?”
            “Abang miang sengkuang ni, kot ye nak rindu pun, baru tiga hari tak jumpa.”
            “Fine....... Goodnight..... Pergi lah kahwin dengan Aliff Harris tu..”
            Ketawa Bella pecah. “Dah kenapa tiba-tiba pasal kahwin pulak? Kahwin sungguh karang...”
            “Tak kisah...... Pergilah.....”
            “Ok, goodnight. Assalamualaikum.” Bella mematikan telefon.
            “Waalaikumussalam.” Minah ni memang betul la tak pernah bercinta. Bukan reti nak pujuk ke apa.
            Amir meletakkan telefon di meja lampu tidur di sebelah katil. Lengan diletakkan ke atas dahi. Teruk pulak demam kali ni.....

**************


                Bella capai headphone di atas meja dan menyambungkannya kepada iPod.
            “Kak.” Fai mengetuk pintu.
            “Benda? Masuk la.”
            Fai buka pintu bilik kakaknya. “Pinjam pemacu kilat.”
            “Pemacu-what? Apa tu?”
            Fai geleng kepala. “USB lah ngeng.”
            “Lah, USB. Dah kau bercakap bahasa piawai SPM dah kenapa?” Bella bangun dan bergerak ke meja belajar. Laci meja ditarik. Pendrive diambil dan dihulurkan kepada Fai.
            Fai berjalan ke arah Bella untuk mengambil pendrive tersebut. Matanya tertancap di atas sekeping foto yang berada dalam laci meja. “Heh, gambar dengan boyfriend lah tu.”
            Bella cepat-cepat tutup laci dan kembali ke atas katil. “It has nothing to do with you.”
            Fai membisu lalu melangkah keluar dari bilik kakaknya. It has everything to do with me, sister.

*****************


            Danial mengerling kalendar yang digantung di dinding bilik. Kurang asam gelugor betul, dah nak sekolah rupanya. Dah 15 Disember dah pun. Tapi yang bestnya tahun depan takde mamat poyo tu satu sekolah dengan aku. Hoyeaaahhhhhh. Telah lama ku tunggu saat ini. Danial senyum sendiri.
            Haih, tahun depan kena struggle la ni. Subjek form four sepatah hama pun macam tak masuk je dalam otak.
            Kot ye aku malas belajar pun, PMR aku 8A 1B. Rezeki itu kalilah. Memang kalah la dengan mamat poyo tu sebab dia 9A. SPM ni pun gua tak nak kalah. Peduli apa 10A- pun. Asal A. Wahahah.
            Lamunan terhenti kerana nada dering telefon menandakan panggilan masuk.
            Ikon hijau ditekan. “Sape ni?”
            Diam.
            “Hello. Ni sape?”
            Diam.
            “Shit. Bye.”
            Menyampah betul aku orang main call-call pastu taknak cakap. Like suddenly kau kena kidnapped ke bro lepas call aku? Ok, it makes sense tho.
            Bosannya. Homework kejadah banyak, kalau boleh cikgu-cikgu ni memang nak bagi homework lifetime punya supply la. Setiap subjek ada modul, modul nipis macam buku peraturan sekolah takpe jugak, ni tebal kamus dewan kot! Takpun tebal  thesaurus!
            Telefon sekali lagi bunyi. Cepat Danial menjawab.
            “Ni kalau nak buat nochorom, tak payah call aku.”
            “Woi. Apesal kau ni? Aku call terus mencarut?”
            Danial pantas melihat nama pemanggil di skrin telefon. Ben. Headshot.
            “Eheh, sorry. Apesal?”
            “Sir Firdaus suruh Exco Asrama balik awal. Ada kursus kepimpinan.”
            “Okay. So? Deyy machaa, gua bukan Exco.”
            “Kau exco. Parpu pindah.”
            “Seriously? Pasal apa?”
            “Sudah gaharu cendana pula...”
            Ketawa Danial pecah. Parpu tu wajar pindah. Tangan panjang. Dah berapa kali dah orang sound, sebab member sendiri taknak main kaki tangan, ni barang gua pun dia nak songlap, memang keluar lah segala jutsu, bunga silat, serta taegeuk-taegeuk yang dipelajari. Menangis dia kat situ. Sorry not sorry. Wajar.
            “Kau ganti dia la...” Ben bersuara sekali lagi.
            “Kau jangan buat pasal, sape pilih aku ni?”
            “Sir Firdaus. Tadi dia call aku.”
            “Amboi, soulmate gila nampak dengan cikgu disiplin? Kot dia tahu kau supplier rokok mampus aaaaa.”
            Ketawa Ben pula pecah. “Penghulu bro, penghulu. Tahun depan gua taknak dah smoking-smoking.”
            “Okay kita tengok lah sape yang sangap kemain tengah-tengah malam buta sampai kejut aku teman smoking kat bengkel KH?”
            Ketawa mereka pecah. Ben ni kalau dah sampai tahap sangap desperate dia, memang gunung berapi akan ku redah, pagar berduri akan ku lompat jua.
            “Aku taknak la jadi Exco, bagitau cikgu. Okay?” Danial kembali serius.
            “Okay. Aku text je lah dia. Takut aku buatnye dia sumpah seranah aku pulak.”
            Salam diberi dan dijawab lalu talian dimatikan.
            Setelah beberapa minit, pesanan ringkas diterima. (sebab Ben jenis old school takde smartphone)

            +I got bad news for yaaa.
            -No.......no...............
            +Beliau cakap gini. “Saya nak Danial Hakim jadi EXCO. I'm ordering, not asking.”
            -Hmmmmmmm.......
            +Sabar k baby? LOL. End of discussion, good night!
            -AHMAD SYAABAN! DON’T ‘BABY’ ME! I’LL KILL YOU!
            +HAHAHAHAHA rileks la baby. Muah muah. Awwwww

            Danial meletakkan telefon di tepi bantal. Tengah frust-frust ni, dia bantai buat lawak hambar pulak. Aih, pasal pulak Sir Firdaus ni. Kot ye nak cakap aku berkaliber, ranking aku bottom 10, bilik disiplin pulak dah jadi playground aku dah, selalu sangat masuk.


            Shit happened. Shit just happened.

1 comment:

Anonymous said...

I want more i want moree. Kau ade bakat jadi novelis. Gittuu.