“Ingat, kau kena faham addmath
ni. Jangan hafal menonong je.” Amir pandang muka Bella dengan muka bersungguh.
Bella
angguk kepalanya berulang kali. Dia mengambil buku latihan Matematik Tambahan
dari sila Amir dan meletakkannya di atas ribanya.
“Try
dulu. Okay?” Amir meneguk laju air Tropicana Twister Orange Juice. Dia kemudian
membawa keluar buku The Mortal Instruments: City of Ashes dari beg.
Sepi.
“Amir.....”
“Hmmm?”
Mata Amir masih di dada buku tersebut.
Bella
menolak kertas kajang ke hadapan Amir. “Dah siap....”
Amir
mengambil kertas jawapan tersebut dan mengangguk beberapa kali. “Check jawapan
dah?”
Bella
angguk. “Jawapan dia betul.” Bella sengih. “First time boleh jawab soalan Log
ni.”
Amir
mengusap kepala Bella. “Keep it up! Log ni lah paling kacang kuda kacang gajus
tau. Tengok formula je.”
Bella
kekal sengih di bibir. “Kau target nak pergi mana lepas ni?”
Amir
menutup buku dan meletakkannya di sebelahnya. “Lepas result?”
Bella
angguk.
“Kalau
ada rezeki, nak sambung oversea la.”
“Pastu
nanti kau tinggal aku la.........” Bella turut sama menutup buku latihan
Matematik Tambahan dan meletakannya ke
dalam beg.
“Lah.....
Kau sambung la oversea jugak?” Amir pandang Bella dengan muka excited.
“Banyak
lah.... Aku ni bukan cerdik macam kau
pun..... Nak sambung kat oversea tu lambat lagi weh....” Pandangan Bella
menebar ke sekeliling taman.
“Alah.
Jangan cakap gitu. Kau pun cerdik, kalau tak, kau tak masuk SBP, tahu?” Amir
angkat kedua belah kening.
Tu
lah ayat cliche. Masuk SBP je budak cerdik. Hmmm.
Sepi.
“Ingat
tak, macam mana kita start rapat dulu?” Amir pandang Bella.
“Poyo!
Nak tukar topik lah tu!” Bella tampar lengan Amir sekuat hati sambil tergelak
kecil.
Hidup
ditaburi kelopak bunga-bunga ros setiap masa dan ketika.....
*******************
2012
Amir
mengulang baris ayat di buku teks Sejarah itu berulang kali.
“Sebab
dan tujuan hijrah. Yang pertama sebab perintah Allah melalui wahyu. Yang kedua
untuk meneruskan penyebaran Islam. Yang ketiga, jemputan dari penduduk Madinah.
Yang keempat..............”
Dia
berhenti mengulang ayat tersebut apabila terdengar derapan tapak kaki yang
sedang naik ke tangga tangki tersebut.
Dia
mengintai dari tempat duduknya. Wait, a girl?
Gadis
itu terus duduk tanpa menyedari kehadiran Amir dan membawa keluar buku dan iPod dari begnya. iPod
dihidupkan.
Amir
bangun dari tempat duduknya dan berjalan ke arah perempuan itu.
“Heyya
girl....”
Gadis
yang hendak meletakkan headphone di telinga terpempan. Dia mencari arah suara.
Amir
berjalan ke depan gadis itu. “Greetings.” Amir sengih.
“Who
are you?” Bella dah mengerutkan dahinya. Siapa pulak mamat ni. Aku ni bukan nak
cara orang sekeliling. Budak batch sendiri pun aku tak ingat nama. Yang lelaki la. Kalau yang perempuan kau tak ingat nama macam derhaka dekat batch la pulak.
“I’m
your Head Prefect, girl.” Amir pandang Bella dengan mata mencerun. Sungguh la
minah ni tak kenal aku? Aku rasa aku famous tahap Goku kot?
“Oh,
so you’re the so-called-most-perfectionist-combination-of-chromosomes-guy. What are
you doing here? This is my place.”Jadi dia ni lah lelaki muka bajet yang selalu
duduk sebelah pengetua atas pentas waktu assembly tahun ni? Bella membetulkan
sila.
“Jap.
Ayah awak sponsor duit to build this tangki ke?” Amir angkat sebelah kening.
Bella
mendongak kepalanya memandang lelaki dihadapannya. “Sedapnya bahasa?”
Amir
tergelak kecil. “What’re you doing here?”
Bella
kembali tunduk memandang buku rujukan Biologi di ribanya. “Dah lepak sini since
I was form three. Got any problem with that, Abang Pengawas?”
“No.
Absolutely not. Alah, kita share lah tempat ni, okay?” Amir menegakkan ibu
jarinya.
Bella
buat muka malas layan. “Pergi balik asrama la Abang Pengawas. Tangkap orang
merokok. Tangkap orang dating ke?” Mata masih berlari di atas buku.
“Did
you just...... halau me?” Rahang bawah dah terjatuh. Berani dia..... Aku ni
ketua pengawas tau. “Don’t you know, there’re a lot of girls out there yang
sanggup tanya soalan bodoh semata-mata nak cakap dengan I?” Sungguh, tengah
jalan nak pergi kantin. Betul-betul ada depan kantin ni. Ada junior perempuan
dok tanya “Awak nak pergi kantin ke?” Hailaa... sungguh tak logik.... Dah tu
aku nak buat apa depan kantin ni? Menari Tarian Kipas?
“Well
obviously I’m not one of them.” Bella pandang muka Amir.
“Ok.
Kita share tempat ni okay?”
Sepi.
Mata Bella kembali berlari di atas buku.
“I
take that as yes.” Amir kembali ke tempat dia duduk sebentar tadi.
“Mind
your own business.” Bella bersuara juga akhirnya.
Amir
tersenyum menang.
Mind your own business lah
sangat. Last-last jadi tempat lepak sama, tempat study, tempat borak, tempat
dok tengok bintang bajet astrologist.
And above all, tempat permulaan
segalanya?
No comments:
Post a Comment