Sunday, 20 April 2014

#13

                Bella menzipkan sweaternya. Dia mengikat ringkas rambut dan bergerak ke bilik adiknya.
            “Fai....”
            Fai mendongak kepala memandang kakaknya. Pensil diletakkan di atas meja.
 “Apesal?” dia meregangkan tangannya. Peh, modul Kimia Tingkatan Empat ni tebal kamus dewan kot. Gila apa nak buat, belajar pun tak lagi.........
“Jom keluar..” Bella bersandar di pintu dengan tangan dimasukkan ke sweater.
“Banyak kerja lah kak..... lagipun kau nak keluar gi mana?” Fai bersandar malas di kerusi.
            “Mamak... Aku nak makan cheese naan.”
            Fai mengembangkan hidungnya. “Lah, pergi sendiri la. Selama ni takde nak mengajak aku pun.”
            Bella sengih. Hoodie dinaikkan menutup kepala. “Please........ Jom...”
            “Malas...............” Fai berjalan malas ke arah katil dan merebahkan badannya.
            Bella tak bersuara dan berjalan keluar rumah.

***************


            “Ane, roti naan cheese dua. Makan sini.” Dua. Ambik kau. Dua. Nak lepas dendam kesumat punya pasal.
            Lelaki tersebut mengangguk sambil menegakkan ibu jarinya. “Adik manis tunggu ye. Minum takmau?”
            “Teh tarik.”
            Bella berjalan ke arah meja yang kosong dan menarik kerusi untuk duduk. Ni yang tak best, makan sorang. Aku tak suka makan sorang. Rasa macam forever alone. Amir pulak demam. Aku mana ada kawan kat Selangor ni. Semua ada kat Kuantan.
            Setelah beberapa (belas) minit menunggu, pelayan gerai mamak tersebut menghantar makanan yang dipesan.
            Bella mula menyuap naan cheese ke mulut menggunakan sudu. Definition of happiness: naan cheese with pull tea (baca: teh tarik)
            “Bella?”
            Bella mendongak kepalanya memandang pemilik suara. Serta merta tindakan refleks menarik hoodie sweater dan menutup rambutnya, short jeans ni nak tutup pakai apa taktau dah. “Aliff  Harris...”
            “Taktahu pulak awak duduk area sini.” Aliff Harris sengih. Dia mengangkat tangannya yang memegang beg plastik berisi bekas polistrina. “Beli mee goreng mamak. Mengidam.” Sengih masih kekal di bibir.
            Sungguh lah darjah pencairan meningkat beyond infinity dah ni. Bella terpana. “Oh, okay....” Dia sengih. “Wanna join me?” Eheh, this is awkward.......
            Aliff Harris mengukir senyum. “It’s okay, memang tak pernah makan pun kat sini. Selalu take away je. Oh, but thank you for inviting me. I got to go. See you later.” Dia mengangkat sebelah tangannya dan beredar dari gerai mamak tersebut.
            Bella masih membatu. Gila. Apa kejadah kau pergi ajak dia, Bella? Mana boleh dia nak join..... Dia tu budak baik. Haih.........
            Bella sambung menikmati naan cheese yang masih bersisa.

**********************


            Aliff Harris membuka pakaiannya dan meletakkan pakaian tersebut ke dalam bakul yang berada di sebelah tandas di dalam biliknya. Dia memegang perutnya. Lama tak workout ni, six packs pun aucak aucak je. Tuala di ambil dari penyidai. Dia duduk di atas sofa yang diletakkan berdekatan katilnya.
            That brunette hair. That short jeans.
Sekali pandang bukan perasan pun. Tu pun dok jenuh tenung budak bertuah tu dari jauh sambil tunggu order. Sungguh la, memang tak sangka. Ingatkan semua budak perempuan sekolah aku ni baik-baik belaka. Mengikut pemerhatian kat sekolah, takde langsung budak perempuan yang ponteng solat berjemaah.
Kot yang ada pun, memang Bella and her gang la. Tu pun sebab nama selalu naik waktu mesyuarat Exco Asrama dengan warden. Aku ni Penghulu, of course lah Mr-Know-It-All. Ingatkan dia nakal-nakal ayam je. Yelah biasa lah adat asrama, mesti ada gang bad girl or bad boy yang selalu kena mark dengan warden and cikgu-cikgu. Tapi diorang ni memberontak pun waktu form three dengan form four je. Zaman nak up. Waktu form five semua sendiri-sendiri automatik jadi baik. Banyak solat sunat, banyak jadi imam. Ye lah, tahun periksa kan? Eh, ada pengalaman nampak? Eheh. Cakap dengan diri sendiri, diri sendiri pulak kena.
Tak sangka pulak produk sekolah aku ni masih ada yang macam tu dekat luar.
Well Aliff, who are you to judge? People who judge don’t matter. People who matter don’t judge.
Dia berjalan ke  bilik air. Malas nak fikir. I better live my own life.


No comments: