Monday, 7 April 2014

#7

            “Bella.”
            “Hmm?”
            “Macam mana boleh kantoi ni?”
            “Taktau la Piya. Jangan fikir la. Kita tidur je.”
            “Hmm.”

*******************
           
“Tapi Sir, ni kes lama ni.” Minn bangkit, lebih kurang menegakkan benang yang basah.
            “Saya nak tanya awak. Ada ke orang yang kena isi borang merah dulu sebelum dia buat salah?” Soal Sir Firdaus dengan selamba.
            Lama Minn berfikir. Betul jugak tu. Mana ada orang isi borang merah dulu baru fly.  
            1-0.
            “Kalau budak aspura yang tidur hotel ni, saya sikit pun tak heran. Masalahnya awak ni perempuan!” Sir Firdaus bersuara, kuat.
            Mereka menikus.
            2-0
            “Awak nak tunjuk awak hebat ke? Awak nak tunjuk awak bagus awak tidur hotel ni?” sekali lagi beliau menengking mereka.
            3-0.
            Bella memandang muka gurunya. Cuba buat muka tak takut tak gentar tak cuak. Padahal nak terkucil dah ni.
            “Sir,bukan ke Sir patutnya dengar penjelasan kitorang?” Bella bersuara lancar.
            Ting ting ting! 3-1.
            “Nak explain apa lagi? Awak memang fly pun! Tak payah nak putar belit cerita!”
            4-1.
            “Okay then.” Bella kembali tunduk.
            Ustaz Fakhrul, ketua guru disiplin melangkah masuk. Oh my God. Memang habislah...
            “Ada apa hal ni?” Ustaz Fakhrul meletakkan kasutnya di rak.
            Okay mood beliau macam baik je.
            “Budak-budak ni. Fly, tidur hotel bajet pulak tu.” Sir Firdaus menerangkan.
            Okay tak ada siapa akan mood baik lepas dengar pernyataan tu.
            “Astaghfirullahalazim.” Ustaz Fakhrul menggeleng.  “Okay, Salsabila. Terangkan.” Sambungnya.
           Bella tersenyum menang sambil memandang Sir Firdaus . Ustaz Fakhrul ni boleh jadi yang paling singa, tapi boleh jugak  jadi yang paling rasional. Bila orang rasional, dia menyinga. Bila dia rasional, orang lain nak menyinga lebih-lebih pun mana boleh. Dah dia kan ketua? Wahahaha.
            “Apasal awak senyum pandang-pandang saya?” lagak Sir Firdaus cukup saja membuktikan dia mahu menampar pipi pelajarnya itu.
            Seri. Seseri-serinya!

*******************************
           
“Bella.”
            “Awat?”
            “Apesal teruk sangat disiplin ni?”
            “Just get your way out of me. Jangan sibuk hidup aku kat sini.”
            “Tapi nama kau selalu sangat naik kat mesyuarat. Ni ha, baru-baru ni diorang nak prank kau ke apa entah.”
            Bella mengangkat sebelah kening. “Seriously?”
            “Drop dead serious.”
            “Pasal pe diorang nak prank pulak?”
            “Frust la, kau tak pernah kantoi.”
            Bella gelak paksa. “Tak pernah kantoi? 'Bijaknya' mereka! Aku kantoi berderet-deret kes aku tahun ni kau tahu tak?”
            “Biasalah manusia, mana pernah nak puas. Aku cuma, nak ingatkan kau je.”
            Bella angguk. Merenung wajah lelaki tersebut lama. “Thanks.”
            “Sampai bila nak rahsiakan hubungan kita ni?” Lelaki itu merenung matanya.
            Hailaaaaa, jiwang air alert! Jiwang air alert!
            “Sampai aku keluar dari sekolah ni.” Bella bersuara selamba, melarikan pandangannya.
            “As you wish. Good luck for your final exam.”
            “Goodluck for your SPM.” Bella senyum segaris.
            Masing-masing kembali ke asrama.



No comments: