Friday, 11 April 2014

#10

Amir melihat kelibat gadis itu dari jauh. Gadis tersebut hanya mengenakan baju hitam lengan panjang dengan tulisan ‘GEEK’ berwarna putih dan seluar jeans pendek bawah lutut.
Gadis tersebut berjalan ke arahnya.
“Lama tunggu? Sorry.” Gadis itu tersengih.
“Amboi, rambut. Sejak bila rambut gitu gaya?” Amir angkat sebelah kening.
“Brunette. Balayage effect?”  Kerusi ditarik untuk duduk. “Lama tak tunggu?.” Dia mengulang kembali soalannya.
 “Tak lama mana. Aku pun baru sampai. Naik apa tadi?” Tangan dilambai memberi isyarat kepada pelayan.
“Motor lah. Tak kuasa aku nak naik teksi. Membazir. Aku tak kaya macam kau.” Sebelah kening diangkat.
“Aku pun naik motor jugak. Jangan nak memandai. Esok aku start ambil lesen kereta.”
“Oh ye? Nanti boleh lah datang Kuantan tahun depan bawak McD kat aku hujung minggu. Bawak aku fly ke?” Dia buat muka Puss In Boots.
“Bawak McD tu small matter. Nak bawak fly tu, tak mungkin. Hailaa, Head Prefect kot ni!” Amir tepuk dadanya.
 Gadis itu buat muka loya. “Correction. It’s EX Head Prefect.” Perkataan ‘ex’ ditekan.
Amir mengaku kalah. Kalau layan dia ni, sampai esok pun belum tentu habis.
“Harini kita study Add Math form four.” Suara Amir tegas.

**************************************

Aliff Harris merebahkan badannya ke atas katil. Angkut barang asrama tu bukan main banyak lagi. Tu pun dah banyak yang sedekah dekat bilik makcik cleaner. Hanger, baldi, sabun basuh yang tak sempat habis, semua lah. Yang bawak balik nya baju-baju, kasut-kasut je. Baju-baju sekolah pun bagi dekat junior. Siapa lagi nak pakai baju sekolah kat rumah ni? Tu pun penuh jugak bonet kereta. Rasanya bawak haritu tak banyak pun.
            Dia mengeluh.
            Biasanya kalau sampai je rumah, mesti Hani masuk bilik tak sempat nak rehat ke apa, dia dah ajak bawak dia jalan-jalan. Tak pun dia bercerita apa-apa yang jadi dekat dia sepanjang bulan tu.
            Tapi sekarang, dah tak ada.
            Aliff cepat-cepat menyedarkan dirinya.
 Redha Aliff, redha. Sampai bila kau nak macam ni. Dia sendiri pun sedar dia dah tak macam diri dia sejak Hani meninggal. Kuat tidur, malas study, tak ada selera makan. Hygiene pun tak jaga. Muka berjambang, rambut panjang.
            Sekolah dah habis, PLKN tak dapat. (nasib baik)
            I’m going back with my old life.

*********************


            “Abang, if I die, promise me you’ll be a good boy.” Mata Hani terkebil-kebil memandang kucing yang berada di kaki nya.
“No you won’t die. Kenapa pulak Hani nak meninggal, Hani bukan sakit pun.” Aliff melutut di hadapan adiknya. Kepala Hani diusap.
“Abang, Hani nak swim. Tapi mama dengan ayah tak pernah bagi Hani swim. Hani nak try swimming.” Hani sengih memandang abangnya.
Angguk. “Tapi Hani kena ingat, Hani tak boleh swim kalau abang, mama, ayah takde kat rumah.  Ok?”
Hani mengangkat ibu jarinya tanda setuju. Dia memeluk erat abangnya. "Hani sayang abang!"
Aliff senyum segaris. "Abang pun sayang Hani." Dahi adiknya dicium.

***********************************
               
Aliff Harris bangun dari tidur. Jam di dinding di lihat. Dah pukul  10 pagi rupanya. Lepas subuh tadi terus tidur tak sedar pe dah. Breakfast pun tak.
            Dia berjalan menuruni anak tangga ke bilik adiknya.
            “Hani?” pintu bilik diketuk.
            Tiada jawapan.
            “Hani? Are you there?” pintu bilik diketuk lagi.
            Setelah beberapa kali ketukan, Aliff mengambil keputusan membuka pintu bilik adiknya. 

            Pintu bilik dibuka. Hani tiada.

            “Hani? Where are you?” kelibat Hani dicari.
            Satu perasaan tidak enak terbit di hati.
            Dia berlari ke dapur.
Negative.
 O Alllah, where’s Hani?
            Dia berlari pula ke luar rumah. Mata memandang ke arah kolam renang.
            Lututnya lemah. Dia jatuh terduduk.

*******************************

Aliff Harris meraup mukanya. Dia berjalan lemah ke rak buku yang berada penjuru kanan bilik.
Rasa nak membaca...... Tapi rasanya semua buku dekat rak ni dah baca.......
Matanya hinggap pada satu persatu tajuk buku yang berada di rak tersebut.
La Tahzan, Jangan Bersedih, Dont be Sad.
Wait, sejak bila aku ada buku ni? Ni mesti buku Papa yang tercampur sekali waktu nak pindah masuk rumah ni tahun lepas. Buku itu  dibawa keluar dari rak buku dan diletakkan ke riba.
Buku dibuka rawak.

“Tiap-tiap umat mempunyai batas waktu; maka apabila telah datang waktunya, mereka tidak dapat mengundurkannya barang sesaat pun dan tidak (pula) dapat mempercepatkannya.” (Surah Al-A’raf: 34)

Sentap.

Ayat ini merupakan amaran keras terhadap para pengecut yang telah mati berkali-kali sebelum kematian mereka yang sebenar datang. Mereka perlu sedar bahawa di sana ada ajal yang sudah ditentukan yang tidak memajukan kematian walaupun hanya sebentar, tidak pula yang mampu mengundurnya sekalipun hanya sebentar, sekalipun penduduk langit dan bumi bersatu untuk melakukannya. Sebenarnya, kemestian-kemestian ini sudah memberi perasaan tenang dan ketetapan hati.

Tertusuk.

“Dan datang lah sakaratulmaut dengan sebenar-benarnya. Itulah yang dahulunya hendak kamu hindari.” (Surah Qaf: 19)

Ketahuilah bahawa bergantung pada selain Allah adalah satu kesengsaraan.

“Maka tidak ada baginya satu golongan pun yang akan menolongnya selain Allah dan dia termasuk orang yang tidak dapat membela diri.” (Surah Al-Qashash: 81)


Hati tercarik-carik, terobek-robek.

This book is so good.... Nama penulis dicari....Dr. ‘Aidh Abdullah Al-Qarni.

Sah lah ni buku Papa. Aku takde buku camni.


1 comment:

Anonymous said...

Lagi lagi lagii