Sunday, 6 April 2014

#5

Bella bangun dari katil. Pintu dorm dibuka. Dia bergerak ke luar koridor. Kepala diangkat memandang ke langit yang gelap.
            Aspuri yang suram.
            Aspuri yang sepi.
            Tak boleh tidur pulak malam ni. Ingat nak pergi----
            “Bella?” Bella menoleh ke belakang. Piya muncul di pintu dorm.
            “Aik? Aku ingat kau dah tidur.”
            Piya berjalan mendekati Bella.
            “Lawa bintang.”
            Bella angguk.
            “Bosan boh.”
            Bella angguk lagi sekali.
            “Aik? Korang tak tidur lagi?” Minn berjalan ke arah mereka.
            “Kau dari mana ni?” Bella mengeluarkan telefon bimbit dari poket seluar kerana terasa gegaran menandakan mesej masuk.
            “Aku teman Geena pergi ampaian belakang. Dia tu memang penakut.”
            Bella senyum segaris. “Okay. Jom masuk dorm, tidur.”


***********
            “Bella.....” Yuka turun daripada katil tingkat atas untuk mengajak rakannya ke tandas.
            Yuka mendapati katil Bella kosong. Aik? Rasanya dia ada kat sini tadi. Minah ni selalu hilang malam-malam buta macam ni. Nak kata date, boyfriend pun dia tak ada.
            Tapi, antara kitorang, Bella ni lah paling banyak rahsia. Kalau ikutkan beribu-riban soalan yang kitorang tanya dia. Tapi dia bukan nak jawab pun. Kalau orang tanya sikit, time tu lah nak basuh baju, nak tidur, nak ajak main Saidina.
            Terlalu banyak persoalan yang tak dirungkai.
            “Oi Yuka, kau buat ape atas katil aku tu?” Bella melangkah masuk ke dalam dorm. Pintu dorm dikunci.
            Yuka tersentak. “ Terkejut aku. Aku nak ajak kau teman aku gi tandas. Kau dari mana?” Yuka sengih.
            “Aku basuh baju tadi.” Bella menanggalkan sweater dan tudung lalu menggantungnya di dalam loker pakaian.
            Yuka merenung Bella lama. “Basuh baju pakai sweater? Pakai tudung?”
            “Boh, jadi CSI sekarang. Aku gi ampaian belakang tadi, sidai terus baju kat ampaian. Nak gi sekolah esok baru nak sidai memang tak sempat la.” Bella membawa keluar iPod mini daripada loker. Telinga diletakkan headphone. Punat ‘on’ ditekan.
            Apa yang Yuka tanya lepas tu dia buat-buat tak dengar.  Nyaris kantoi mak oi!


*************
            “Hujung minggu ni balik. Kau nak balik tak?” Piya menyerahkan kad outing kepada Bella.
            “Nak la.” Kad outing ditulis destinasi dan tarikh balik bermalam.
            “Jauh kot rumah kau. Kalau aku jadi kau, aku tak balik la.”
            “Tak, kalau kau jadi aku, kau akan balik. Cuma kau tak kan jadi aku.”
            Sepi.


********

            “Weh, weh tengok tu! Aliff Harris tengok kau.” Yuna mencucuk-cucuk peha Bella menggunakan jarinya.
            “Tak payah jadi cupid la. Tak menjadi langsung. Aku tak percaya sikit pun. Aku nampak dia blah naik teksi dengan member dia tadi.” Novel Anthem dibawa keluar dari beg.
            “Baru nak baca ke? Aku dah khatam pun.” Yuna bertanya setelah menjeling tajuk novel tersebut.
            Angguk.
            “Sejak bila kau baca novel Melayu? Haritu kau cakap all Malay’s novel are so cliche.”
            “Memang pun. Tapi ada pengecualian. Hlovate. Bermakna bro. Bukan sempoi biasa. Sempoi dan berbisa.” Bella sengih.
            “Hmm yelah. Eh, mak aku dah sampai tu.” Yuna mengangkat begnya dan berjalan ke arah kereta Toyota Vios berwarna hitam yang diparkir di depan mereka.
            Macam ni lah adat orang duduk jauh. Kena berjimat. Nak pergi terminal naik teksi sorang-sorang memang membazir la. Nasib baik mak Yuna ni baik hati menumpangkan aku.


************

            Bella mengetuk pintu rumahnya. “Assalamualaikum!”
            Pintu rumah dibuka. “Waalaikumussalam. Eh, Bella balik? Kenapa tak bagitahu Mama? Kalau tak, Mama boleh ambil kat terminal.”
            Bella menyalami tangan Mamanya.
            “Takde hal lah Mama. Bella ni survivor. Fai balik jugak ke minggu ni?”
            “Tak. Dia ada tournament rugby.”  
            Amboi Fai, mentang baru habis PMR. Lepas gian main rugby la tu.
            Bella melangkah masuk ke rumahnya. “Papa kat mana?”
            “Dalam bilik.” Mamanya tersenyum tawar.
            Bella meletakkan beg di ruang tamu dan berjalan ke bilik bapanya. “Papa?”
            Ayahnya memandang Bella lalu tersenyum. “Bella balik minggu ni?”
            Bella tersenyum sambil mengangguk kepalanya.


************
.
Bella membawa keluar komputer riba dari laci meja. Komputer riba dihidupkan. Dia memeriksa inbox emailnya. New email from Jannah Alia.
           
Hey ‘ssup sister. I hope you’re doing well. So how’s your father’s condition? Is he okay? It’s winter here. Lepas tengok cerita Frozen terus bajet-bajet Queen Elsa winter kali ni hihihi. My mother sends her regard to you. She hopes you’ll be okay. Reply this as soon as you get this email!
Love,Jannah Alia           
            Bella senyum. Butang ‘reply’ diklik.

Assalamualaikum. Tahulah duduk dekat negara orang putih, tapi mana ‘Assalamualaikum’ Jannah weh?  I hope you’re in the pink. (Ayat piawai SPM English hahaha) My father,he’s okay. No, I’m just kidding. He’s not okay. Let’s not talk about this. When will you come to Malaysia? Perhaps in summer holiday? I can’t make it to US la. Takde duit. Kalau boleh pergi pun, it’s not the right time. My father is sick, so you expext me to hu-ha like crazy? Tu namanya anak tak mengenang budi, hahaha. 
Your pumpkin, Bella :)
            Rindunya dekat minah ni. Mula-mula masuk international school dulu memang tak ada kawan la. Dah la semua orang tak nak kawan dengan aku. Sedih mak aih waktu tu. Tengah-tengah menangis dalam bilik persalinan, Jannah datang lepastu duduk sebelah aku. Last-last dia pun menangis sekali. (waktu tu memang tak faham apa ke relevan dia join aku menangis)  Tapi, lepas tu kitorang jadi soulmates gitu. Budak Malaysia lain semua buat-buat tak mengaku warganegara je bila aku masuk.  Nasib baik ada Jannah. Memang nasib baik. Kalau tak memang selamanya aku reti “May I go out to toilet?” je lah.
            Buku Additional Mathematics dibawa keluar dari beg sekolah. Nak buat homework jap, pastu turun lepak dengan papa. Bunyi dari laptop yang menandakan email masuk menarik perhatian.
            New email from Jannah Alia.

            ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHIWABARAKATUH NUR SALSABILA! I’m missing you head over heels. Oh by the way, aku balik Malaysia malam ni. Sepupu aku meninggal. Ingat tak sepupu aku yang aku cerita dia autisme tu? Yang tu lah. Kalau sempat aku pergi lah melawat kau dekat sekolah kau. See you soon, insyaAllah.
Your very cute friend tahap sailormoon, Jannah Alia ;)
           
            Innalillahiwainnailaihirajiun. Budak tu baru darjah lima kot. Tak pasti lah umur dia berapa, yang pasti muda lagi. Maut memang tak kira umur. Kalau Allah cakap waktu tu, waktu tu jugak lah Malaikat Maut ambil nyawa kita. Takde cepat sesaat pun. Takde tangguh sesaat pun.
            Jannah memang ada cerita dulu, pasal sepupu dia yang autisme tu.

**************************

            Jannah membawa keluar beberapa keping gambar daripada album di rak berwarna putih berdekatan katilnya. Dia menghulur gambar tersebut kepada Bella. “This is my cousin. Her name is Hani. Tapi dia ni autisme.”
            Gambar bertukar tangan. “Auti-what? What’s that?”
            “Well, I don’t really know how to explain that word. But she’s nice and cute. Her brother, he is a very defensive one.”
            Bella mengangguk beberapa kali. “What type of defensive?”
            “He will punch you in the face and kick your ass if you ever try to make fun of his sister.” Jannah menunjukkan gambar abang Hani pula.
            “He’s cute. How old is he?” Bella tersenyum melihat keakraban dua beradik itu di dalam gambar tersebut.
            “A year older than us.”
            “You like him?” Bella mengangkat sebelah keningnya.
            “Aha-ha-ha you’re so funny. He’s a brother and he will remain as a brother. Not more and less.”
            “Lah, tak payah la kot rasanya nak buat gelak paksa yang mengada tu.” Ketawa Bella pecah.
            Jannah merenung gambar sepupunya lama. Rindu. Nak balik Malaysia, sekarang.



No comments: