Saturday, 3 May 2014

#15

“Amir, senyum!”
            Amir mengangkat mukanya memandang  Instax Mini yang dipegang Bella.
            “Bella....... fokus sikit.” Amir mengecilkan matanya memandang Bella. Mata kembali berlari dia atas buku rujukan Fizik. Dia suruh aku ajar dia, dia yang kelaut.
            “Bosan aaaaaaahhhhh.” Bella terus meletakkan camera di sebelah ribanya.
            “Bosan?”
            Bella angguk.
            “Nak suruh aku buat Dondang Sayang ke dekat kau?”
            Bella mencebik. “Fine.”
            “Kalau bosan, aku ada cara lain.” Amir tersengih lebar.
            “Apa?”
            “Aku tanya definition, kau jawab. Tak dapat, push up 10.”
            Bella ternganga. “Aku perempuan kot. Berhemah sikit.” Memang lah dia ni, sekali keluar aura Pegawai Waran I KRS dia.
            “Okay lah, lima je.” Buku rujukan Fizik dihulurkan kepada Bella. “I give you ten minutes.”
            Bella menyambut huluran tersebut dan menyelak beberapa muka surat. Habis semua definisi nak cuba cerna.
            Amir mengerling jam di tangannya. “Time’s up.” Buku di riba Bella di rampas dan dipeluk erat.
            “Tak aci! Tak sampai kot 10 minit! 5 minit pun tak sampai! Bagi buku tu balik!” Bella bercekak pinggang.
               Amir buat muka malas layan. “Define inertia.”
               “The tendency for objects to resist changes in their motion.” Laju Bella menjawab.
               “Wow. I’m  impressed.”
               Bella angkat kedua belah kening berulang kali.“Apa kau ingat mak ayah aku hantar aku pergi sekolah untuk berfoya-foya?” Bella buat muka bangga semedang.
               “Eleh, baru intertia kot? Next, define elasticity.”
               “Elasticity is the ability of a substance to recover its original shape and size after distortion.” Sekali lagi Bella buat muka bangga. “Apa ni bro, soalan kacang kuda ni?”
               Amir buat muka. “Define Amir Firdaus.” Amir mengangkat kedua belah keningnya sambil tersenyum.
               “Anak manja, bajet handsome, mengada.” Bella buat muka toya.
               “Define Bella.”
               “Cantik dan bergaya. Beauty with brain.”
               Amir buat muka loya. Ketawa pecah.“Perasan sangat!”
               “Kebenaran itu menyakitkan.”
               Amir menutup kedua telinganya.
               “Define handsome.”
               “Johnny Depp.”
               “Define beautiful.”
               “Me in front of the mirror.”
               “Define love.”
               Ketawa mati.Sepi.
               “Us?” Bella cuba kawal riak muka.
               “Good answer.” Amir tersengih. Autumn in my heart sangat........
               “Bella.”
               “Hmm?”
               “Kot lah, suatu hari nanti, aku tinggal kau tiba-tiba. Kau nak tunggu aku lagi tak?”
               Bella diam, berfikir. “Dah rancang ke?”
               Amir tergelak kecil. “Serious ni.”
               “Tak tau. I dont know.” Tapi sebenarnya dah tau, dia ni tak lama lagi mesti blah dari hidup aku. Dah tahu, memang dah tahu.
               Amir membisu.
               “Dah kenapa kita jiwang sangat ni?” Bella ketawa. Nak cover awkward sebenarnya.

**********


“Ayah, Amir mana?” Danial menegur ayahnya yang sedang berborak dengan ibunya di ruang tamu.
            Ayahnya memandang Danial dengan muka tak percaya. “Dia keluar tadi rasanya.” Buang tebiat anak aku ni tanya pasal abang dia.
            “Okay.” Sepatah Danial menjawab dan dia terus mendaki anak tangga ke bilik tidurnya.
            Danial mengetuk pintu bilik Amir beberapa kali. Tiada jawapan. Ok, clear. Dia membuka pintu bilik abangnya dan menutupnya dengan berhati-hati. Dia membuka laci di meja study Amir. Terdapat bingkai gambar yang sudah diterbalikkan. Dah lama perhati dia selalu tengok gambar ni sebab dia ni bukan jenis tutup pintu bilik. Sebab bilik aku berhadapan dengan mamat ni, ada lah jugak jeling dia sikit-sikit, nak tengok la hidup lagi ke tidak.
            Bingkai gambar itu dibawa keluar daripada laci. 10 years of life reduced.
            Serentak itu jugalah Amir membuka pintu bilik.
            OMG. I was caught red-handed.
            “What the hell are you doing here?” Amir merampas bingkai gambar di tangan Danial dan meletakkannya kembali di dalam laci. Laci ditolak.
            “So you’re in relationship with her? Wow.” Danial gelak besar dibuat-buat.
            “Danial, please lah, jangan buat hal. Or else, imej aku jugak terjejas.” Danial mengulang ayat Amir yang selalu digunakan kepadanya dengan mimik muka yang menjengkelkan.
            “Stop. Get out.” Dia menolak Danial untuk keluar daripada biliknya.
            Danial membatukan diri. “Aku cakap ni bukan sebagai ahli keluarga kau, aku cakap ni sebagai seorang budak yang bersekolah sama dengan kau. You didn’t practice what you preach. Each week, kau bersyarah dekat depan cikgu-cikgu, dekat depan budak-budak, maknanya kau koya baik lah selama ni? Don’t do this, don’t do that. But you end up doing semua benda yang kau cakap jangan buat.  I hate being compared with you! Why did Amir is so intelligent while his brother is not?! Kenapa Amir ni berdisiplin sangat padahal adik dia nakal nak mampus?! Why did Amir is so perfect while his brother is lack of everything?!” Danial bersuara kuat sambil jarinya mencucuk-cucuk dada Amir.
            Amir terkebelakang beberapa langkah.
Sepi. Amir duduk di atas katilnya. “I never know you’re facing those things. I never know we’re being compared. I’m sorry.”
            “Now you know. Hipokrit.” Danial berjalan keluar daripada bilik Amir dan memasuki biliknya. Pintu bilik dihempas kuat.
            Amir membawa keluar bingkai gambar dari laci mejanya. Dia merenung gambar itu lama. Gambar dia dan Bella di atas tangki sekolah pada waktu malam yang di ambil menggunakan kamera Nikon DSLR yang dibawanya sempena majlis Graduasi yang akan berlangsung pada minggu yang sama gambar itu diambil. Apa yang pasti, jarak dia dan Bella dalam gambar tu hanya beberapa sentimeter. Apa yang pasti, waktu tu dia memang bahagia. Apa yang pasti, waktu tu dia memang hanyut.
            Nasib baik ibu dengan ayah tak dengar tadi, kalau tak habislah aku, habislah Danial.

**********


                        Amir meneliti poster usrah yang berada di atas katilnya. Abang pakai serban, berjubah putih, dan berjanggut sejemput yang bagi dekat dia waktu tengah makan dekat Johnny’s dengan Bella dua minggu lepas. Bella buat dek je waktu abang tu hulur, dia yang sambut poster tu sebab kesian tengok muka abang tu. Cuma lepas ambil tu terus sumbat dalam beg, tak berminat pun nak tengok. Tadi waktu nak buang-buang segala sampah dalam beg tu, baru lah terbaca poster ni.


JOM JOIN USRAH DI MASJID ZULKARNAIN!


            Yang pasti, dekat sekolah, setiap kali time usrah, walaupun aku jadi Naqib, atau ketua usrah. Aku akan baca je kertas yang Badar bagi dekat budak-budak usrah aku. Nak hurai pun sikit-sikit je. Tu pun topik kalau aku tahu. Memang tak cakna pun nak berusrah kalau kat sekolah. Ni pulak nak join usrah dekat luar sekolah?
            But it’s worth trying for, Amir. Kau bukan buat pe pun cuti ni kan? Setakat jadi guru tusyen tak bertauliah, main PlayStation tak ingat dunia akhirat, jamming tak ikut masa. PLKN  pun tak dapat. Kerja pun malas. Mata berlari di atas poster.


SETIAP HUJUNG MINGGU!


            Dia berjalan menuruni anak tangga ke ruang tamu. Dia mendekati ibu dan ayahnya yang sedang menonton tv.
            “Ibu, ayah. Hujung minggu ni ada nak gi mana-mana?”
            Serentak ibu dan ayahnya menggeleng.
            Set.


2 comments:

Anonymous said...

Finally u update jugak vibe nih. Puas tunggu...
Hope u cepat2 update lepas ni, :D

Anonymous said...

Finally u update jugak vibe nih. Puas tunggu...
Hope u cepat2 update lepas ni, :D