Wednesday, 23 April 2014

#14

 “Heyya boy.....” Bella memulakan bicara setelah talian disambungkan.
            “Heyya....”
            “Sihat dah ke?”
            “Dah okay sikit. Makan ubat tadi.”
            “Tadi aku jumpa Aliff tau. Aku taktau dia duduk sini.”
            “Aliff mana pulak?”
            “Aliff Harris la.”
            “Oh, Harris... Dating dengan dia ke?”
            “Kot ye pun nak jealous, tuduh biar relevan sikit, dia species pak ostad, mana nak layan budak picisan macam aku ni...”
            “Eheh, tapi aku layan kau....”
            “Tak lama lagi kau pun blah la. Aku dah biasa, people come and go....”
            “Kot ye pun nak terasa, aku tengah demam ni.”
            . Bella berdecit. Kuat menganjing dia ni. “Kalau demam, pi tidur la.. Goodnight...”
            “Lagi...”
            “Lagi ape plak?”
            “I miss you? I love you?”
            “Abang miang sengkuang ni, kot ye nak rindu pun, baru tiga hari tak jumpa.”
            “Fine....... Goodnight..... Pergi lah kahwin dengan Aliff Harris tu..”
            Ketawa Bella pecah. “Dah kenapa tiba-tiba pasal kahwin pulak? Kahwin sungguh karang...”
            “Tak kisah...... Pergilah.....”
            “Ok, goodnight. Assalamualaikum.” Bella mematikan telefon.
            “Waalaikumussalam.” Minah ni memang betul la tak pernah bercinta. Bukan reti nak pujuk ke apa.
            Amir meletakkan telefon di meja lampu tidur di sebelah katil. Lengan diletakkan ke atas dahi. Teruk pulak demam kali ni.....

**************


                Bella capai headphone di atas meja dan menyambungkannya kepada iPod.
            “Kak.” Fai mengetuk pintu.
            “Benda? Masuk la.”
            Fai buka pintu bilik kakaknya. “Pinjam pemacu kilat.”
            “Pemacu-what? Apa tu?”
            Fai geleng kepala. “USB lah ngeng.”
            “Lah, USB. Dah kau bercakap bahasa piawai SPM dah kenapa?” Bella bangun dan bergerak ke meja belajar. Laci meja ditarik. Pendrive diambil dan dihulurkan kepada Fai.
            Fai berjalan ke arah Bella untuk mengambil pendrive tersebut. Matanya tertancap di atas sekeping foto yang berada dalam laci meja. “Heh, gambar dengan boyfriend lah tu.”
            Bella cepat-cepat tutup laci dan kembali ke atas katil. “It has nothing to do with you.”
            Fai membisu lalu melangkah keluar dari bilik kakaknya. It has everything to do with me, sister.

*****************


            Danial mengerling kalendar yang digantung di dinding bilik. Kurang asam gelugor betul, dah nak sekolah rupanya. Dah 15 Disember dah pun. Tapi yang bestnya tahun depan takde mamat poyo tu satu sekolah dengan aku. Hoyeaaahhhhhh. Telah lama ku tunggu saat ini. Danial senyum sendiri.
            Haih, tahun depan kena struggle la ni. Subjek form four sepatah hama pun macam tak masuk je dalam otak.
            Kot ye aku malas belajar pun, PMR aku 8A 1B. Rezeki itu kalilah. Memang kalah la dengan mamat poyo tu sebab dia 9A. SPM ni pun gua tak nak kalah. Peduli apa 10A- pun. Asal A. Wahahah.
            Lamunan terhenti kerana nada dering telefon menandakan panggilan masuk.
            Ikon hijau ditekan. “Sape ni?”
            Diam.
            “Hello. Ni sape?”
            Diam.
            “Shit. Bye.”
            Menyampah betul aku orang main call-call pastu taknak cakap. Like suddenly kau kena kidnapped ke bro lepas call aku? Ok, it makes sense tho.
            Bosannya. Homework kejadah banyak, kalau boleh cikgu-cikgu ni memang nak bagi homework lifetime punya supply la. Setiap subjek ada modul, modul nipis macam buku peraturan sekolah takpe jugak, ni tebal kamus dewan kot! Takpun tebal  thesaurus!
            Telefon sekali lagi bunyi. Cepat Danial menjawab.
            “Ni kalau nak buat nochorom, tak payah call aku.”
            “Woi. Apesal kau ni? Aku call terus mencarut?”
            Danial pantas melihat nama pemanggil di skrin telefon. Ben. Headshot.
            “Eheh, sorry. Apesal?”
            “Sir Firdaus suruh Exco Asrama balik awal. Ada kursus kepimpinan.”
            “Okay. So? Deyy machaa, gua bukan Exco.”
            “Kau exco. Parpu pindah.”
            “Seriously? Pasal apa?”
            “Sudah gaharu cendana pula...”
            Ketawa Danial pecah. Parpu tu wajar pindah. Tangan panjang. Dah berapa kali dah orang sound, sebab member sendiri taknak main kaki tangan, ni barang gua pun dia nak songlap, memang keluar lah segala jutsu, bunga silat, serta taegeuk-taegeuk yang dipelajari. Menangis dia kat situ. Sorry not sorry. Wajar.
            “Kau ganti dia la...” Ben bersuara sekali lagi.
            “Kau jangan buat pasal, sape pilih aku ni?”
            “Sir Firdaus. Tadi dia call aku.”
            “Amboi, soulmate gila nampak dengan cikgu disiplin? Kot dia tahu kau supplier rokok mampus aaaaa.”
            Ketawa Ben pula pecah. “Penghulu bro, penghulu. Tahun depan gua taknak dah smoking-smoking.”
            “Okay kita tengok lah sape yang sangap kemain tengah-tengah malam buta sampai kejut aku teman smoking kat bengkel KH?”
            Ketawa mereka pecah. Ben ni kalau dah sampai tahap sangap desperate dia, memang gunung berapi akan ku redah, pagar berduri akan ku lompat jua.
            “Aku taknak la jadi Exco, bagitau cikgu. Okay?” Danial kembali serius.
            “Okay. Aku text je lah dia. Takut aku buatnye dia sumpah seranah aku pulak.”
            Salam diberi dan dijawab lalu talian dimatikan.
            Setelah beberapa minit, pesanan ringkas diterima. (sebab Ben jenis old school takde smartphone)

            +I got bad news for yaaa.
            -No.......no...............
            +Beliau cakap gini. “Saya nak Danial Hakim jadi EXCO. I'm ordering, not asking.”
            -Hmmmmmmm.......
            +Sabar k baby? LOL. End of discussion, good night!
            -AHMAD SYAABAN! DON’T ‘BABY’ ME! I’LL KILL YOU!
            +HAHAHAHAHA rileks la baby. Muah muah. Awwwww

            Danial meletakkan telefon di tepi bantal. Tengah frust-frust ni, dia bantai buat lawak hambar pulak. Aih, pasal pulak Sir Firdaus ni. Kot ye nak cakap aku berkaliber, ranking aku bottom 10, bilik disiplin pulak dah jadi playground aku dah, selalu sangat masuk.


            Shit happened. Shit just happened.

Sunday, 20 April 2014

#13

                Bella menzipkan sweaternya. Dia mengikat ringkas rambut dan bergerak ke bilik adiknya.
            “Fai....”
            Fai mendongak kepala memandang kakaknya. Pensil diletakkan di atas meja.
 “Apesal?” dia meregangkan tangannya. Peh, modul Kimia Tingkatan Empat ni tebal kamus dewan kot. Gila apa nak buat, belajar pun tak lagi.........
“Jom keluar..” Bella bersandar di pintu dengan tangan dimasukkan ke sweater.
“Banyak kerja lah kak..... lagipun kau nak keluar gi mana?” Fai bersandar malas di kerusi.
            “Mamak... Aku nak makan cheese naan.”
            Fai mengembangkan hidungnya. “Lah, pergi sendiri la. Selama ni takde nak mengajak aku pun.”
            Bella sengih. Hoodie dinaikkan menutup kepala. “Please........ Jom...”
            “Malas...............” Fai berjalan malas ke arah katil dan merebahkan badannya.
            Bella tak bersuara dan berjalan keluar rumah.

***************


            “Ane, roti naan cheese dua. Makan sini.” Dua. Ambik kau. Dua. Nak lepas dendam kesumat punya pasal.
            Lelaki tersebut mengangguk sambil menegakkan ibu jarinya. “Adik manis tunggu ye. Minum takmau?”
            “Teh tarik.”
            Bella berjalan ke arah meja yang kosong dan menarik kerusi untuk duduk. Ni yang tak best, makan sorang. Aku tak suka makan sorang. Rasa macam forever alone. Amir pulak demam. Aku mana ada kawan kat Selangor ni. Semua ada kat Kuantan.
            Setelah beberapa (belas) minit menunggu, pelayan gerai mamak tersebut menghantar makanan yang dipesan.
            Bella mula menyuap naan cheese ke mulut menggunakan sudu. Definition of happiness: naan cheese with pull tea (baca: teh tarik)
            “Bella?”
            Bella mendongak kepalanya memandang pemilik suara. Serta merta tindakan refleks menarik hoodie sweater dan menutup rambutnya, short jeans ni nak tutup pakai apa taktau dah. “Aliff  Harris...”
            “Taktahu pulak awak duduk area sini.” Aliff Harris sengih. Dia mengangkat tangannya yang memegang beg plastik berisi bekas polistrina. “Beli mee goreng mamak. Mengidam.” Sengih masih kekal di bibir.
            Sungguh lah darjah pencairan meningkat beyond infinity dah ni. Bella terpana. “Oh, okay....” Dia sengih. “Wanna join me?” Eheh, this is awkward.......
            Aliff Harris mengukir senyum. “It’s okay, memang tak pernah makan pun kat sini. Selalu take away je. Oh, but thank you for inviting me. I got to go. See you later.” Dia mengangkat sebelah tangannya dan beredar dari gerai mamak tersebut.
            Bella masih membatu. Gila. Apa kejadah kau pergi ajak dia, Bella? Mana boleh dia nak join..... Dia tu budak baik. Haih.........
            Bella sambung menikmati naan cheese yang masih bersisa.

**********************


            Aliff Harris membuka pakaiannya dan meletakkan pakaian tersebut ke dalam bakul yang berada di sebelah tandas di dalam biliknya. Dia memegang perutnya. Lama tak workout ni, six packs pun aucak aucak je. Tuala di ambil dari penyidai. Dia duduk di atas sofa yang diletakkan berdekatan katilnya.
            That brunette hair. That short jeans.
Sekali pandang bukan perasan pun. Tu pun dok jenuh tenung budak bertuah tu dari jauh sambil tunggu order. Sungguh la, memang tak sangka. Ingatkan semua budak perempuan sekolah aku ni baik-baik belaka. Mengikut pemerhatian kat sekolah, takde langsung budak perempuan yang ponteng solat berjemaah.
Kot yang ada pun, memang Bella and her gang la. Tu pun sebab nama selalu naik waktu mesyuarat Exco Asrama dengan warden. Aku ni Penghulu, of course lah Mr-Know-It-All. Ingatkan dia nakal-nakal ayam je. Yelah biasa lah adat asrama, mesti ada gang bad girl or bad boy yang selalu kena mark dengan warden and cikgu-cikgu. Tapi diorang ni memberontak pun waktu form three dengan form four je. Zaman nak up. Waktu form five semua sendiri-sendiri automatik jadi baik. Banyak solat sunat, banyak jadi imam. Ye lah, tahun periksa kan? Eh, ada pengalaman nampak? Eheh. Cakap dengan diri sendiri, diri sendiri pulak kena.
Tak sangka pulak produk sekolah aku ni masih ada yang macam tu dekat luar.
Well Aliff, who are you to judge? People who judge don’t matter. People who matter don’t judge.
Dia berjalan ke  bilik air. Malas nak fikir. I better live my own life.


Friday, 18 April 2014

#12

                “Ingat, kau kena faham addmath ni. Jangan hafal menonong je.” Amir pandang muka Bella dengan muka bersungguh.
Bella angguk kepalanya berulang kali. Dia mengambil buku latihan Matematik Tambahan dari sila Amir dan meletakkannya di atas ribanya.
“Try dulu. Okay?” Amir meneguk laju air Tropicana Twister Orange Juice. Dia kemudian membawa keluar buku The Mortal Instruments: City of Ashes dari beg.
Sepi.
“Amir.....”
“Hmmm?” Mata Amir masih di dada buku tersebut.
Bella menolak kertas kajang ke hadapan Amir. “Dah siap....”
Amir mengambil kertas jawapan tersebut dan mengangguk beberapa kali. “Check jawapan dah?”
Bella angguk. “Jawapan dia betul.” Bella sengih. “First time boleh jawab soalan Log ni.”
Amir mengusap kepala Bella. “Keep it up! Log ni lah paling kacang kuda kacang gajus tau. Tengok formula je.”
Bella kekal sengih di bibir. “Kau target nak pergi mana lepas ni?”
Amir menutup buku dan meletakkannya di sebelahnya. “Lepas result?”
Bella angguk.
“Kalau ada rezeki, nak sambung oversea la.”
“Pastu nanti kau tinggal aku la.........” Bella turut sama menutup buku latihan Matematik  Tambahan dan meletakannya ke dalam beg.
“Lah..... Kau sambung la oversea jugak?” Amir pandang Bella dengan muka excited.
“Banyak lah....  Aku ni bukan cerdik macam kau pun..... Nak sambung kat oversea tu lambat lagi weh....” Pandangan Bella menebar ke sekeliling taman.
“Alah. Jangan cakap gitu. Kau pun cerdik, kalau tak, kau tak masuk SBP, tahu?” Amir angkat kedua belah kening.
Tu lah ayat cliche. Masuk SBP je budak cerdik. Hmmm.
Sepi.
“Ingat tak, macam mana kita start rapat dulu?” Amir pandang Bella.
“Poyo! Nak tukar topik lah tu!” Bella tampar lengan Amir sekuat hati sambil tergelak kecil.

Hidup ditaburi kelopak bunga-bunga ros setiap masa dan ketika.....


*******************
2012

            Amir mengulang baris ayat di buku teks Sejarah itu berulang kali.
            “Sebab dan tujuan hijrah. Yang pertama sebab perintah Allah melalui wahyu. Yang kedua untuk meneruskan penyebaran Islam. Yang ketiga, jemputan dari penduduk Madinah. Yang keempat..............”
            Dia berhenti mengulang ayat tersebut apabila terdengar derapan tapak kaki yang sedang naik ke tangga tangki tersebut.
            Dia mengintai dari tempat duduknya. Wait, a girl?
            Gadis itu terus duduk tanpa menyedari kehadiran Amir dan membawa keluar buku dan iPod dari begnya. iPod dihidupkan.
            Amir bangun dari tempat duduknya dan berjalan ke arah perempuan itu.
            “Heyya girl....”
            Gadis yang hendak meletakkan headphone di telinga terpempan. Dia mencari arah suara.
            Amir berjalan ke depan gadis itu. “Greetings.” Amir sengih.
            “Who are you?” Bella dah mengerutkan dahinya. Siapa pulak mamat ni. Aku ni bukan nak cara orang sekeliling. Budak batch sendiri pun aku tak ingat nama.  Yang lelaki la. Kalau yang perempuan kau tak ingat nama macam derhaka dekat batch la pulak.
            “I’m your Head Prefect, girl.” Amir pandang Bella dengan mata mencerun. Sungguh la minah ni tak kenal aku? Aku rasa aku famous tahap Goku kot?
            “Oh, so you’re the so-called-most-perfectionist-combination-of-chromosomes-guy. What are you doing here? This is my place.”Jadi dia ni lah lelaki muka bajet yang selalu duduk sebelah pengetua atas pentas waktu assembly tahun ni? Bella membetulkan sila.
            “Jap. Ayah awak sponsor duit to build this tangki ke?” Amir angkat sebelah kening.
            Bella mendongak kepalanya memandang lelaki dihadapannya. “Sedapnya bahasa?”
            Amir tergelak kecil. “What’re you doing here?”
            Bella kembali tunduk memandang buku rujukan Biologi di ribanya. “Dah lepak sini since I was form three. Got any problem with that, Abang Pengawas?”
            “No. Absolutely not. Alah, kita share lah tempat ni, okay?” Amir menegakkan ibu jarinya.
            Bella buat muka malas layan. “Pergi balik asrama la Abang Pengawas. Tangkap orang merokok. Tangkap orang dating ke?” Mata masih berlari di atas buku.
            “Did you just...... halau me?” Rahang bawah dah terjatuh. Berani dia..... Aku ni ketua pengawas tau. “Don’t you know, there’re a lot of girls out there yang sanggup tanya soalan bodoh semata-mata nak cakap dengan I?” Sungguh, tengah jalan nak pergi kantin. Betul-betul ada depan kantin ni. Ada junior perempuan dok tanya “Awak nak pergi kantin ke?” Hailaa... sungguh tak logik.... Dah tu aku nak buat apa depan kantin ni? Menari Tarian Kipas?
            “Well obviously I’m not one of them.” Bella pandang muka Amir.
            “Ok. Kita share tempat ni okay?”
            Sepi. Mata Bella kembali berlari di atas  buku.
            “I take that as yes.” Amir kembali ke tempat dia duduk sebentar tadi.
            “Mind your own business.” Bella bersuara juga akhirnya.
            Amir tersenyum menang.

            Mind your own business lah sangat. Last-last jadi tempat lepak sama, tempat study, tempat borak, tempat dok tengok bintang bajet astrologist.

            And above all, tempat permulaan segalanya?

Monday, 14 April 2014

#11

            “Hello?”
            “Hmmmmm….” Bella bersuara malas.
            “Ya Allah! Baru bangun tidur ke ape?”
            Bella mengerling jam di dinding. Oh, dah pukul 12. Oh….
            “Bella……..”
            “Amir………”
            “Bangun lah cepat. Pergi mandi. Kata nak study hari ni? Semalam dah semangat berkobar taknak kalah konon apa pun terjadi akan ku belajar hingga ke titisan darah yang terakhir.”
            Bella menguap. “Okay, okay.”
            “Pergi mandi sekarang………..”
            “Iye.”
            “Harini kita tak lepak tempat biasa tau.”
            “Habis tu?”
            “I’ll text you the address.”
            “Okay. See you later.”
            “Kalau lambat, belanja Ayam Penyet.”
            Bella tergelak kecil. Talian dimatikan.

****************
           
“Kena hafal lah electrochemical series tu. Meh, kertas kajang.”
            Bella menghulurkan kertas kajang dan pen hitam dan biru.


            “Faham tak?” Amir angkat sebelah kening dan menghulurkan kertas kajang tersebut kepada Bella.
            Bella ambil kertas kajang tersebut dan angguk dengan muka teruja.
            “Aku punya formula lain sikit. Tapi aku tak boleh la ajar kau formula aku tu.” Amir sengih lebar.
            “Kenapa pulak?”
            “Lucah..”
            Bella bagi penampar jepun di lengan Amir. “Teruk ah……”
            Amir mengusap lengannya. Perghh, berbirat kot ni.
            “Kot ye pun tak payah cakap kat aku. Tak suka lah..” Mata Bella berlari di atas kertas kajang. Agak-agaknye formula apa lah yang dia hafal…………
            “Alah, marah ke?” Amir mencuit-cuit lengan Bella menggunakan jari telunjuknya.
            “Orang nak menghafal ni……” Bella pandang Amir dengan pandangan maut dan duduk membelakangkan Amir.
            “Fine………….” Amir merebahkan badannya dan menengadah langit.
            Sepi.
            “Mengantuknya……….” Bella memusingkan badannya memandang Amir setelah menyelesaikan beberapa soalan Kimia di buku latihan. Lah, tidur rupanya?
            “Amir………….” Dia menggerakkan tubuh Amir.
            Tiada jawapan.
            “Amir, amir.” Tubuh Amir digerakkan lebih kuat.
            Tiada reaksi.
            “Amir! Amir! Bangunlah!” bahu Amir dipegang dan digoncang sedaya upaya.
            “Orang nak mati pun boleh hidup balik kot. Kuat sangat ni.” Amir buka sebelah matanya. Lah, menangis ke minah ni?
            Cepat-cepat Bella menyeka air matanya. “Kot ye pun, jangan lah nak main-main benda macam ni.” Dia mengemaskan buku-buku dan alat tulis.
            Amir duduk. “Sayang kat aku eh?” Amir mencuit-cuit lengan Bella sambil mengangkat keningnya.
            Darah menyerbu pipi Bella. “Jom balik. Nak maghrib dah ni…….” Bella bangun nak menepuk seluarnya untuk menghilangkan dedaun kering. 




           

            

Friday, 11 April 2014

#10

Amir melihat kelibat gadis itu dari jauh. Gadis tersebut hanya mengenakan baju hitam lengan panjang dengan tulisan ‘GEEK’ berwarna putih dan seluar jeans pendek bawah lutut.
Gadis tersebut berjalan ke arahnya.
“Lama tunggu? Sorry.” Gadis itu tersengih.
“Amboi, rambut. Sejak bila rambut gitu gaya?” Amir angkat sebelah kening.
“Brunette. Balayage effect?”  Kerusi ditarik untuk duduk. “Lama tak tunggu?.” Dia mengulang kembali soalannya.
 “Tak lama mana. Aku pun baru sampai. Naik apa tadi?” Tangan dilambai memberi isyarat kepada pelayan.
“Motor lah. Tak kuasa aku nak naik teksi. Membazir. Aku tak kaya macam kau.” Sebelah kening diangkat.
“Aku pun naik motor jugak. Jangan nak memandai. Esok aku start ambil lesen kereta.”
“Oh ye? Nanti boleh lah datang Kuantan tahun depan bawak McD kat aku hujung minggu. Bawak aku fly ke?” Dia buat muka Puss In Boots.
“Bawak McD tu small matter. Nak bawak fly tu, tak mungkin. Hailaa, Head Prefect kot ni!” Amir tepuk dadanya.
 Gadis itu buat muka loya. “Correction. It’s EX Head Prefect.” Perkataan ‘ex’ ditekan.
Amir mengaku kalah. Kalau layan dia ni, sampai esok pun belum tentu habis.
“Harini kita study Add Math form four.” Suara Amir tegas.

**************************************

Aliff Harris merebahkan badannya ke atas katil. Angkut barang asrama tu bukan main banyak lagi. Tu pun dah banyak yang sedekah dekat bilik makcik cleaner. Hanger, baldi, sabun basuh yang tak sempat habis, semua lah. Yang bawak balik nya baju-baju, kasut-kasut je. Baju-baju sekolah pun bagi dekat junior. Siapa lagi nak pakai baju sekolah kat rumah ni? Tu pun penuh jugak bonet kereta. Rasanya bawak haritu tak banyak pun.
            Dia mengeluh.
            Biasanya kalau sampai je rumah, mesti Hani masuk bilik tak sempat nak rehat ke apa, dia dah ajak bawak dia jalan-jalan. Tak pun dia bercerita apa-apa yang jadi dekat dia sepanjang bulan tu.
            Tapi sekarang, dah tak ada.
            Aliff cepat-cepat menyedarkan dirinya.
 Redha Aliff, redha. Sampai bila kau nak macam ni. Dia sendiri pun sedar dia dah tak macam diri dia sejak Hani meninggal. Kuat tidur, malas study, tak ada selera makan. Hygiene pun tak jaga. Muka berjambang, rambut panjang.
            Sekolah dah habis, PLKN tak dapat. (nasib baik)
            I’m going back with my old life.

*********************


            “Abang, if I die, promise me you’ll be a good boy.” Mata Hani terkebil-kebil memandang kucing yang berada di kaki nya.
“No you won’t die. Kenapa pulak Hani nak meninggal, Hani bukan sakit pun.” Aliff melutut di hadapan adiknya. Kepala Hani diusap.
“Abang, Hani nak swim. Tapi mama dengan ayah tak pernah bagi Hani swim. Hani nak try swimming.” Hani sengih memandang abangnya.
Angguk. “Tapi Hani kena ingat, Hani tak boleh swim kalau abang, mama, ayah takde kat rumah.  Ok?”
Hani mengangkat ibu jarinya tanda setuju. Dia memeluk erat abangnya. "Hani sayang abang!"
Aliff senyum segaris. "Abang pun sayang Hani." Dahi adiknya dicium.

***********************************
               
Aliff Harris bangun dari tidur. Jam di dinding di lihat. Dah pukul  10 pagi rupanya. Lepas subuh tadi terus tidur tak sedar pe dah. Breakfast pun tak.
            Dia berjalan menuruni anak tangga ke bilik adiknya.
            “Hani?” pintu bilik diketuk.
            Tiada jawapan.
            “Hani? Are you there?” pintu bilik diketuk lagi.
            Setelah beberapa kali ketukan, Aliff mengambil keputusan membuka pintu bilik adiknya. 

            Pintu bilik dibuka. Hani tiada.

            “Hani? Where are you?” kelibat Hani dicari.
            Satu perasaan tidak enak terbit di hati.
            Dia berlari ke dapur.
Negative.
 O Alllah, where’s Hani?
            Dia berlari pula ke luar rumah. Mata memandang ke arah kolam renang.
            Lututnya lemah. Dia jatuh terduduk.

*******************************

Aliff Harris meraup mukanya. Dia berjalan lemah ke rak buku yang berada penjuru kanan bilik.
Rasa nak membaca...... Tapi rasanya semua buku dekat rak ni dah baca.......
Matanya hinggap pada satu persatu tajuk buku yang berada di rak tersebut.
La Tahzan, Jangan Bersedih, Dont be Sad.
Wait, sejak bila aku ada buku ni? Ni mesti buku Papa yang tercampur sekali waktu nak pindah masuk rumah ni tahun lepas. Buku itu  dibawa keluar dari rak buku dan diletakkan ke riba.
Buku dibuka rawak.

“Tiap-tiap umat mempunyai batas waktu; maka apabila telah datang waktunya, mereka tidak dapat mengundurkannya barang sesaat pun dan tidak (pula) dapat mempercepatkannya.” (Surah Al-A’raf: 34)

Sentap.

Ayat ini merupakan amaran keras terhadap para pengecut yang telah mati berkali-kali sebelum kematian mereka yang sebenar datang. Mereka perlu sedar bahawa di sana ada ajal yang sudah ditentukan yang tidak memajukan kematian walaupun hanya sebentar, tidak pula yang mampu mengundurnya sekalipun hanya sebentar, sekalipun penduduk langit dan bumi bersatu untuk melakukannya. Sebenarnya, kemestian-kemestian ini sudah memberi perasaan tenang dan ketetapan hati.

Tertusuk.

“Dan datang lah sakaratulmaut dengan sebenar-benarnya. Itulah yang dahulunya hendak kamu hindari.” (Surah Qaf: 19)

Ketahuilah bahawa bergantung pada selain Allah adalah satu kesengsaraan.

“Maka tidak ada baginya satu golongan pun yang akan menolongnya selain Allah dan dia termasuk orang yang tidak dapat membela diri.” (Surah Al-Qashash: 81)


Hati tercarik-carik, terobek-robek.

This book is so good.... Nama penulis dicari....Dr. ‘Aidh Abdullah Al-Qarni.

Sah lah ni buku Papa. Aku takde buku camni.


Thursday, 10 April 2014

#9

Bella menghela nafas panjang dengan mata merenung syiling. Esok dah hari terakhir persekolahan untuk tahun ni. Tahun depan dah SPM. Tahun depan dah senior-year. Tahun depan, dah tak ada dia........
Bella cepat-cepat menggeleng kepalanya apabila menyedari dirinya berfikir tentang lelaki tersebut. Dia mengambil kalendar di dalam loker. Tomorrow is my birthday. Jannah pulak tak sempat nak melawat haritu. Dia pass hadiah tu dekat cousin dia yang sekolah kat sini. Kecik kan dunia? Tak tahu pulak cousin dia tu belajar kat sini. Patutlah haritu ada buat bacaan Yassin dekat surau. Cuma waktu tu tak cakna apa yang ustaz cakap suruh sedekahkan bacaan Yassin tu kat sape entah. Jadi, esoklah baru tahu siapa cousin Jannah. Taknak la tanya orang, tak suprise.
            Nasib baik kes hotel haritu tak telefon parents. Aku tak kisah nak demerit aku banyak mana pun, tolonglah jangan call parents. Kalau tak aku memang kena kuarantin lah cuti akhir tahun ni. Tak boleh lepak kat mamak sampai pagi, tak boleh nak join Fai pergi jamming.
            Tapi rasanya tahun ni memang dah tak buat camtu pun. 
            “Bell, barang dah habis kemas ke?” Piya masih tekun mengosongkan loker pakaiannya.
            “Udah. Barang aku banyak aku letak dalam stor je. Aku bawak balik beg kecik tu je.” Jarinya menuding ke arah beg Everlast di hadapan katilnya.
            Piya memandang beg tersebut. “Tu je?” Dia buat muka tak percaya.
            “Tu jelah. Takkan aku nak bawak balik baju sukan rumah kuning tu nak pakai kat rumah?” Bella tersenyum.
            “Takde lah macam tu. Tapi cam sikit sangat kot.”
            “Aku ni balik akhir tahun pun naik bas tau. Tak macam kau, ayah kau ambik kan? Aku ni berdikari orangnya.”
            “Blah lah, budak cengeng.” Piya meletakkan tangan di bahu, mata ke atas.
            Bella campak bantal kelajuan kuasa kuda kearah Piya. “Itu makan dia.”

******************************
           
Bella membawa buku teksnya ke bilik SPBT. Nasib lah kena denda, ada dua buku hilang. Dia membilang buku teksnya lagi sekali. Sah, memang tak cukup.
            “Nur Salsabila.” Cikgu Hamdan memanggil namanya.
            “Yes cikgu! Here I am!” Bella buat muka ceria. Mohon cikgu lupa suruh aku kira buku depan dia.
            Cikgu Hamdan buat muka tak berminat. “Kira buku awak.”
            Bella menghela nafas.

*********************************


            Dia mendaki lemah anak tangga satu persatu. Melayang RM10 macam tu je. Memang tak boleh nak lepak Starbucks dulu lah sebelum balik rumah nanti. Poket dah kering dah ni. Cukup-cukup nak makan sebelum naik bas je.
            “Bella?”
            Bella menoleh kepalanya ke arah suara yang memanggil namanya. What? Aliff Hahahahariss? Ha-ha-ha-ha-RISS?
            “Salsabila kan?”
            Bella melihat tangan lelaki yang berada di hadapannya. Jelas dia memegang sebuah kotak dengan riben merah. Bella mengangguk berulang kali. Rahang bawah sudah sedikit jatuh.
            “Ni, you friend gave it to me.” Dia menghulur kotak tersebut.  “She sent you her regards.” Kotak sudah bertukar tangan. Dia tersenyum.
            “T-thank Y-y-you.” Alahai time ni lah nak gagap. Spoil, spoil!
            “Oh. Okay. Assalamualaikum.” Lelaki tersebut tersenyum dan berlalu pergi.
            “Waalaikumussalam.” Bella masih membatu.


*****************************

“Aliff, I’m sorry for your loss. Stay strong.” Jannah senyum segaris.
            Aliff Harris membalas senyuman gadis tersebut. Tawar. “Insya-Allah.”
            “Goodluck for your upcoming SPM. Oh by the way, awak sekolah mana eh?”
            “SBPI. Kenapa?”
            “Mintak tolong sikit, boleh?”
            Aliff mengangguk sambil mengukir senyum tawar.

****************************

Cuti sekolah akhir tahun 2012.
            Bella meletakkan penanda buku di muka surat yang dibacanya. Anthem ni dari haritu tak habis-habis. Last-last baca balik sebab dah lupa. Dia membawa keluar kotak hadiah yang diberi Jannah melalui Aliff Harris kepadanya daripada beg. Lagi 30 minit nak sampai. Jammed pulak sebelum nak masuk highway tadi. Tu pasal lambat sikit sampai. Dia meleraikan ribbon merah yang diikat cantik mengelilingi kotak. Kotak dibuka.
A moment of silence. Tersentak, terpempan, ter- semua ter-.
Dia membawa keluar tafsir Al-Quran berwarna merah jambu daripada kotak tersebut. Sehelai selendang berwarna merah hati dengan corak bunga kecil berwarna putih dibawa keluar menggunakan tangan kiri.
Tafsir al-Quran. And a hijab.
Dia membaca nota yang ditinggalkan rakannya.
 “Happy Birthday, love. May Allah guide you to jannah. God bless. Love-Jannah Alia ;)”
Dia meletakkan kembali tafsir dan selendang tersebut ke dalam kotak.
Selendang? I don’t even know how to wear this.
Jannah, whats with all this?
Dia mengeluh.  Mata memandang kosong suasana jalan yang sibuk di tingkap bas tersebut.
I’m not ready. I’m just.. not ready... yet.


Tuesday, 8 April 2014

#8

            “Kalau tengok rupa, Amir Firdaus dengan adik dia, mana satu kau pilih?” Minn sengih lebar. Maggi kari di dalam tupperware disuapkan ke mulut menggunakan sudu.
            Ah, sudah. Tiba-tiba keluar topik lelaki ni.
            “Danial muka handsome. Perangai longkang.” Piya memberi pendapat. Ketawa pecah.
            “Amir Firdaus tak kenal sangat, sebab batch lain. He’s popular with the ladies due to his quixotic charm” Yuka sengih.
            Bella hanya diam. Mengeyakan pun tidak, menafikan pun tidak.
            “Bella? Biasa kau paling banyak kritik laki ni. Takde kritik pasal diorang?” Geena bertanya. Yang lain turut memandangnya.
            Bella senyum segaris. “Tak kot. Aku nak tidur dah. Nanti kemas bekas makanan korang ni, tutup pintu dorm, kunci tau. Goodnight fellas.”
 Diorang ni kena cakap satu-satu. Lepas makan, sila kemas bekas makanan dan terus basuh. Lepas basuh, sila keringkan baru letak dalam loker kalau tak, berkarat lah loker besi yang baru tukar tu. Sebelum tidur, sila tutup pintu dorm dan kunci. Kalau tak menonong je pintu terbukak luas ibarat melambai-lambai budak aspura yang selalu cari cara baru nak masuk aspuri. Diorang masuk aspuri bukan nak buat apa, nak kacau budak perempuan je lebih. Ada sekali tu sampai histeria sekali. Ambik kau. Gila apa pergi ambik kain kafan yang budak form three guna waktu pasca PMR untuk pengurusan jenazah?
            Bella merebahkan badan ke atas katil.
            Haih Bella, lari dari topik nampak?
            Bella senyum sendiri.

***********


            Bella merenung lama soalan Matematik Tambahan di hadapannya. Apesal susah sangat Add Math ni? Soalan tak mesra-calon langsung! Dia menjeling Minn di sebelah kanannya. Kelihatan Minn sangat tekun menjawab soalan tersebut. Haila! Takkan aku sorang je nak failed ni? Semua nampak macam reti je. Bella berdehem.
            Minn menjeling rakannya menggunakan ekor mata. Bella menunjukkan isyarat tangan. Minn mengerutkan dahinya. Dia menyelak beberapa helai kertas soalannya. Soalan Log? Alahai Bella ni, baru malam tadi aku ajar dia. Bentuk soalan sama pulak tu. Sah otak dia menerawang sampai Selat Melaka malam tadi.
            “Buat macam aku ajar malam tadi.” Minn membisik. Dia kembali fokus kepada kertas soalan.
            Bella mengerutkan dahinya. Dia ada ajar ke malam tadi? Eh? Bila?
            Redha je lah Bella. Failed pun cam tak biasa je.

**********


            “Aku ingatkan cikgu memang tak nak buat penyampaian hadiah untuk kita.”
            Bella memandang ke arah suara tersebut. “So?”
            “Dia buat. Minggu depan. Dia kata dia tangguh sebab kita kan tengah exam.” Piya mengukir senyum nipis.
            Alhamdulillah, haritu dapatlah merasa Juara 3 on 3 Gatorade SBP Zon Timur. Cuma bila pergi kebangsaan haritu takde rezeki, dapat nombor tiga. Tu pun sebab Minn time tu lah dia nak period pain, Piya cirit-birit, aku pulak injured buku lali. Nasib baik half-court jadi takde la berlari sangat. Banyak baling bola kat Piya je suruh settle buat three-pointer sebab dia memang sharp-shooter la. Tu pasal dapat gi semi-final. Time semi-fenale tu la datang sakit kemuncak gemilang cahaya.
            Result Peperiksaan Akhir Tahun Tingkatan Empat dah keluar. Buat muka watlek watpeace padahal rasa nak gugur air mata tengok ranking dalam batch. Rasa terus nak balik dorm nak menangis dalam selimut sebab dapat nombor 100/147. Terteruk dalam sejarah ni. Tak pernah dalam ranking batch aku dapat three-digit. Tapi kena redha je la, orang lain study aku dok berjalan, lepak, makan megi etc etc etc (senaraikan perbuatan tidak berfaedah yang lain) . Memang kena pasrah je lah dengan result sebegitu rupa. Selama ni, result pun tak hebat mana. Cuma tak ada lah sampai duduk ranking three-digit.
            Bella mengeluh.

************


            “Exam haritu dapat berapa A?”
            Mata Bella mencerun memandang lelaki tersebut. “Eleh, dah tahu tanya lagi.”
            “No, serious ni. Tengok ranking kau je. Tak tengok pun kau dapat berapa A. Kantoi lah mengusha kalau berdiri dekat board Form Four lama-lama.” Lelaki itu tersengih lebar.
            “4A je. 2 A solid 2 A-.”
            “Apa yang A? Apa yang tak  A?”
            “Yang teras tu jelah kot boleh nak score A nye pun. BM takdapat A pun. Rasa cam dah jadi anak didik A. Samad Said dah waktu tulis karangan tu. Tapi takdapat jugak. A solid English dengan PAI (Pendidikan Agama Islam). A- pulak Matematik dengan Sejarah. Chemistry and Physics, C+. Biology dengan Add Maths failed. Hehehe.” Bella sengih. “Am I making myself clear?”
            “Crystal.” Lelaki tersebut senyum. “Alah, nanti dah naik form 5 boleh punya catch up balik. Hujung tahun ni nak tusyen tak?”
            Bella menggeleng. Private Tuition: Boon Or Bane?
            “Nak tusyen dengan aku? Tapi aku garang la kalau mengajar ni. You’ll see the other part of me.”
             “Why not?” Bella senyum penuh makna.
            Bella membetulkan sila. Dia melihat bulan di langit, lama. Sebenarnya, tak pernah faham hobi orang yang asyik dok tengok bulan bintang setiap malam. Rasa macam bintang tu semua sama je. Apa yang lain? Ada Kim Soo-Hyun datang? Peh, sekali keluar aura k-drama fan aku.
            Lelaki di sebelahnya mengeluarkan telefon bimbit dari poket seluar tiga-suku. Dia membaca pesanan ringkas yang baru diterima.

            “Bella, Sir Ikmal tengah buat roll-call dekat Aspura. Pergi lari balik Aspuri sekarang! Turun tangga nanti elok-elok tau. Run like the river, Bella! Goodbye!” Lelaki itu berkata dengan sekali lafaz.
            Lalu, dia terus memecut untuk balik ke asrama.
            Bella masih di situ, tercengang. Dan mencerna makna.