“Amir, senyum!”
Amir mengangkat mukanya
memandang Instax Mini yang dipegang
Bella.
“Bella....... fokus sikit.” Amir
mengecilkan matanya memandang Bella. Mata kembali berlari dia atas buku rujukan
Fizik. Dia suruh aku ajar dia, dia yang kelaut.
“Bosan aaaaaaahhhhh.” Bella terus
meletakkan camera di sebelah ribanya.
“Bosan?”
Bella angguk.
“Nak suruh aku buat Dondang Sayang
ke dekat kau?”
Bella mencebik. “Fine.”
“Kalau bosan, aku ada cara lain.”
Amir tersengih lebar.
“Apa?”
“Aku tanya definition, kau jawab.
Tak dapat, push up 10.”
Bella ternganga. “Aku perempuan kot.
Berhemah sikit.” Memang lah dia ni, sekali keluar aura Pegawai Waran I KRS dia.
“Okay lah, lima je.” Buku rujukan
Fizik dihulurkan kepada Bella. “I give you ten minutes.”
Bella menyambut huluran tersebut dan
menyelak beberapa muka surat. Habis semua definisi nak cuba cerna.
Amir mengerling jam di tangannya.
“Time’s up.” Buku di riba Bella di rampas dan dipeluk erat.
“Tak aci! Tak sampai kot 10 minit! 5
minit pun tak sampai! Bagi buku tu balik!” Bella bercekak pinggang.
Amir buat muka malas layan.
“Define inertia.”
“The tendency for objects to
resist changes in their motion.” Laju Bella menjawab.
“Wow. I’m impressed.”
Bella angkat kedua belah kening
berulang kali.“Apa kau ingat mak ayah aku hantar aku pergi sekolah untuk
berfoya-foya?” Bella buat muka bangga semedang.
“Eleh, baru intertia kot? Next,
define elasticity.”
“Elasticity is the ability of a
substance to recover its original shape and size after distortion.” Sekali lagi
Bella buat muka bangga. “Apa ni bro, soalan kacang kuda ni?”
Amir buat muka. “Define Amir
Firdaus.” Amir mengangkat kedua belah keningnya sambil tersenyum.
“Anak manja, bajet handsome,
mengada.” Bella buat muka toya.
“Define Bella.”
“Cantik dan bergaya. Beauty with
brain.”
Amir buat muka loya. Ketawa
pecah.“Perasan sangat!”
“Kebenaran itu menyakitkan.”
Amir menutup kedua telinganya.
“Define handsome.”
“Johnny Depp.”
“Define beautiful.”
“Me in front of the mirror.”
“Define love.”
Ketawa mati.Sepi.
“Us?”
Bella cuba kawal riak muka.
“Good
answer.” Amir tersengih. Autumn in my heart sangat........
“Bella.”
“Hmm?”
“Kot
lah, suatu hari nanti, aku tinggal kau tiba-tiba. Kau nak tunggu aku lagi tak?”
Bella
diam, berfikir. “Dah rancang ke?”
Amir
tergelak kecil. “Serious ni.”
“Tak
tau. I dont know.” Tapi sebenarnya dah tau, dia ni tak lama lagi mesti blah
dari hidup aku. Dah tahu, memang dah tahu.
Amir
membisu.
“Dah
kenapa kita jiwang sangat ni?” Bella ketawa. Nak cover awkward sebenarnya.
**********
“Ayah,
Amir mana?” Danial menegur ayahnya yang sedang berborak dengan ibunya di ruang
tamu.
Ayahnya memandang Danial dengan muka
tak percaya. “Dia keluar tadi rasanya.” Buang tebiat anak aku ni tanya pasal
abang dia.
“Okay.” Sepatah Danial menjawab dan
dia terus mendaki anak tangga ke bilik tidurnya.
Danial mengetuk pintu bilik Amir
beberapa kali. Tiada jawapan. Ok, clear. Dia membuka pintu bilik abangnya dan
menutupnya dengan berhati-hati. Dia membuka laci di meja study Amir. Terdapat
bingkai gambar yang sudah diterbalikkan. Dah lama perhati dia selalu tengok
gambar ni sebab dia ni bukan jenis tutup pintu bilik. Sebab bilik aku
berhadapan dengan mamat ni, ada lah jugak jeling dia sikit-sikit, nak tengok la
hidup lagi ke tidak.
Bingkai gambar itu dibawa keluar
daripada laci. 10 years of life reduced.
Serentak itu jugalah Amir membuka
pintu bilik.
OMG. I was caught red-handed.
“What the hell are you doing here?”
Amir merampas bingkai gambar di tangan Danial dan meletakkannya kembali di
dalam laci. Laci ditolak.
“So you’re in relationship with her?
Wow.” Danial gelak besar dibuat-buat.
“Danial, please lah, jangan buat
hal. Or else, imej aku jugak terjejas.” Danial mengulang ayat Amir yang selalu
digunakan kepadanya dengan mimik muka yang menjengkelkan.
“Stop. Get out.” Dia menolak Danial
untuk keluar daripada biliknya.
Danial membatukan diri. “Aku cakap
ni bukan sebagai ahli keluarga kau, aku cakap ni sebagai seorang budak yang
bersekolah sama dengan kau. You didn’t practice what you preach. Each week, kau
bersyarah dekat depan cikgu-cikgu, dekat depan budak-budak, maknanya kau koya
baik lah selama ni? Don’t do this, don’t do that. But you end up doing semua
benda yang kau cakap jangan buat. I hate
being compared with you! Why did Amir is so intelligent while his brother is
not?! Kenapa Amir ni berdisiplin sangat padahal adik dia nakal nak mampus?! Why
did Amir is so perfect while his brother is lack of everything?!” Danial
bersuara kuat sambil jarinya mencucuk-cucuk dada Amir.
Amir terkebelakang beberapa langkah.
Sepi.
Amir duduk di atas katilnya. “I never know you’re facing those things. I never
know we’re being compared. I’m sorry.”
“Now you know. Hipokrit.” Danial berjalan
keluar daripada bilik Amir dan memasuki biliknya. Pintu bilik dihempas kuat.
Amir membawa keluar bingkai gambar
dari laci mejanya. Dia merenung gambar itu lama. Gambar dia dan Bella di atas
tangki sekolah pada waktu malam yang di ambil menggunakan kamera Nikon DSLR
yang dibawanya sempena majlis Graduasi yang akan berlangsung pada minggu yang
sama gambar itu diambil. Apa yang pasti, jarak dia dan Bella dalam gambar tu
hanya beberapa sentimeter. Apa yang pasti, waktu tu dia memang bahagia. Apa
yang pasti, waktu tu dia memang hanyut.
Nasib baik ibu dengan ayah tak dengar tadi, kalau tak habislah aku, habislah Danial.
Nasib baik ibu dengan ayah tak dengar tadi, kalau tak habislah aku, habislah Danial.
**********
Amir meneliti poster
usrah yang berada di atas katilnya. Abang pakai serban, berjubah putih, dan
berjanggut sejemput yang bagi dekat dia waktu tengah makan dekat Johnny’s
dengan Bella dua minggu lepas. Bella buat dek je waktu abang tu hulur, dia yang
sambut poster tu sebab kesian tengok muka abang tu. Cuma lepas ambil tu terus
sumbat dalam beg, tak berminat pun nak tengok. Tadi waktu nak buang-buang
segala sampah dalam beg tu, baru lah terbaca poster ni.
JOM JOIN USRAH
DI MASJID ZULKARNAIN!
Yang pasti, dekat sekolah, setiap
kali time usrah, walaupun aku jadi Naqib, atau ketua usrah. Aku akan baca je
kertas yang Badar bagi dekat budak-budak usrah aku. Nak hurai pun sikit-sikit
je. Tu pun topik kalau aku tahu. Memang tak cakna pun nak berusrah kalau kat
sekolah. Ni pulak nak join usrah dekat luar sekolah?
But it’s worth trying for, Amir. Kau
bukan buat pe pun cuti ni kan? Setakat jadi guru tusyen tak bertauliah, main
PlayStation tak ingat dunia akhirat, jamming tak ikut masa. PLKN pun tak dapat. Kerja pun malas. Mata berlari
di atas poster.
SETIAP
HUJUNG MINGGU!
Dia berjalan menuruni anak tangga ke
ruang tamu. Dia mendekati ibu dan ayahnya yang sedang menonton tv.
“Ibu, ayah. Hujung minggu ni ada nak
gi mana-mana?”
Serentak ibu dan ayahnya menggeleng.
Set.
2 comments:
Finally u update jugak vibe nih. Puas tunggu...
Hope u cepat2 update lepas ni, :D
Finally u update jugak vibe nih. Puas tunggu...
Hope u cepat2 update lepas ni, :D
Post a Comment