Tuesday, 25 March 2014

#4

Semenjak tengok MC haritu asyik cari je jejaka-handsome-misteri-menarik tu dekat mana-mana. Dema, padang, court, dataran, anjung mesra and even in-----SURAU hehehe. I put my eyes on him and I do admit, he is attractive on his own way. In a glance (konon) pun boleh tahu dia ni type of boy macam mana. Pendiam, of course la sebab aku duduk nak dekat 4 tahun dekat sekolah ni, tak pernah tengok pun muka dia. Biasanya orang tak kenal nama, tapi boleh cam muka. Yang ni terserempak pun tak pernah pun. Or maybe aku memang tak sedar kewujudan dia. Plus, he is such a good and pious boy. Selama dua minggu stalk dia kat surau ni, tak pernah tak nampak dia solat sunat.
            And also in a glance, I knew he doesn't even suits me.
            Crush, kot. First time ada crush ni.
            Bella sengih sendiri.
            “Someone is going to get retarded soon. Fei Mau suits you much Bella. Trust me.” Yuka bersuara selepas meletakkan Al-Quran di atas rak. Biasa lepas solat Isyak, students memang tak pergi prep terus. Ada yang tidur, ada yang baca Al-Quran, ada yang solat sunat, ada yang buat fast-usrah, ada jugak yang melanguk macam aku ni. Pukul 9:15pm baru lah nak terkedek-kedek salin telekung, tukar tudung prep. Pastu mula la crowded bilik wudhuk tu. Kalau ada kereta warden bertugas dekat anjung mesra, pukul 9 tepat pungung dah melekat dekat kerusi kelas tau.
            “Ive told you. Dont Fei Mau me around!” cubaan jentik di dahi Yuka gagal kerana dia sudahpun menutup dahinya sesaat awal.
            “Takpe, aku simpan dulu.” Bella sengih dengan mata mencerun.
            “Who are you looking at?” Yuka menurunkan tangannya. Matanya mengintai pelajar lelaki daripada ruang antara penghadang yang memisahkan saf lelaki dan saf perempuan yang juga pemisah bahagian depan surau dan bahagian belakang surau. Kalau ada tazkirah or tayangan, barulah penghadang ni dibuka. Waktu tu budak aspuri pun bajet-bajet fokus dengar ceramah. Cuma ada yang jenis tak makan saman macam Bella ni, sesedap oren je buat kuak lentang suruh bebudak cover dia.
            “Your forehead!” Jentikan kuasa tera dilepaskan ke dahi  Yuka. Serta merta dahinya berona merah. “Bloody retard! Dasar bini Fei Mau!” ketawa pecah. Dalam surau pulak tu. Ish ish ish.
            “Shhhhhhhhhhhhh.” Beberapa pelajar mengeluarkan bunyi serentak memandang mereka. Terhenti sebentar alunan ayat suci Al-Quran yang bergema dibaca oleh pelajar-pelajar.
            Ketawa terhenti.
            “Galok betul.” Suara seorang pelajar lelaki yang tak dapat dikenalpasti daripada bahagian depan surau.
            Darah berderau. Sabar Bella. Thank God there’s no Minn here. Karang tak pasal tambah lagi seorang yang berbalut kepala esok. Dia mencari arah suara tersebut dari ruang penghadang.
            “Dah Yuka, jom gi kelas.” Bella bersuara dingin.
            Yuka mengangguk.
*****************
            Bella dan Minn berjalan pulang ke Aspuri daripada kantin sekolah. Hari ni hari  Sabtu, lauk lunch kat dema pulak ikan. Bukan nak demand, cuma hari minggu macam ni je boleh merasa lunch makanan luar. McD ke, Pizza Hut delivery ke, KFC ke, tapi yang paling syok sekali bila boleh order daripada Jungle Foodcourt. Hujung minggu sahaja dalam RM30 dah hangus. Nak outing minggu ni turn lelaki, nak fly pun kena hold kejap. Kau gila kes phone haritu pun tak ‘dibicarakan’ lagi. Cewah.
            Bangunan Aspuri terletak di sebelah dema. Dema pulak sebelah Aspura. Kiranya dema ni is in the middle of Aspuri and Aspura. Bangunan sekolah pulak sebelum Aspura. Jadi nak gi kantin or kelas, memang kena lalu depan Aspura. Jangan kata nak pandang bangunan yang ada signboard Aspura tu, nak hidu oksigen kat atmosfera tu pun tak ingin. Ecewah.
            “Minn, mak kau cakap pe pasal kes Ben haritu?” air teh ais di cawan plastik dihirup menggunakan straw sambil berjalan.
            “Kena marah la bro. Nak-nak pulak aku...” Pap----- pencuci muka Safi sari mentimun dilempar ke arah mereka dari bangunan aspura. Thank God tak kena kepala. Serentak kepala mereka menoleh. Tiada kelibat mana-mana pelajar di koridor. Satu lagi bekas sabun dilempar. Enemy ditected. Lemparan dikenalpasti adalah dari tingkat tiga. Which means, the level the form four boys live in. Which means, they’re bloody coward as they’re hiding.
            “Perempuan murahan!” jerit seorang pelajar Aspura daripada tempat ‘penyorokan’nya. Apa yang pasti bukan sorang je, ada segerombolan  sebab lepas je budak dari tah-mane-mane-entah jerit, yang lain siap support tepuk baldi, ada yang ambil air gi jirus lagi. Oh my god such a ‘cute’ monkeys.
            “Show up! Coward! You dont even have a pennis! Show up bullshit!” Bella menjerit yang tak payah guna microphone pun Sleepy Beauty boleh terjaga dari tidur setelah air yang dijirus tepat ke kepala mereka membasahi anggota badan yang lain.
            Jangan kata nak ‘show-up’, di-boo pula beramai-ramai. Pelajar aspura tingkatan lima yang berada di aras bawah majoritinya keluar daripada dorm masing-masing. Well, bangunan aspura ni terbuka dan tinggi sikit dari jalan, jadi boleh nampak la sebijik-sebuntat budak aras bawah sekali ni. Yang penting nampak Aliff Harris keluar tak pakai baju dari dorm rumah hijau. Melayang sekejap.
            Minn menarik tangan Bella dan mempercepatkan langkah ke Aspuri. Oh babai shirtless boy. Tangga didaki hingga ke aras tiga. Sandal dicampak dan terus masuk ke dorm. Makanan dah jatuh depan Aspura tadi. Terkejut sangat lah kononnya. Drama sangat tau. Tudung ditanggal. Lengan disingsing.
            “Listen, girls. I will never ever ever get married with any bullshit guy from this school! I promise! I rather died alone than maryying those bullshits. Even the last guy on earth. Hell no!” Minn mengela nafas. Rakan lain yang duduk dalam bulatan, sedang menikmati makanan, terpempan.
            “Tadi kitorang dah panggil kau orang nak cakap tak payah pergi kantin sebab mak Piya ada masak makan banyak untuk kita. Tapi korang jalan je.” Yuna bersuara. Well, memang ada hikmah semua ni.
            “By the way, what happened?” Yuka bertanya, masih alert dengan situasi. Minn bercerita dengan semangat yang berkobar-kobar seperti berpidato piala menteri. Bella sudahpun merebahkan badannya ke atas katil setelah menggantikan bajunya yang basah.
            Tiba-tiba teringat Aliff Harris yang shirtless tadi. Six pack menonjol macam Malik Nor kateko. Nak crush on him boleh kan?
            Bella menyedapkan hati. Lena dalam angan-angan kerana amarah telah dipadamkan oleh bayangan seorang lelaki. Yang tidak berbaju. Yang berotot. Dan yang kacak.
**************
            Amir mempercepatkan langkah ke bilik gerakan pengawas. Dah pukul 2 suku, janji pukul dua. Janji melayu, macam tu lah. Nasib baik aku moyang aku Cina. Aku bukan pure Melayu. Mesyuarat memang tak start lagi kalau Head Prefect pun baru terkedek-kedek. Dia berjalan melintasi Anjung Mesra. Rasa cemburu timbul melihat beberapa pelajar sedang menikmati makanan bersama ibu-bapa masing-masing. Untung lah  budak yang duduk dekat dengan sekolah. Kalau aku tak cukup duit pun ayah bank-in je, kalau tertinggal barang pun mama post laju je. Kot ye pun nak datang kalau aku dah tak balik tiga bulan. Nak buat camne dapat tawaran sekolah jauh. Redha.
            Langkah kaki ditambah kuasa. Pintu bilik gerakan pengawas dibuka. Pengawas yang lain dah siap dengan buku nota lagi. Tak kurang jugak ada yang dah tidur. Kurang ajar aku lambat 15 minit je, bukan 45 minit. Amir mengambil tempat duduk.
            “Well friends, I am sorry that I’m late. Let’s start. First of all, kita mulakan majlis kita dengan Al-Fatihah.” Sepi seketika. “Okay, what’s the big deal?” Amir buat muka fokus.
            “Masalah disiplin makin teruk. Sekarang, budak Aspuri pun disiplin makin teruk cuma tak seteruk budak Aspura la.” Penolong ketua pengawas memulakan bicara dengan nada sarkastik. Pelajar lelaki yang lain ada yang bising-bising konon nak back up. Padahal memang betul pun.
            “Okay. Please, proceed. Ignore them.” Amir tersenyum dengan gelagat mereka.
            “So, we have detected those girls yang banyak buat masalah ni. The thing is, diorang tak pernah kantoi. Tapi kitorang tahu diorang ponteng, bawak phone, fly. Cuma tak pernah kantoi. So, we decided to prank them.” Ayat akhir menarik perhatian semua pengawas yang berada dalam bilik tersebut.
            “Name those girls.” Amir menunjukkan minat.
            “They’re all the form four students. Minn, Sofea, Ayu Nadia, Ayu Aqilah, Najiha and... Oh my Lord I forgot the most wanted one----Salsabila. “ Syeros senyum segaris.
            “Okay. Oh, wait. Have you ask the permission from Cikgu Asmira?” Peraturan kena ikut jugak apa-apahal. Mana boleh sesedap orange je nak prank la ape la. Diorang tak kantoi tu sebab nasib baik. Budak Aspuri ni semangat sangat. Budak Aspura relaks je. Cool guys. Aiceh.
            Syeros angguk.
            “Oh okay. So lets proceed to the next issues.” Amir tukar topik.
***********

            Amir mengulang baris ayat di dalam buku rujukan Chemistry itu beberapa kali. Hampir 10 kali diulang, masih tak dapat dicerna maknanya. Ada sesuatu mengganggu fikirannya. Buku ditutup.
            “Yan, kalau warden datang, cakap aku gi jumpa adik aku jap.”
            Yan angguk. “Buat ape jumpa adik kau?”
            “Lah, Yan. Sejak bila ni?”      
            “Sejak bila ape?”
            “Sejak bila jadi busybody ni?” Amir senyum, lalu meninggalkan Yan yang masih cuba mencerna makna perbualan mereka tadi.

************

            “Kau couple dengan Bella ke?” tanya Amir sejurus sesaat Danial menapak kaki di hadapannya. Kena jumpa hujung koridor. Takut nanti dia bertumbuk dengan Danial ni depan kelas.
            Danial menepuk tangan dua kali. “You came this far just for this crap question?” Danial tersenyum sumbing.
            “Not too far. Just two blocks away.” Amir membalas, menyimbah lagi api terhadap perbualan yang makin panas.
            Danial menyingsing lengan. “So I guess the two-block-away-or-what-the-hell-you’re-talking-bout’ suits to make your face swollen.”
            “I do not afraid of you. Just remember that. Kalau bukan aku ni Head Prefect, aku dah boleh bertumbuk dengan kau kat sini.”
            “So do it! Come on! Dont be such a coward!”
            Lima milisaat perkataan akhir keluar dari mulut Danial, satu tumbukan dilayang ke pipi.
            “Thank you, my punchbag.” Amir berlalu pergi
*************



A: Bangunan sekolah
B: Tangki
C: Surau
D: Aspura
E: Dewan Makan
F: Aspuri
G: Rumah pengetua
H: Rumah GPK 1
I: Rumah GPK Kokurikulum
J: Rumah GPK HEM
K: Kuarters guru
L: Padang sekolah
M: Astaka

4 comments:

Anonymous said...

so kau nak aku komen ape???well,,,sambung novel kau ni asap..serius ni..

Anonymous said...

Kenapa best sangat ni? Hahaha well the six packs boy is soooooo ehem hahaha

Anonymous said...

Oh i'm so into this blognovel. Cik tolong la sambung asap. And boleh tak nak buat danial hakim tu as my crush? Hahaha

Anonymous said...

Hahhaa. Lavv itt