“Baca
apa?” Piya menegur dan melabuhkan punggungnya di sebelah Bella.
“Hunger
Games, Catching Fire.” Dia meletakkan penanda buku di muka surat yang dibaca
dan menutup buku tersebut. Bertemankan lampu koridor ni je lah dia boleh baca
buku. Pukul 11:50 pm memang kena light off. Kalau ada homework yang tak sempat
buat masa prep, atau nak study ke, pintu dorm lah menjadi port paling best.
Bilik study ada aircond, boleh buat mengantuk tak sampai 10 minit pun duduk
situ. Trust me, I am one of the victims.
“Siapa nak jumpa kau tadi?” Piya mengambil bantal di katil dan membuat kuak lentang di lantai dorm.
“Amir-rusted.” Sepatah.
“What?” ketawa Piya pecah tanpa
dipaksa. Bella buat muka.
“Okay, okay. Tak gelak dah. Kenapa
dia jumpa kau?” Piya menarik nafas menenangkan diri.
“Dia tanya aku ada hubungan ke dengan
adik dia.” Bella ambil Snek Ku dari loker. Dia menghulurnya kepada Piya.
Piya mengambil makanan ringan tersebut
dengan senang hati. Ni lah budaya positif asrama. Share makanan walaupun ada
sikit je. “Tapi kan. Tak rasa pelik ke?
Dia boleh je jumpa Danial, tanya Danial.”
“Entah.” Bella bersuara sepatah.
“Em tapi dengar cerita dia dengan
adik dia tu tak baik pun.”
“Ma makna?” Bella mula memberi
perhatian.
“Maknanya, aku pun taktahu. Tapi
kalau kau couple dengan Danial pun sesuai pe?”
“In your dream.” Bella mengemas alat
tulis dan memasukkannya ke dalam beg sekolah. “Dah lah, jom tidur. Esok Biologi
masa first do.” Dia menutup pintu dorm dan menguncinya.
************************
“Ben.” Danial menggerakkan badan Ben
yang lena tidur di tingkat atas katil dua tingkat tersebut. Ben membuka mata
sedikit demi sedikit.
“Apa?” Ben bertanya, masih lagi
mamai.
“Jom, ikut aku. Tempat biasa.” Dia
menukar seluar pendeknya. Jam di tangan dilihat. Dah pukul 5 pagi.
****************************
****************************
Perhimpunan sudah dimulakan. Giliran
guru bertugas pada minggu lepas memberi laporan. Macam biasalah, sampah tak
buang, bising. Too common. Aku memang takkan pandang atas pentas waktu
perhimpunan. Sebab ada ketua dengan penolong ketua pengawas duduk sebelah
Pengetua dengan GPK dengan muka bajet tahap tak hengat. Giliran guru disiplin
pula memberi laporan kes-kes disiplin yang terjadi minggu lepas. Yang part ni
paling best, sebab boleh tengok macam-macam perangai tak senonoh budak Aspura.
Budak Aspuri jarang naik pentas. Skema kan.
“Pada malam semalam, dua orang
pelajar ditangkap merokok di tangki sekolah oleh pengawal keselamatan dalam
sekitar jam lima pagi. Dipersilakan
kedua-kedua pelajar naik ke pentas dan menerangkan situasi yang terjadi. Saya
rasa saya tak perlu sebut nama, pandai-pandailah orang tu sedar diri.” Cikgu
Asmira memandang ke arah pelajar lelaki.
Kelihatan terdapat beberapa
pergerakan dalam barisan pelajar tingkatan empat. Dua orang pelajar lelaki
tersebut naik ke atas pentas.
****************************************************
****************************************************
“I’ve told you! Please lah Danial.
Jangan buat hal. Or else, imej aku jugak terjejas.” Songkok di atas kepala dibetulkan.
Dia terus mendapatkan adiknya selepas perhimpunan bersurai. Kalau bukan sebab
dia nampak Danial dengan Ben berhasrat nak keluar Aspura sebab bertembung dekat
pintu Aspura waktu dia nak pergi surau, memang budak dua ekor tu dah end up
atas pentas macam budak dua orang tu. Nak kata Danial dengan Ben nak pergi
surau memang lambat lagi lah. Subuh pun berapa kerat je budak lelaki pergi
surau. Muka Danial memang confirm-confirm takde.
Danial buat muka toya. “Kau ni dari
dulu asyik fikir imej kau je. Aku ni bukan adik kau pun.”
“We are not even a step-brothers,
lad. We share the same father. Keep that in your mind. Dah, pergi naik kelas.”
Dia menepuk bahu Danial.
Angguk. Muka dingin. “Aku taknak
buat kau malu kat sini, so please remove your hand.” Amir pantas mengalihkan
tangannya dari bahu Danial. Danial melangkah pergi.
Sigh.
**************************************************
**************************************************
Bella mengemas alat tulis dan
menyusun buku yang berselerak di atas mejanya. Homework Additional Mathematics,
done. Addmath ni jadi subjek paksa-favourite sekarang. Sir Firdaus cakap nak
power subjek tu, kena suka dulu. Bella mencuit lengan Yuna. “Siap dah
homework?”
“Belum. Satu sub-question lagi.” Yuna menjawab tanpa menoleh ke arahnya.
Bella melihat sekeliling. Geena tengah tidur. Dia berjalan ke meja Geena dan menggerakkan tubuh rakannya. Geena mengangkat muka dengan muka sememeh.
“Jom balik dorm?” Bella buat muka
puss in boots.
“Jom. Aku ngantuk gila nak mati dah
ni. Tidur kat kelas ni nak buat kuak lentang pun tak boleh.” Geema membebel dan
terus mengambil begnya tanpa mengemas meja yang dah macam niyang rapik tu.
“Yuna, aku nak balik dulu ni. Nak
ikut tak?”
“Jap, jap. Last step dah ni. Tinggal
nak masukkan dalam formula je. Lek lu.” Tangannya masih lincah menekan
kalkulator.
“Okay. Geena, rileks dulu, tunggu Yuna.” Bella kembali ke mejanya dan mengeluarkan novel The Tales Of Two City
dari beg.
“Okay pelajar. Tinggalkan sebarang
barang dan beratur di luar kelas. Kami nak buat spotcheck.” Ketua pengawas
masuk bersama ‘konco-konco’nya dengan muka bajet tahap tak hengat.
Pelajar-pelajar keluar daripada
kelas dengan riak muka setenang-tenangnya. Padahal kelas ni paling berkuasa
penggunaan handphone. Dekat loker buku ada berapa butir handphone entah. Dekat
belakang loker tadi baru nampak Chad charge iPhone dia. Diorang ni tak mudoh,
bawak yang mahal-mahal pergi sekolah. Aku bawak Nokia 3310 yang boleh call,
text papa dengan mama pun okay dah.
You
know what ‘bacteria’, you will never know where did I put my phone. You’ll
never know. Novel kena rampas kira halal je lah.
“Teacher, we got one.” Salah seorang
pengawas melaporkan kepada guru disiplin yang baru sahaja melangkah masuk ke
kelas mereka.
“Siapa punya?” Sir Firdaus buat muka
Hitler.
“Dalam loker Nur Salsabila.” Amir
bersuara. Dia menjeling ke luar tingkap.
Mata Bella terbeliak mendengar
pernyataan tersebut dari luar kelas. “WHO THE HECK SABOTAGE ME?! GO F*** YOUR
OWN BUSINESS!” Bella mencarut dengan not tinggi tanpa mempedulikan guru
disiplin yang berada di dalam kelas yang memandangnya dengan muka YOU-ARE-GROUNDED-SALSABILA!
No comments:
Post a Comment