Bella
merebahkan badannya ke atas katil. Sheet (if you know what I mean), penat gila
harini. Petang ada kelas intensif pastu tadi buat spotcheck pulak.
Kalau tanya aku, berapa butir fon
yang aku dapat-- mestilah kosong.
Sebab takde pun budak yang dok
charge fon terang-terangan. Takde pun budak yang letak fon dalam laci dengan
locker bodoh-bodoh je.
Kalau tanya Minn, dia dapat dalam
dua butir macam tu. Sebab tu pun budak tu agaknya tengah ponteng prep kot.
Kitorang buat spotcheck waktu tengah prep. Ketua dorm jelah ikut balik. Yelah,
sebab kalau ada kecurian engko ingat exco nak tanggung? Dah lah bebudak sini
semua anak orang kaya. Belanja sebulan rm400. Aku taktau lah kenapa mak bapak
dorang bagi duit banyak sangat. makan lima kali sehari dah kot. Takpe lantak
dorang lah duit dorang. Aku ni tak berapa nak kaya ni dok diam-diam jelah dalam
gua.
Ok berbalik kepada kisah dua butir
fon. Budak tu tengah ponteng kot, sebab aku tengok bekas megi kat tengah2 dorm
ada dalam lima enam macam tu. Fyi (for your information bagi mereka yang noob
taktahu fyi tu apa) petang-petang sebelum kitorang gi surau, kena kemas dorm
macam nak gi sekolah. Pastu dorm sape yang macam Niyang Rapik tu memang Exco
panggil balik dorm semula pasal kena kemas dorm diorang balik. So maknanye,tak
mungkin lah budak-budak tu nak tinggal bekas-bekas makanan diorang dekat dalam
dorm. Jadi mestilah diorang makan waktu budak-budak tengah solat kat surau,
dalam erti kata lain ponteng la.
Jadi kesimpulan yang dibuat oleh aku
yang selalu failed nak simpulkan sebarang eksperimen dalam chemist, fizik,
mahupun biologi ni, budak tu kalut sangat nak lari dari exco asrama yang masuk
mendadak ni (atau mungkin ketua dorm dorang yang sampai dulu tu pi hambat
dorang) sampai tertinggal dua butir fon yang dicaj sebodoh-bodohnya terpampang
di atas meja dorm.
Ha macam tu lah cerita dia.
Fon aku dah sorok. Tak boleh cakap
kat mana nanti adik2 asrama yang baca kang ikut.
Esok balik. Kesian budak-budak tu.
Kena rampas malam sebelum balik kot. Satu malam je lagi nak bertahan. Haih.
“Woi Bell tadi Kerk cakap suruh
balik pas solat jumaat esok.” Tegur Piya.
Bella tersentak. “Bangang kau boleh
bagi salam dulu tak”
Piya sengih.
*********
“Jom lah lepak KL dulu. Takkan nak
terus balik kot?” bella pandang Kerk dengan muka kesian.
“Nak lepak mana?”
“Kita naik bas turun kat pekeliling
la. Pastu jom gi times square, gi Escape. Nak?”
“Wan aok itang, aku balik nak jumpa
abah lu. Bukan nak enjoy dengan lu. Takde-takde, balik rumah terus.”
Bella mencebik. “Yelah, gi la beli
tiket aku nak gi tandas jap.”
Kerk angguk lalu bergerak ke kaunter
tiket. Tiket bas dari syarikat pengangkutan Transnasional dibeli. Dia menunggu
Bella di lobi pelepasan.
“Oit.” Bella duduk di sebelah Kerk.
“tiket pukul bape?” tanya dia.
“Bella, seriously?” Kerk angkat
kedua belah kening.
“Serious apa?”
“Seriously terus bukak tudung? Kita
kat Kuantan lagi kot. Mana tahu ada cikgu-cikgu, budak sekolah kita lagi ke?”
“Ish sibuklah. Biarlah.” Bella peluk
beg pakaiannya.
“Tiket pukul 4. Dah makan?”
Bella geleng. “Nak gi makan?”
“Jom”
**************
“BRO!” Ben angkat tangan dari jauh
setelah melihat Kerk.
Kerk sengih. Namun sengihannya
menjadi kelat apabila melihat Danial di sebelah Ben.
Bella berundur berapa tapak. “Aku
tak lapar. Aku tunggu kat lobi tadi tau.” Bella membawa haluan kembali ke lobi
perlepasan.
Kerk serba salah. Nak pergi dekat
member ke sepupu ni?
“Mai lah sini!” ajak Ben bersungguh.
Kerk akur, mengatur langkah ke arah
Ben lalu duduk. Danial buat-buat sibuk dengan nasi goreng kampung dan telefon
di tangan.
“Balik mana?” tanya Ben sela satu
saat Kerk duduk.
“Rumah Bella. Nak jumpa pak sedara
aku.”
“Oh yeke. Amboi minah tu freehair
terus.” Ben geleng kepala.
Kerk sekadar tersengih. “Eheh,
biarlah dia.” Sebab kalau nak back up lebih-lebih pun memang apa yang Bella
buat tu salah.
“Kau apesal ada kat terminal ni?
Budak kuantan buat lah cara budak Kuantan. Rumah kau tu jalan kaki je boleh
dari sekolah kita.”
“Aku balik rumah Danial. Saje je
bosan aaa balik Kuantan. Bukan ada orang pun.” Ben melontar pandangan ke arah
jalan raya.
“Parents kau bila nak balik Malaysia
nye?” tanya Kerk lagi.
“Entah lah weh. Entah-entah dah lupa
diorang ada anak kat Malaysia ni.” Ben sengih kelat.
Haih. Ben. Umur 11 dah kena tinggal
dengan mak bapak. Mak bapak ajak tinggal sekali taknak (nampak tak Ben ni
kecik2 lagi dah rebellious, haha) Pastu mula lah membesar kurang kasih sayang.
Nasib baik ada kakak (yang gap umur jauh)
dekat Selangor tu. Mak ayah dia buat mende lagi kalau tak ber-business.
Tengok jelah rumah dia dekat IM 5 (Indera Mahkota) tu, besar dia tahap boleh
main futsal jugaklah dalam tu. Eheh, over je kau ni Kerk. Eh suka hati aku lah
monolog aku.
Danial terus mendiamkan diri. Leka
orange juice pula.
“ha, kau pergi lah dekat cousin kau
tu. Nanges pulak kang dia.” Ben memecahkan awkward-air antara Kerk dan Danial.
“Haha, yelah okay lah aku gerak
dulu. Assalamualaikum.” Kerk berjabat tangan dengan Ben. Kemudian dia
menghulurkan tangan kepada Danial, Danial sambut tangan Kerk dengan sengih
segaris (yang nyata awkward)
Kerk angkat tangan sebelum beredar.
Dia pergi ke kedai runcit dan membeli roti Gardenier yang dah naik 30 sen tu,
Chipster, Twisties, dan sebotol Lipton iced lemon tea dengan Mountain Dew botol
hijau.
******
Kelibat Bella dicari. Dia berjalan
ke arah gadis tersebut yang jelas tampak bosan.
“Bosan lettew.” Kerk menegur sambil
menghulurkan plastik berisi makanan yang dibelinya.
“Ye laaaaah.” Plastik bertukar
tangan. “Lapar. I can eat the whole elephant.” Bella bukak plastik roti lalu
menyuapnya ke mulut.
“Bismillah dulu, kot.” Tegur Kerk.
“Bismillahirrahmanirrahim.” Lalu
Bella ambil gigitan kedua.
“Asal taknak makan tadi?” tanya
Kerk.
“Aku rasa kau pun tau kot.”
“Danial?”
“Ye lah. Best friend kau tu.”
Kerk sengih tawar. Hmm. Yelah
bestriend. Dulu.
“Apesal kau dah tak rapat dengan dia
sekarang weh?”
“Makan tu jangan bercakap.”
“Eleh, tukar topik pulak.” Bella
tampar bahu Kerk.
“Weh Bella, kita dah besar tau. Mana
boleh tepuk tampar sesuka hati cam dulu-dulu.” Kerk teguk Mountain Dew. Menegur
dengan nada bersahaja supaya Bella tak terasa.
“Eleh biarlah.” Bella membuka
plastik roti yang kedua.
“Karang orang ingat kita couple.”
“Apa salahnya.” Bella sengih.
“Banyak salahnya. Karang juniors
yang crush on me akan patah hati. Aku kena jaga prestasi aku sebagai jejaka
malaya yang tersohor di sekolah kita. Gitu.”
“Jangan nak melencong jauh sangat.
Balik rumah nanti cite kat aku.” Bella tak ambik port dengan tindakan Kerk yang
telah menjadi takbur dan ujub tanpa niat.
writer's notes:
IT'S MY 25TH ENTRY SO IT'S ALREADY MY 1ST QUARTER QUELL!
May the odds be ever in your favor! :)
1 comment:
Sementara saya kat rumah, saya nak baca cerita awak banyak banyak banyak banyak pleaseeeeeeee ����
Post a Comment