Monday, 10 November 2014

#25

Bella merebahkan badannya ke atas katil. Sheet (if you know what I mean), penat gila harini. Petang ada kelas intensif pastu tadi buat spotcheck pulak.
            Kalau tanya aku, berapa butir fon yang aku dapat-- mestilah kosong.
            Sebab takde pun budak yang dok charge fon terang-terangan. Takde pun budak yang letak fon dalam laci dengan locker bodoh-bodoh je.
            Kalau tanya Minn, dia dapat dalam dua butir macam tu. Sebab tu pun budak tu agaknya tengah ponteng prep kot. Kitorang buat spotcheck waktu tengah prep. Ketua dorm jelah ikut balik. Yelah, sebab kalau ada kecurian engko ingat exco nak tanggung? Dah lah bebudak sini semua anak orang kaya. Belanja sebulan rm400. Aku taktau lah kenapa mak bapak dorang bagi duit banyak sangat. makan lima kali sehari dah kot. Takpe lantak dorang lah duit dorang. Aku ni tak berapa nak kaya ni dok diam-diam jelah dalam gua.
            Ok berbalik kepada kisah dua butir fon. Budak tu tengah ponteng kot, sebab aku tengok bekas megi kat tengah2 dorm ada dalam lima enam macam tu. Fyi (for your information bagi mereka yang noob taktahu fyi tu apa) petang-petang sebelum kitorang gi surau, kena kemas dorm macam nak gi sekolah. Pastu dorm sape yang macam Niyang Rapik tu memang Exco panggil balik dorm semula pasal kena kemas dorm diorang balik. So maknanye,tak mungkin lah budak-budak tu nak tinggal bekas-bekas makanan diorang dekat dalam dorm. Jadi mestilah diorang makan waktu budak-budak tengah solat kat surau, dalam erti kata lain ponteng la.
            Jadi kesimpulan yang dibuat oleh aku yang selalu failed nak simpulkan sebarang eksperimen dalam chemist, fizik, mahupun biologi ni, budak tu kalut sangat nak lari dari exco asrama yang masuk mendadak ni (atau mungkin ketua dorm dorang yang sampai dulu tu pi hambat dorang) sampai tertinggal dua butir fon yang dicaj sebodoh-bodohnya terpampang di atas meja dorm.
            Ha macam tu lah cerita dia.
            Fon aku dah sorok. Tak boleh cakap kat mana nanti adik2 asrama yang baca kang ikut.
            Esok balik. Kesian budak-budak tu. Kena rampas malam sebelum balik kot. Satu malam je lagi nak bertahan. Haih.
            “Woi Bell tadi Kerk cakap suruh balik pas solat jumaat esok.” Tegur Piya.
            Bella tersentak. “Bangang kau boleh bagi salam dulu tak”
            Piya sengih.

*********


            “Jom lah lepak KL dulu. Takkan nak terus balik kot?” bella pandang Kerk dengan muka kesian.
            “Nak lepak mana?”
            “Kita naik bas turun kat pekeliling la. Pastu jom gi times square, gi Escape. Nak?”
            “Wan aok itang, aku balik nak jumpa abah lu. Bukan nak enjoy dengan lu. Takde-takde, balik rumah terus.”
            Bella mencebik. “Yelah, gi la beli tiket aku nak gi tandas jap.”
            Kerk angguk lalu bergerak ke kaunter tiket. Tiket bas dari syarikat pengangkutan Transnasional dibeli. Dia menunggu Bella di lobi pelepasan.
            “Oit.” Bella duduk di sebelah Kerk. “tiket pukul bape?” tanya dia.
            “Bella, seriously?” Kerk angkat kedua belah kening.
            “Serious apa?”
            “Seriously terus bukak tudung? Kita kat Kuantan lagi kot. Mana tahu ada cikgu-cikgu, budak sekolah kita lagi ke?”
            “Ish sibuklah. Biarlah.” Bella peluk beg pakaiannya.
            “Tiket pukul 4. Dah makan?”
            Bella geleng. “Nak gi makan?”
            “Jom”

**************


            “BRO!” Ben angkat tangan dari jauh setelah melihat Kerk.
            Kerk sengih. Namun sengihannya menjadi kelat apabila melihat Danial di sebelah Ben.
            Bella berundur berapa tapak. “Aku tak lapar. Aku tunggu kat lobi tadi tau.” Bella membawa haluan kembali ke lobi perlepasan.
            Kerk serba salah. Nak pergi dekat member ke sepupu ni?
            “Mai lah sini!” ajak Ben bersungguh.
            Kerk akur, mengatur langkah ke arah Ben lalu duduk. Danial buat-buat sibuk dengan nasi goreng kampung dan telefon di tangan.
            “Balik mana?” tanya Ben sela satu saat Kerk duduk.
            “Rumah Bella. Nak jumpa pak sedara aku.”
            “Oh yeke. Amboi minah tu freehair terus.” Ben geleng kepala.
            Kerk sekadar tersengih. “Eheh, biarlah dia.” Sebab kalau nak back up lebih-lebih pun memang apa yang Bella buat tu salah.
            “Kau apesal ada kat terminal ni? Budak kuantan buat lah cara budak Kuantan. Rumah kau tu jalan kaki je boleh dari sekolah kita.”
            “Aku balik rumah Danial. Saje je bosan aaa balik Kuantan. Bukan ada orang pun.” Ben melontar pandangan ke arah jalan raya.
            “Parents kau bila nak balik Malaysia nye?” tanya Kerk lagi.
            “Entah lah weh. Entah-entah dah lupa diorang ada anak kat Malaysia ni.” Ben sengih kelat.
            Haih. Ben. Umur 11 dah kena tinggal dengan mak bapak. Mak bapak ajak tinggal sekali taknak (nampak tak Ben ni kecik2 lagi dah rebellious, haha) Pastu mula lah membesar kurang kasih sayang. Nasib baik ada kakak (yang gap umur jauh)  dekat Selangor tu. Mak ayah dia buat mende lagi kalau tak ber-business. Tengok jelah rumah dia dekat IM 5 (Indera Mahkota) tu, besar dia tahap boleh main futsal jugaklah dalam tu. Eheh, over je kau ni Kerk. Eh suka hati aku lah monolog aku.
            Danial terus mendiamkan diri. Leka orange juice pula.
            “ha, kau pergi lah dekat cousin kau tu. Nanges pulak kang dia.” Ben memecahkan awkward-air antara Kerk dan Danial.
            “Haha, yelah okay lah aku gerak dulu. Assalamualaikum.” Kerk berjabat tangan dengan Ben. Kemudian dia menghulurkan tangan kepada Danial, Danial sambut tangan Kerk dengan sengih segaris (yang nyata awkward)
            Kerk angkat tangan sebelum beredar. Dia pergi ke kedai runcit dan membeli roti Gardenier yang dah naik 30 sen tu, Chipster, Twisties, dan sebotol Lipton iced lemon tea dengan Mountain Dew botol hijau.

******


            Kelibat Bella dicari. Dia berjalan ke arah gadis tersebut yang jelas tampak bosan.
            “Bosan lettew.” Kerk menegur sambil menghulurkan plastik berisi makanan yang dibelinya.
            “Ye laaaaah.” Plastik bertukar tangan. “Lapar. I can eat the whole elephant.” Bella bukak plastik roti lalu menyuapnya ke mulut.
            “Bismillah dulu, kot.” Tegur Kerk.
            “Bismillahirrahmanirrahim.” Lalu Bella ambil gigitan kedua.
            “Asal taknak makan tadi?” tanya Kerk.
            “Aku rasa kau pun tau kot.”
            “Danial?”
            “Ye lah. Best friend kau tu.”
            Kerk sengih tawar. Hmm. Yelah bestriend. Dulu.
            “Apesal kau dah tak rapat dengan dia sekarang weh?”
            “Makan tu jangan bercakap.”
            “Eleh, tukar topik pulak.” Bella tampar bahu Kerk.
            “Weh Bella, kita dah besar tau. Mana boleh tepuk tampar sesuka hati cam dulu-dulu.” Kerk teguk Mountain Dew. Menegur dengan nada bersahaja supaya Bella tak terasa.
            “Eleh biarlah.” Bella membuka plastik roti yang kedua.
            “Karang orang ingat kita couple.”
            “Apa salahnya.” Bella sengih.
            “Banyak salahnya. Karang juniors yang crush on me akan patah hati. Aku kena jaga prestasi aku sebagai jejaka malaya yang tersohor di sekolah kita. Gitu.”

            “Jangan nak melencong jauh sangat. Balik rumah nanti cite kat aku.” Bella tak ambik port dengan tindakan Kerk yang telah menjadi takbur dan ujub tanpa niat.



writer's notes:

IT'S MY 25TH ENTRY SO IT'S ALREADY MY 1ST QUARTER QUELL! 
May the odds be ever in your favor! :)



1 comment:

Anonymous said...

Sementara saya kat rumah, saya nak baca cerita awak banyak banyak banyak banyak pleaseeeeeeee ����