Sunday, 14 September 2014

#23

“Kerk.”
            Kerk menoleh ke belakang, memandang Bella.
            “Nak pergi mana?” Bella melangkah ke arahnya.
            “Balik kelas. Kenapa?”
            “Tolong aku sat.”
            Kerk angkat kedua belah keningnya.
            “Panggil Danial kat kelas dia. Cakap Sir Firdaus nak jumpa.”
            Kerk angguk.
            “Thanks.”
            “Most welcome.”


**********


            Bella menyandarkan belakangnya ke dinding. Hailaa mamat ni, mana nye? Lambat betul.
            Danial melihat Bella di hujung koridor, langkah kaki dipercepatkan.
            “Jom.” Sepatah dia bersuara setelah tiba berhampiran Bella.
            Bella membuntuti Danial ke bilik guru.
            Danial mengetuk pintu bilik guru kemudian membukanya. Langkah kaki diatur ke meja Sir Firdaus.
            “Ha, datang pun, kenapa lambat sangat?”  Sir Firdaus capai fail di rak bukunya. Dia menghulur fail tersebut kepada Danial.
            “Cikgu ada mesyuarat la, awak tu lambat sangat. Jadi korang bincang sendiri, tapi jangan kat tempat mencurigakan pulak. Pi bincang kat anjung ke, kantin ke.”
            Danial mengangguk kepalanya.
            “Awak jangan tak bincang pulak, cikgu dah suruh sorang budak cikgu tengokkan awak.”
            “Ok, make your way. Tu dalam tu, ada contoh minit mesyuarat, kertas kerja, carta organisasi. Cikgu nak awak try buat. Senang lah apa-apa hal nanti. Danial, awak jangan suruh Bella je buat kerja.”
            Danial sengih.
            Bella tersenyum puas hati. Apa dia ingat kalau aku sorang je buat kerja, aku tak report dekat cikgu? Memang aku report aaa.

********


            Mereka tiba di anjung mesra.
            Danial bergerak ke meja dan menarik kerusi untuk duduk.
            Bella masih berdiri.
            “Nak suruh aku dudukkan kau ke? Ke nak duduk atas riba aku?” Danial bersuara dengan sengih-mengejek di bibir.
            “I dont need your sarcasm.”
            “So, sit down. Kita nak buat kerja je. Aku takde hati pun nak duduk sekali dengan perempuan macam kau ni.”
            Bella mencebik. “Aku pun tak hingin nak duduk dengan lelaki macam kau.” Dia menarik kerusi lalu duduk berhadapan Danial.
            Danial membuka fail tersebut dan menyelaknya.“Camne nak buat minit mesyuarat ni?”
            “Kan Sir dah bagi contoh, ikut jelah.” Bella bersuara malas.
            “Okay kalau macam tu kau buat lah.”
            “Taknak. Kau lah buat.”
            “Ish dah tu apa fungsi kau jadi perempuan?”
            “Banyak.”
            “Penuhkan nafsu lelaki ke camne?” Danial sengih herot.
            Bella diam.
            “Lah, diam pulak. Jawab ah.”
            Kening Bella berkerut.“Is this some kind of stupid joke or what?”
            Danial mengekalkan sengih di bibir. “We both know it isn’t.”
            “And we both know you’re stupid jerk yang tumpang famous nama abang sendiri.”
            Danial mengetap bibir. “Well, we both know you’re that cheap..”
            Mata Bella berair.“I’m off.” Bella beransur pergi.
            Danial campak fail ke atas meja.

*********



            “Bella, apasal senyap je dari tadi?” Minn menepuk bahu rakannya.
            Bella menggeleng.
            Minn mengeluh. Dah tahu dah, kalau tanya pun, memang dia takkan cerita.
            “Esok, ada perjumpaan EXCO tau, Ben buat.”
            Bella angguk. Minn beransur pergi.
            Pandangan Bella ditala ke syiling dorm. It’s not that I don’t want to share my problems with you girls,  I’m just not ready yet. I have serious trust issues.

******


“Sir, saya nak letak jawatan.” Bella menggagahkan diri, bersuara. Nak berjalan masuk bilik guru pun rasa dah tak daya dah.
            “Kenapa?”
            Bella diam. Nak cakap apa? Sebab saya tak suka Danial?
            “Saya tak boleh, saya tak layak.” Cewah. Tak layak.
            Sir Firdaus memandang anak muridnya. “Awak layak, sebab tu saya pilih. Danial pun ada datang jumpa saya.”
            Hekeleh Danial tu, taknak jadi jugak aaa tu. Apa dia ingat aku nak sangat la sama jawatan dengan dia? Ish, camne ni...........
            “Tapi Sir, saya taknak....” Bella tunduk memandang lantai.
            “No excuses. Awak tak boleh letak jawatan.”
            Bella mengeluh.
            “Tak lama lagi awak akan nampak hikmah dia.” Sir Firdaus kembali menanda buku latihan.
            Hikmah kebenda aku dengan  Danial tu. “Takpelah Sir, terima kasih.” Dia berlalu meninggalkan meja gurunya dan keluar dari bilik guru.

*******


            “Saya lantik awak berdua, sebab saya percaya, awak berdua boleh jalankan tangungjawab awak!” Sir Firdaus menyinga.
            Yes, pecat lah aku. Pecat lah aku. Bella terseyum(dalam hati).
            “Kalau awak rasa awak berdua buat macamni pasal nak suruh saya pecat, jawapan dia tidak.”
            Danial masih tidak memberi sebarang reaksi.
            Bella masih membisu.
            “Go, finish this work!” Sir Firdaus meletakkan beg komputer riba dan fail di atas mejanya.
            Danial mengambil kedua-dua barang tersebut. “We’re sorry, Sir. Kitorang akan siapkan harini jugak.”
            Sir Firdaus mengangguk.
            Mereka keluar dari bilik guru.
            “Pergi settle diri dulu, waktu riadah, datang anjung.” Danial bersuara sedatar dan menghulurkan beg komputer riba kepada Bella. Fail masih ditangannya.
            Bella angguk. Nak suruh aku buat lah tu. Tahu sangat. Dia mana boleh nak tinggal rugby tu.

*********


            Bella mengatur langkah ke anjung mesra bersama rakan-rakannya yang juga ingin ke gelanggang bola keranjang. Dia mengerling ke padang, budak-budak rugby tengah warm up. Hujung minggu ni ada tournament lah tu, beria sangat buat latihan.
            “Nanti nak balik ajak aku.” Bella angkat sebelah tangannya dan berpisah haluan daripada rakan-rakannya yang lain.
            Piya mengangguk laju.
            Dia bergerak ke meja yang berdekatan dengan suis. Plug charger disambungkan ke komputer riba. Komputer riba dihidupkan. Microsoft word ditekan.
            MINIT MESYUARAT EXCO ASRAMA 2013 KALI PERTAMA
            Pegerakan jari Bella di keyboard terhenti. Hailaa, lupa pulak nak buat camne. Fail ada kat mamat tu. Dia memegang kepala, cuba mengingat.
            Danial datang, menarik kerusi lalu duduk bertentangan Bella. fail diletakkan di atas meja lalu ditolak kepada Bella. “Kita berkompromi, hal kerja. Let’s be professional.” Danial tak buat sebarang ekspresi muka.
            Siapa yang tak professional sekarang ni? Dia rasanya. “Okay.” Sepatah. Sebab kalau aku menjawab karang, silap-silap makan penumbuk dia.
            Danial menarik komputer riba lalu diletakkan berhadapannya.

********


            “Piya. Semput nya aku rasa masuk form five ni.” Bella merebahkan badannya ke atas katil.
            Piya mengangguk. “Betul, dengan kelas tambahan, kelas malam. Kelas tambahan ambik prep petang, kelas malam ambik prep malam. Homework, memang kena buat time kat dorm la.”
            “Tu tak campur lagi dengan siapa yang kena Morning Glory tu. Lepas subuh terus kelas.” Sambung Piya.
            “Aku la tu, kena Morning Glory subjek Add Maths. Padanlah, failed. Failed single digit plak tu. Apa ke bengap sangat aku.” Bella sendiri tergelak melihat markahnya Matematik Tambahan nya. Dapat 7 kot. 7 per seratus. Rasa macam tak belajar apa-apa bila jawab tu.
            “Aku failed gak, tapi ok sikit dari kau aaaa. Aku failed tapi dapat 39. Satu markah lagi nak lulus. Kureng. Failed tinggi.” Piya buat muka bangga.

            “Kau jangan nak bangga diri, berdosa.” Bella sengih. Piya ni memang terer subjek yang ada pengiraan ni. Math Mode memang tak pernah tak A. Add Math pulak sokmo lulus. Tapi subjek membaca dia memang kelaut. Sejarah waktu upper form ni tak pernah tak C.
             Bella merenung kosong air milo dihadapannya. Amir tengah buat apa sekarang eh?


No comments: