Bella meletakkan beg pakaiannya di atas
lantai. Cadar dibawa keluar dari beg lalu disarungkan terus ke tilam. Dia rebah
ke atas katil.
Senyap je Aspuri ni. Bebudak lain
mesti tengah enjoy lagi tak pun tengah pulun buat homework. Aku ni kena balik
awal plak. Malam ni ada mesyuarat pulak. Minn entah kat mana, batang hidung
batang cermin mata pun aku tak nampak lagi.
Tapi nasib baik lah ada jugak orang
nak hantar aku tadi. Tu pun sebab ada Kerk. Kalau tak, ‘rajin’ pulak Pak Ucu
nak buat habis duit dia bayar petrol semata-mata nak hantar aku balik Kuantan.
Mama? Mama kerja. Macam biasalah.
Telefon bimbit Nokia 3310 dibawa
keluar dari poket seluar. (tu pun lepas tengok line clear ke tak). Pesanan ringkas
dihantar kepada Kerk.
+Awal lagi ni. Jom keluar makan kat IM jap.
Selang dua minit, Kerk membalas.
-Bereh. Solat asar dulu. Pukul 5
suku kita jumpa kat anjung damai.
+Okiesss
Telefon bimbit disorok bawah tilam. Langkah
kaki diatur ke bilik air untuk mengambil wudhuk.
Kalau dekat asrama, malas macam mana
pun automatik akan solat jugak. Bila lah kau nak berubah, Bella?
********
Semua EXCO Asrama Aspura dan Aspuri sudah berkumpul di anjung mesra.
Suasana sekolah sangat sunyi, memandangkan pelajar lain masih belum pulang ke
asrama. Yang dah datang pun bebudak EXCO Asrama pasal ada kursus kepimpinan.
“Assalamualaikum.” Sir Firdaus
bersuara sejurus tiba di anjung mesra tersebut.
“Walaikumussalam.” Berterabur suara
kerana masing-masing menjawab salam solo-solo.
“So, welcome back my dear EXCO
Asrama. Welcome home.”
Bella tersenyum sinis. Home sangat.
Nak dekat 4 tahun aku duduk sini tak pernah rasa sekolah ni rumah manis rumah
pun.
“Jadi, awak datang sini dengan
amanah, dan tanggungjawab. Amanah ni Imam Ghazali cakap, benda paling berat nak
dipikul dalam dunia ni. Jadi, jalankan amanah awak sebaiknya.”
Jeda.
“Saya nak perkenalkan sorang-sorang
ye. Start dari EXCO dulu.”
Sir Firdaus membaca satu persatu
nama Exco Asrama Putera dan Puteri. EXCO Bilik Basuh dan Bilik Gosok pun ada.
Baru diwujudkan tahun ni. Untuk menjadi lebih efisyen kata pengetua.
“Okay, done. Sekarang, HI-COM (High
Committe).” Beliau menyelak muka surat sebelah buku nota poketnya.
“Bendahari Aspura, Mohd Aiman
Syafiq. Bendahari Aspuri, Nur Iman Batrisyia Suraya.” Kedua-dua pelajar
tersebut berdiri dan mengukir senyum di bibir masing-masing.
“Setiausaha Aspura, Mohd Danial
Hakim. Setiausaha Aspuri, Nur Salsabila.”
Bella berdiri keseorangan. Taktau
pulak mamat sengal tu jadi EXCO. Ke dia pun bidan terjun macam aku?
Pelajar yang lain dah ternganga
melihat kelibat Bella yang berdiri.
Dah agak, memang ni lah reaksi
diorang. Apa diorang ingat aku tak relevan nak jadi HI-COM? Cewah.
“Mana
Danial?” Sir Firdaus mencari-cari kelibat pelajar lelaki tersebut.
“Bas
Danial delay Sir, hujan lebat.” Ben bersuara.
“Bas
boleh delay sebab hujan lebat ke?” Sir Firdaus mengerutkan dahinya.
Ben
telan air liur. Aku dah agak, memang mamat ni tak datang. Kau pun satu Ben, apa
ke relevan bas delay sebab hujan lebat?
“Tak
ape lah, kita proceed. Naik Penghulu dan Naib Penghulunita; Ahmad Khairullah
dan Intan Shafiqah.” Chap dan Kerk
berdiri.
“Penghulu dan Penghulunita; Ahmad Syaaban dan Nur
Yasminn.” Ben dan Minn berdiri. Kedua-duanya tersengih lebar.
Bella
sengih memandang Minn. Minn ni cikgu nak buat dek kewibawaan dia pun memang tak
boleh aaa. Siap ada cikgu offer jadi pengawas tapi dia tolak je mentah-mentah.
Konon taknak berpisah dengan member. Kalau jadi pengawas, kena satu dorm dengan
pengawas, bergaul dengan pengawas, makan dengan pengawas. Ni baru orang cakap
Buddyz, dah lah top student. Cantik pulak, perfectio.
“Okay, esok ada mesyuarat dengan
HI-COM. Lepas ni kita ambil gambar. Sorang pergi panggil abang guard suruh dia
ambil gambar kita. Nak pakai timer, cikgu tak bawak tripod pulak.” Sir Firdaus
menanti volunteer dari mana-mana pelajar.
Tiada.
“Ha, Syaaban. Sejak bila jadi
pondan ni? Pergi lah panggil abang guard tu.” Sir Firdaus memandang Ben.
Ketawa pelajar yang lain pecah.
Ben sengih dibuat-buat. Ape benda
aku pulak yang kena? Tadi dia sendiri yang mintak volunteer.
********
“Apesal tak balik bro? Lu bikin gua
panas bro.” Ben terus bersuara setelah talian disambungkan.
“Aku kena demam campak la Ben. Aku
dah beli tiket dah pun, tiba-tiba demam pulak. Pergi check doctor, demam
campak. Patut la gatal-gatal je.”
Ben terdiam. “Sorry. Aku ingat kau
sengaja taknak balik. Hehe.”
“Sampai hati you Ben, apa you ingat
I ni bengap sangat nak ingkar arahan Abang Firdaus tu?”
Ketawa Ben pecah. “Bila balik ni?”
“I got seven days MC oh my God!
Duckface sikit.”
“Hambarnya Danial, hambarnya.” Ben
gelak dibuat-buat.
“Damn you. Balik minggu depan la.
Tak sempat nak balik sekali dengan budak-budak lain. Ni pun baru nak naik ni.”
“Okay. Rehat la banyak sikit. Nak
cepat sihat simbah badan dengan air kencing Bangla.”
“Kau ingat kelakar?” Danial gelak
buat-buat.
“Damn, aku kena balik. Ok la nak
tidur, esok ada kursus kepimpinan bro. Goodbye. Get well soon. Syafakallah.”
“Jazakallahukhairan. Jay zak kay kay.”
“Perghh, cakap arab do.”
“Aku tampar kau karang.”
*******
“Saya
nak buat mesyuarat HI-COM, tapi Danial tak ada pulak. Saya nak semua HI-COM
ada, saya malas nak ulang banyak kali. Saya nak awak betul-betul detail pasal
tugas awak ni.” Sir Firdaus meletakkan pen. Pandangannya hinggap di satu
persatu muka pelajar di hadapannya.
Ben angkat tangan. “Cikgu, Danial
tak balik sebab dia kena chicken pox.”
“Dah besar pun kena chicken pox
lagi. Ha, okay lah. Macam ni, harini cikgu briefing dengan semua HI-COM kecuali
Setiausaha. Cikgu jumpa awak berdua lainkali. Okay. Salsabila?”
“:Okay, Sir.” Bella senyum segaris. Mamat ni
lahir-lahir je visi dan misi dia untuk menyusahkan orang kot.
“Okay, awak boleh balik kalau awak
nak.” Sir Firdaus menhalakan tangannya ke arah pintu.
Bella angguk. “Terima kasih, Sir.”
Dia menolak kerusi dan memasukkannya kembali ke dalam meja. Buku nota poket dan
sebatang pen yang dibawa dimasukkan ke dalam beg.
Bella melangkah keluar dari bilik
Gerakan Asrama dan menutup pintu kaca bilik tersebut.
Sir Firdaus tergelak kecil. “This
girl is quite something. Biasanya kalau saya cakap macam tu, takde siapa yang
berani nak keluar.”.
Minn tersengih. Haih, Bella, Bella.
2 comments:
pebende tergantung gini wehhhhh sambung cepat! ahahahaha
Weh bile nak sambung?
Post a Comment