Tuesday, 8 April 2014

#8

            “Kalau tengok rupa, Amir Firdaus dengan adik dia, mana satu kau pilih?” Minn sengih lebar. Maggi kari di dalam tupperware disuapkan ke mulut menggunakan sudu.
            Ah, sudah. Tiba-tiba keluar topik lelaki ni.
            “Danial muka handsome. Perangai longkang.” Piya memberi pendapat. Ketawa pecah.
            “Amir Firdaus tak kenal sangat, sebab batch lain. He’s popular with the ladies due to his quixotic charm” Yuka sengih.
            Bella hanya diam. Mengeyakan pun tidak, menafikan pun tidak.
            “Bella? Biasa kau paling banyak kritik laki ni. Takde kritik pasal diorang?” Geena bertanya. Yang lain turut memandangnya.
            Bella senyum segaris. “Tak kot. Aku nak tidur dah. Nanti kemas bekas makanan korang ni, tutup pintu dorm, kunci tau. Goodnight fellas.”
 Diorang ni kena cakap satu-satu. Lepas makan, sila kemas bekas makanan dan terus basuh. Lepas basuh, sila keringkan baru letak dalam loker kalau tak, berkarat lah loker besi yang baru tukar tu. Sebelum tidur, sila tutup pintu dorm dan kunci. Kalau tak menonong je pintu terbukak luas ibarat melambai-lambai budak aspura yang selalu cari cara baru nak masuk aspuri. Diorang masuk aspuri bukan nak buat apa, nak kacau budak perempuan je lebih. Ada sekali tu sampai histeria sekali. Ambik kau. Gila apa pergi ambik kain kafan yang budak form three guna waktu pasca PMR untuk pengurusan jenazah?
            Bella merebahkan badan ke atas katil.
            Haih Bella, lari dari topik nampak?
            Bella senyum sendiri.

***********


            Bella merenung lama soalan Matematik Tambahan di hadapannya. Apesal susah sangat Add Math ni? Soalan tak mesra-calon langsung! Dia menjeling Minn di sebelah kanannya. Kelihatan Minn sangat tekun menjawab soalan tersebut. Haila! Takkan aku sorang je nak failed ni? Semua nampak macam reti je. Bella berdehem.
            Minn menjeling rakannya menggunakan ekor mata. Bella menunjukkan isyarat tangan. Minn mengerutkan dahinya. Dia menyelak beberapa helai kertas soalannya. Soalan Log? Alahai Bella ni, baru malam tadi aku ajar dia. Bentuk soalan sama pulak tu. Sah otak dia menerawang sampai Selat Melaka malam tadi.
            “Buat macam aku ajar malam tadi.” Minn membisik. Dia kembali fokus kepada kertas soalan.
            Bella mengerutkan dahinya. Dia ada ajar ke malam tadi? Eh? Bila?
            Redha je lah Bella. Failed pun cam tak biasa je.

**********


            “Aku ingatkan cikgu memang tak nak buat penyampaian hadiah untuk kita.”
            Bella memandang ke arah suara tersebut. “So?”
            “Dia buat. Minggu depan. Dia kata dia tangguh sebab kita kan tengah exam.” Piya mengukir senyum nipis.
            Alhamdulillah, haritu dapatlah merasa Juara 3 on 3 Gatorade SBP Zon Timur. Cuma bila pergi kebangsaan haritu takde rezeki, dapat nombor tiga. Tu pun sebab Minn time tu lah dia nak period pain, Piya cirit-birit, aku pulak injured buku lali. Nasib baik half-court jadi takde la berlari sangat. Banyak baling bola kat Piya je suruh settle buat three-pointer sebab dia memang sharp-shooter la. Tu pasal dapat gi semi-final. Time semi-fenale tu la datang sakit kemuncak gemilang cahaya.
            Result Peperiksaan Akhir Tahun Tingkatan Empat dah keluar. Buat muka watlek watpeace padahal rasa nak gugur air mata tengok ranking dalam batch. Rasa terus nak balik dorm nak menangis dalam selimut sebab dapat nombor 100/147. Terteruk dalam sejarah ni. Tak pernah dalam ranking batch aku dapat three-digit. Tapi kena redha je la, orang lain study aku dok berjalan, lepak, makan megi etc etc etc (senaraikan perbuatan tidak berfaedah yang lain) . Memang kena pasrah je lah dengan result sebegitu rupa. Selama ni, result pun tak hebat mana. Cuma tak ada lah sampai duduk ranking three-digit.
            Bella mengeluh.

************


            “Exam haritu dapat berapa A?”
            Mata Bella mencerun memandang lelaki tersebut. “Eleh, dah tahu tanya lagi.”
            “No, serious ni. Tengok ranking kau je. Tak tengok pun kau dapat berapa A. Kantoi lah mengusha kalau berdiri dekat board Form Four lama-lama.” Lelaki itu tersengih lebar.
            “4A je. 2 A solid 2 A-.”
            “Apa yang A? Apa yang tak  A?”
            “Yang teras tu jelah kot boleh nak score A nye pun. BM takdapat A pun. Rasa cam dah jadi anak didik A. Samad Said dah waktu tulis karangan tu. Tapi takdapat jugak. A solid English dengan PAI (Pendidikan Agama Islam). A- pulak Matematik dengan Sejarah. Chemistry and Physics, C+. Biology dengan Add Maths failed. Hehehe.” Bella sengih. “Am I making myself clear?”
            “Crystal.” Lelaki tersebut senyum. “Alah, nanti dah naik form 5 boleh punya catch up balik. Hujung tahun ni nak tusyen tak?”
            Bella menggeleng. Private Tuition: Boon Or Bane?
            “Nak tusyen dengan aku? Tapi aku garang la kalau mengajar ni. You’ll see the other part of me.”
             “Why not?” Bella senyum penuh makna.
            Bella membetulkan sila. Dia melihat bulan di langit, lama. Sebenarnya, tak pernah faham hobi orang yang asyik dok tengok bulan bintang setiap malam. Rasa macam bintang tu semua sama je. Apa yang lain? Ada Kim Soo-Hyun datang? Peh, sekali keluar aura k-drama fan aku.
            Lelaki di sebelahnya mengeluarkan telefon bimbit dari poket seluar tiga-suku. Dia membaca pesanan ringkas yang baru diterima.

            “Bella, Sir Ikmal tengah buat roll-call dekat Aspura. Pergi lari balik Aspuri sekarang! Turun tangga nanti elok-elok tau. Run like the river, Bella! Goodbye!” Lelaki itu berkata dengan sekali lafaz.
            Lalu, dia terus memecut untuk balik ke asrama.
            Bella masih di situ, tercengang. Dan mencerna makna.


No comments:

Post a Comment

Yay or Nay?