"Trust
me, one of us. Kita ada barua.” Minn meletakkan pinggan nasi yang baru diambil
dari kaunter dewan makan. Masing-masing mengambil tempat duduk di meja rasmi
mereka. Sebenarnya sebab diorang selalu duduk situ, memang takde orang nak dah
nak duduk situ. Diorang pun tak tahu kenapa. Okay sebenarnya diorang tahu, tapi buat-buat tak tahu.
“No, I dont think so. One of us,
accidentally gives out information.” Piya mencelah. Yang lain buat muka dek dan
terus makan selesai membaca doa makan.
“Agreed. But we all know, Minn has
that kind of superpower yang boleh sense sikit pun kecurigaan. Lets us be
50-50.” Bella bersuara akhirnya setelah membisu sejak balik dorm petang tadi
sampai la nak masuk Dema untuk dinner.
“I thought you are on mute. I’m glad
to hear your voice again.” Yuna melingkari tangannya ke leher Bella. Bella
tersengih jua.
“Kena rampas phone ni bukan masalah
besar pun. Aku tak kisah pun kena isi borang merah ke, kena demerit ke. Yang
aku kisah sekarang, orang khianat aku. Aku ingat aku dah buat cukup baik dekat
orang. Rupanya ada jugak yang tak puas hati dengan aku. Betul lah orang cakap,
kita memang takkan tahu perasaan sebenar manusia ni.” Bella bersuara sedatar.
“I just hope that you will always
believe us. Kitorang takkan buat benda tu dekat kau. Trust us.” Geena mengusap belakang
Bella.
“Eh eh, tak payah nak drama korea
sangat lah kat dema ni.” Ketawa pecah tanpa diduga.
Semua pelajar melihat ke arah meja
mereka dengan pandangan mata samurai.
“Diorang takde sense of humour. Tengok orang gelak sikit macam tengok kita pakai bra dengan
panties pergi dema.” Minn bersuara kuat, yang pasti suaranya bergema dan
didengari satu dewan makan.
Masing-masing menghabiskan makanan.
Segelintir memandang serong. Selebihnya membuat hal mereka sendiri.
“Ek eleh! Kau ingat dema ni kau
punya ke?!” jerit seorang pelajar lelaki diikuti dengan ejekan pelajar lelaki
lain di meja makan mereka.
Minn bangun, mengangkat cawan
plastik dema yang berisi air masak, memandang kelompok pelajar lelaki yang
masih bising. Target locked. Cawan itu melayang di udara dan tepat terkena
kepala lelaki yang meng-ekeleh tadi.
Sejenis cecair merah yang dinamakan
haemoglobin dalam bahasa saintifiknya, mengalir keluar daripada dahi lelaki
tersebut.
Oh. My. Gucci Prada LV Chanel Polo!
*************
Buku nota sejarah dihulur kepada Yuka.
“Tapi aku buat simple je, mudah untuk aku je faham. Untuk kau, aku taktahu la.”
Yuka menyambut huluran tersebut dan mengangguk kepalanya beberapa kali. Bella
merenung kosong whiteboard di hadapan. Matanya beralih kepada Minn yang sedang
nyenyak tidur berbantalkan lengannya di atas meja. Apa lah yang dah jadi kat
Ben tu. Macam tak tahu je Minn ni bukan kau boleh lawan dia. Terkejut panda
budak-budak kat dema tu. Tengok darah je terus senior suruh budak form 1 pergi
report kat warden bertugas. Ha, sekarang Ben tengah ada kat klinik la. Aku
target tiga jahitan kot. Kalau nasib baik sikit, luka dalam je. Tak pun
alzheimeir ke, best jugak. Biar jadi orang sikit. Ni mulut macam longkang. Ops.
Pintu kelas diketuk tiga kali oleh
pelajar perempuan tingkatan tiga. “Assalamualaikum. Kak Minn ada? Cikgu Asmira panggil.” tanya pelajar tersebut.
“Kak Minn tak ada. Abang Kerk ada.
Jumpa Abang Kerk, nak?” Kerk sengih lebar. Mengorat je kerja mamat ni. Pantang
tengok junior perempuan muka licin sikit, terus ngorat. Sebab dia muka
handsome, dia ingat semua orang dia boleh ngorat? Ish marah betul.
Junior tersebut membatu. Tidak
membuat sebarang ekspresi muka terhadap sweet-talker-of-the-year. Bagusnya
junior aku ni.
Rose menggerakkan bahu Minn. “Minn,
Cikgu Asmira panggil.” Minn mengangkat wajahnya. “Hmm? Okay. Nanti kalau aku
tak naik kelas tolong bawak balik beg aku eh.” Minn membetulkan tudung.
“Good luck Minn, all the best.” Piya mengangkat ibu jarinya tanda sokongan padu kepada rakannya. “Thank
you. Doakan aku tak kena buang or gantung je.” Minn senyum tawar.
Just like mothers who are going to
send their son to war. Close enough. Sokongan padu nak hantar kawan pergi jumpa
cikgu disiplin kalah susunan atom dalam keadaan pepejal. But deep inside, they
all know, the blame is on her. Nah, not really.
Si-mulut-becok-angry-bird-flappy-bird Ben tu pun salah jugak.
******
Memang rasa nak campak je dalam
longkang besar depan sekolah tu pangkat Staf Sarjan ni sebab setiap minggu kena
jadi ketua platun KRS (Kadet Remaja Sekolah). Senior memang lepas tanganlah
konon awak-ada-pangkat-awak-lebih-layak padahal
aku-malas-padan-muka-kau-junior. Nasib lah.
Perhimpunan harian berjalan seperti
biasa. Tapi hari ni lain sikit, sebab hari ni kan hari Rabu. Masuk ikut platun, siap kawad. Siap ada
platun kawalan. Siap ada pemeriksaan pakaian. Siap ada push up untuk siapa yang
uniform tak lengkap.
Bella buat muka fokus melihat MC di
atas pentas kerana platunnya berada di hadapan sekali dan dekat sangat dengan
tempat cikgu-cikgu. MC direnung lama. Pengawas lelaki form five. Tapi kenapa
tak pernah tengok pun? Form four baru kot tahun lepas ni.
Setelah beberapa penyampaian hadiah
aktiviti kokurikulum dan pengumuman guru-guru, ketua platun kawalan memberi
arahan keluar baris. Platun bersurai.
Bella berjalan ke arah juniornya,
Syasya. Syasya ni memang otak masuk air. Tapi genius. Perangai dia lebih kurang
sama dengan Bella. Sebab tu hampir semua cikgu cakap dia dengan Syasya tu adik
beradik. Cuma yang beza, Syasya ni genius. Aku, average-intelligence. Ok lah, aku low-intelligence.
“Syasya, siapa MC tadi?” tangan
diletak di bahu gadis tersebut.
“Aliff Harris. Aik, tak kenal ke?
Form four lama tu.” Yelah kalau form baru tahun lepas logik lah tak kenal sebab
baru nak sampai setahun diorang duduk sekolah ni.
“Tak. Ok lah. Thanks. Bye.
Belajar elok-elok. Nak PMR kan tahun ni. Break our record.” Rekod PMR batch aku
yang terbaik sepanjang penubuhan sekolah. Oh my batch, walaupun kena marah
dengan cikgu selalu sebab banyak masalah disiplin, we were still united. Come
hell or high water, we can face it together. Konon. Itulah orang selalu pandang
dekat batch kami--- UNITED. Hell no babe, tak langsung. Lelaki dengan perempuan
macam orang kulit hitam dengan orang kulit putih waktu dasar aperteid dulu.
Syasya angguk. Bella berlalu
meninggalkan Syasya dan berjalan ke arah rakan-rakannya yang sudah pun membuat
kelompok di Anjung Mesra.
“Cepat sikit Fei Mau!” Yuka
menjerit. Bella buat muka. Langkah kaki dicepatkan dan jentikan kuasa mega
dilepaskan di dahi Yuka. “Don’t Fei Mou me around. Bullshit.” Yuka tergelak
kecil. Siapa yang tak tengok cerita Fei Mau waktu kecik dulu memang takde life
la. Pathetic retarded man. Serious sedih cerita tu.
Well, that’s us. A lot of people
cant understand us. We swore a lot to each other. But, the thing is we don't take
it to heart.
No comments:
Post a Comment
Yay or Nay?