Tuesday, 18 March 2014

#1

Bella yang sedang melukis gambar set radas eksperimen kimia terbantut perbuatannya tatkala mendengar namanya dipanggil oleh Kerk. “Bella, ni ada orang nak jumpa.”
            Bella menjeling ke luar tingkap. A boy. Dia mengangkat punggung dan berjalan ke koridor luar kelas. Terkejut kuasa seratus apabila melihat muka Amir Firdaus, ketua pengawas Intek sedang duduk di atas bangku sambil memegang buku nota poket Chemistry di hujung koridor. Dia berjalan ke arah lelaki tersebut namun kakinya terasa diletakkan beban 10kg.
            Amir mengangkat kepalanya apabila Bella sudah berada di hadapannya. Dia melihat gadis itu lama. Bella buat muka.
            “Kenal Danial Hakim?” Amir meletakkan buku nota poket Chemistry di sebelahnya. Dia memeluk tubuh.
            Bella angguk. Apa punya soalan.
            “You are in a relationship with him?”
            “No.” Sepatah perkataan dan dia sudah mula angkat kaki dari tempat tersebut.
            “Semalam ada budak complain pasal kau ada dating dengan dia waktu malam masa mesyuarat pengawas.”
            “Siapa?” Langkah terhenti. Damn. Siapa pulak yang report ni.
            “Macam biasalah. Pemberi maklumat identiti dirahsiakan.” Amir mengambil buku dan berdiri.
            Masing-masing membawa haluan sendiri.

1 comment:

Yay or Nay?