Bella
yang sedang melukis gambar set radas eksperimen kimia terbantut
perbuatannya tatkala mendengar namanya dipanggil oleh Kerk. “Bella, ni ada
orang nak jumpa.”
Bella menjeling ke luar tingkap. A
boy. Dia mengangkat punggung dan berjalan ke koridor luar kelas. Terkejut kuasa
seratus apabila melihat muka Amir Firdaus, ketua pengawas Intek sedang duduk di
atas bangku sambil memegang buku nota poket Chemistry di hujung koridor. Dia
berjalan ke arah lelaki tersebut namun kakinya terasa diletakkan beban 10kg.
Amir mengangkat kepalanya apabila
Bella sudah berada di hadapannya. Dia melihat gadis itu lama. Bella buat muka.
“Kenal Danial Hakim?” Amir
meletakkan buku nota poket Chemistry di sebelahnya. Dia memeluk tubuh.
Bella angguk. Apa punya soalan.
“You are in a relationship with
him?”
“No.” Sepatah perkataan dan dia
sudah mula angkat kaki dari tempat tersebut.
“Semalam ada budak complain pasal
kau ada dating dengan dia waktu malam masa mesyuarat pengawas.”
“Siapa?” Langkah terhenti. Damn.
Siapa pulak yang report ni.
“Macam biasalah. Pemberi maklumat
identiti dirahsiakan.” Amir mengambil buku dan berdiri.
Masing-masing membawa haluan
sendiri.
1 comment:
giler..permulaan yang mantap..haha
Post a Comment