Adakah aku berada di dalam
novel-novel cinta cliche yang mana aku sentiasa berada bersama Danial walaupun
aku benci dia di tahap yang tak boleh diungkapkan lagi?
Gua okay dia satu group dengan gua. Gua
okay. Gua tabah.
Yang gua menyirap, dia ketua platun
pulak tu?!
Yang ni bukan benci biasa-biasa yang
mana akan berubah menjadi cinta lah apa lah. Aku benci dia betul-betul.
And
the three-hell-days-of-camping started.
*****
Selesai night walk dan setelah ditakutkan
pocong-pocong buatan fasilitator yang mungkin takde kerja lain waktu dalam
hutan tadi, mereka semua berkumpul di dataran.
“Piya, aku jatuh tadi dalam hutan.”
Bella bersuara dengan nada rendah, mencuba untuk tidak menggerakkan bibirnya
terlalu banyak kerana mereka masih dalam barisan.
“YANG KAT BELAKANG TU SEMBANG APA
LAGI?! PUSH UP 10!” ketua komander yang menyuruh pelajar-pelajar memanggilnya
‘Ayah’ itu menjerit sambil memandang tepat ke arah Bella.
“ni kem tentera ke do” Bella buat 10
push up laju-laju. Kaki aku dah lah tengah berdarah ni.
“esok pertandingan kawad, lepas ni
ketua platun boleh buat latihan kawad. Paling lambat latihan sampai 4.30 pagi,
paling awal boleh habis 3.30 pagi.” ‘Ayah’ bersuara lantang. “faham, skuad?!”
“faham, tuan!” pelajar serentak
menjawab.
Ketua platun masing-masing memberi
arahan keluar baris.
“rehat sepuluh minit. Japgi sambung.
Boleh lah nak balik khemah kejap nak minum air ke apa.” Danial memberi arahan.
Bella tarik Piya berjauhan dari
platun mereka. Dia mengangkat seluarnya.
Piya yang fobia darah terus pucat
bibirnya. Tak boleh diharap Piya ni.
Bella cepat-cepat menurunkan
seluarnya ketika Danial berjalan ke arah mereka.
Danial pandang Bella dan Piya. “piya
asal pucat?”
“aku tengok darah.”
“siapa bocor?” Danial buat lawak,
malangnya hambar. Piya dan Bella tak gelak langsung.
“ok, ok. Sape injured?” tanya Danial
serius.
Piya tunjuk Bella.
“injured katne?””
“kaki” Piya tolong jawab
“boleh kawad tak?”
Piya pandang muka Bella sambil mengangkat
kening dengan signal ‘tak reti jawab sendiri?’
“kalau takleh?” pertanyaan Danial
Bella balas dengan soalan juga.
“kau kena kawad jugak, sebab kau
vanguard”
“so, baik takyah tanya.”
Danial beredar.
“sakit gila. Kau tahu, aku dok marah
pocong tu, apa ke tiba-tiba je dok sergah aku.”
Muka Piya pucat lagi sekali.
“weh, kau asal pucat ni? aku dah
tutup kaki aku”
“Bell, tak silap aku takde pocong
tadi.”
Bella telan air liur. “kau agak-agak
laa. Aku nampak kot, aku siap maki dia.”
“aku tak nampak pun?” sampuk Danial
yang baru tiba dengan first aid kid. Dia menghulur peti kecemasan itu kepada
Bella. Bella buat tak nampak.
“dah sakit tu jangan nak sombong.”
Danial letak peti kecemasan di sebelah Bella.
“aku buat ni pasal aku ketua platun.
Kalau tak, kau jatuh gaung pun aku tak hingin nak tolong.” Sambung Danial.
“never care. Never will.” Balas
Bella.
“alangkah bagusnya wujud budi
bahasa, tak begitu cik Sofea? ‘thank you’ tu dua perkataan je, tapi susah betul
nak sebut.”
“aik? Aku pulak yang kena? Cakap kat
Bella la” protes Piya
“eh? Ada Bella kat sini rupanya?”
tanya Danial sambil tergelak.
Piya pun tergelak sikit. Tapi dia
cover sebab Bella pandang slack tanda ‘kau-jangan-support-Danial’
“jatuh camne tadi?”
“tersembam, sebab langgar tunggul
kayu”
“tengok tangan”
Bella hulur kedua belah tangannya.
Sheet. Berdarah rupanya tapak tangan aku ni.
Piya tutup mulut, menghalang diri
nya daripada muntah. Dia memusingkan badannya membelakangkan Danial dan Bella.
Danial mendiamkan diri sambil
tangannya ligat bekerja membersihkan luka Bella.
“kalau betul-betul takleh kawad,
takyah kawad. Aku boleh jadi Hitler paksa Piya yang kawad macam sotong ni untuk
jadi vanguard.” Ujar Danial.
Piya pusing belakang. “kat camping
site ni memang banyak setan kot?”
writer's notes:
finally..................
No comments:
Post a Comment