Friday, 22 May 2015

#32

            Adakah aku berada di dalam novel-novel cinta cliche yang mana aku sentiasa berada bersama Danial walaupun aku benci dia di tahap yang tak boleh diungkapkan lagi?
            Gua okay dia satu group dengan gua. Gua okay. Gua tabah.
            Yang gua menyirap, dia ketua platun pulak tu?!
            Yang ni bukan benci biasa-biasa yang mana akan berubah menjadi cinta lah apa lah. Aku benci dia betul-betul.
            And the three-hell-days-of-camping started.

*****


Selesai night walk dan setelah ditakutkan pocong-pocong buatan fasilitator yang mungkin takde kerja lain waktu dalam hutan tadi, mereka semua berkumpul di dataran.
            “Piya, aku jatuh tadi dalam hutan.” Bella bersuara dengan nada rendah, mencuba untuk tidak menggerakkan bibirnya terlalu banyak kerana mereka masih dalam barisan.
            “YANG KAT BELAKANG TU SEMBANG APA LAGI?! PUSH UP 10!” ketua komander yang menyuruh pelajar-pelajar memanggilnya ‘Ayah’ itu menjerit sambil memandang tepat ke arah Bella.
            “ni kem tentera ke do” Bella buat 10 push up laju-laju. Kaki aku dah lah tengah berdarah ni.
            “esok pertandingan kawad, lepas ni ketua platun boleh buat latihan kawad. Paling lambat latihan sampai 4.30 pagi, paling awal boleh habis 3.30 pagi.” ‘Ayah’ bersuara lantang. “faham, skuad?!”
            “faham, tuan!” pelajar serentak menjawab.
            Ketua platun masing-masing memberi arahan keluar baris.
            “rehat sepuluh minit. Japgi sambung. Boleh lah nak balik khemah kejap nak minum air ke apa.” Danial memberi arahan.
            Bella tarik Piya berjauhan dari platun mereka. Dia mengangkat seluarnya.
            Piya yang fobia darah terus pucat bibirnya. Tak boleh diharap Piya ni.
            Bella cepat-cepat menurunkan seluarnya ketika Danial berjalan ke arah mereka.
            Danial pandang Bella dan Piya. “piya asal pucat?”
            “aku tengok darah.”
            “siapa bocor?” Danial buat lawak, malangnya hambar. Piya dan Bella tak gelak langsung.
            “ok, ok. Sape injured?” tanya Danial serius.
            Piya tunjuk Bella.
            “injured katne?””
            “kaki” Piya tolong jawab
            “boleh kawad tak?”
            Piya pandang muka Bella sambil mengangkat kening dengan signal ‘tak reti jawab sendiri?’
            “kalau takleh?” pertanyaan Danial Bella balas dengan soalan juga.
            “kau kena kawad jugak, sebab kau vanguard”
            “so, baik takyah tanya.”
            Danial beredar.
            “sakit gila. Kau tahu, aku dok marah pocong tu, apa ke tiba-tiba je dok sergah aku.”
            Muka Piya pucat lagi sekali.
            “weh, kau asal pucat ni? aku dah tutup kaki aku”
            “Bell, tak silap aku takde pocong tadi.”
            Bella telan air liur. “kau agak-agak laa. Aku nampak kot, aku siap maki dia.”
            “aku tak nampak pun?” sampuk Danial yang baru tiba dengan first aid kid. Dia menghulur peti kecemasan itu kepada Bella. Bella buat tak nampak.
            “dah sakit tu jangan nak sombong.” Danial letak peti kecemasan di sebelah Bella.
            “aku buat ni pasal aku ketua platun. Kalau tak, kau jatuh gaung pun aku tak hingin nak tolong.” Sambung Danial.
            “never care. Never will.” Balas Bella.
            “alangkah bagusnya wujud budi bahasa, tak begitu cik Sofea? ‘thank you’ tu dua perkataan je, tapi susah betul nak sebut.”
            “aik? Aku pulak yang kena? Cakap kat Bella la” protes Piya
            “eh? Ada Bella kat sini rupanya?” tanya Danial sambil tergelak.
            Piya pun tergelak sikit. Tapi dia cover sebab Bella pandang slack tanda ‘kau-jangan-support-Danial’
            “jatuh camne tadi?”
            “tersembam, sebab langgar tunggul kayu”
            “tengok tangan”
            Bella hulur kedua belah tangannya. Sheet. Berdarah rupanya tapak tangan aku ni.
            Piya tutup mulut, menghalang diri nya daripada muntah. Dia memusingkan badannya membelakangkan Danial dan Bella.
            Danial mendiamkan diri sambil tangannya ligat bekerja membersihkan luka Bella.
            “kalau betul-betul takleh kawad, takyah kawad. Aku boleh jadi Hitler paksa Piya yang kawad macam sotong ni untuk jadi vanguard.” Ujar Danial.

            Piya pusing belakang. “kat camping site ni memang banyak setan kot?”         

writer's notes:

finally..................