Friday, 22 May 2015

#32

            Adakah aku berada di dalam novel-novel cinta cliche yang mana aku sentiasa berada bersama Danial walaupun aku benci dia di tahap yang tak boleh diungkapkan lagi?
            Gua okay dia satu group dengan gua. Gua okay. Gua tabah.
            Yang gua menyirap, dia ketua platun pulak tu?!
            Yang ni bukan benci biasa-biasa yang mana akan berubah menjadi cinta lah apa lah. Aku benci dia betul-betul.
            And the three-hell-days-of-camping started.

*****


Selesai night walk dan setelah ditakutkan pocong-pocong buatan fasilitator yang mungkin takde kerja lain waktu dalam hutan tadi, mereka semua berkumpul di dataran.
            “Piya, aku jatuh tadi dalam hutan.” Bella bersuara dengan nada rendah, mencuba untuk tidak menggerakkan bibirnya terlalu banyak kerana mereka masih dalam barisan.
            “YANG KAT BELAKANG TU SEMBANG APA LAGI?! PUSH UP 10!” ketua komander yang menyuruh pelajar-pelajar memanggilnya ‘Ayah’ itu menjerit sambil memandang tepat ke arah Bella.
            “ni kem tentera ke do” Bella buat 10 push up laju-laju. Kaki aku dah lah tengah berdarah ni.
            “esok pertandingan kawad, lepas ni ketua platun boleh buat latihan kawad. Paling lambat latihan sampai 4.30 pagi, paling awal boleh habis 3.30 pagi.” ‘Ayah’ bersuara lantang. “faham, skuad?!”
            “faham, tuan!” pelajar serentak menjawab.
            Ketua platun masing-masing memberi arahan keluar baris.
            “rehat sepuluh minit. Japgi sambung. Boleh lah nak balik khemah kejap nak minum air ke apa.” Danial memberi arahan.
            Bella tarik Piya berjauhan dari platun mereka. Dia mengangkat seluarnya.
            Piya yang fobia darah terus pucat bibirnya. Tak boleh diharap Piya ni.
            Bella cepat-cepat menurunkan seluarnya ketika Danial berjalan ke arah mereka.
            Danial pandang Bella dan Piya. “piya asal pucat?”
            “aku tengok darah.”
            “siapa bocor?” Danial buat lawak, malangnya hambar. Piya dan Bella tak gelak langsung.
            “ok, ok. Sape injured?” tanya Danial serius.
            Piya tunjuk Bella.
            “injured katne?””
            “kaki” Piya tolong jawab
            “boleh kawad tak?”
            Piya pandang muka Bella sambil mengangkat kening dengan signal ‘tak reti jawab sendiri?’
            “kalau takleh?” pertanyaan Danial Bella balas dengan soalan juga.
            “kau kena kawad jugak, sebab kau vanguard”
            “so, baik takyah tanya.”
            Danial beredar.
            “sakit gila. Kau tahu, aku dok marah pocong tu, apa ke tiba-tiba je dok sergah aku.”
            Muka Piya pucat lagi sekali.
            “weh, kau asal pucat ni? aku dah tutup kaki aku”
            “Bell, tak silap aku takde pocong tadi.”
            Bella telan air liur. “kau agak-agak laa. Aku nampak kot, aku siap maki dia.”
            “aku tak nampak pun?” sampuk Danial yang baru tiba dengan first aid kid. Dia menghulur peti kecemasan itu kepada Bella. Bella buat tak nampak.
            “dah sakit tu jangan nak sombong.” Danial letak peti kecemasan di sebelah Bella.
            “aku buat ni pasal aku ketua platun. Kalau tak, kau jatuh gaung pun aku tak hingin nak tolong.” Sambung Danial.
            “never care. Never will.” Balas Bella.
            “alangkah bagusnya wujud budi bahasa, tak begitu cik Sofea? ‘thank you’ tu dua perkataan je, tapi susah betul nak sebut.”
            “aik? Aku pulak yang kena? Cakap kat Bella la” protes Piya
            “eh? Ada Bella kat sini rupanya?” tanya Danial sambil tergelak.
            Piya pun tergelak sikit. Tapi dia cover sebab Bella pandang slack tanda ‘kau-jangan-support-Danial’
            “jatuh camne tadi?”
            “tersembam, sebab langgar tunggul kayu”
            “tengok tangan”
            Bella hulur kedua belah tangannya. Sheet. Berdarah rupanya tapak tangan aku ni.
            Piya tutup mulut, menghalang diri nya daripada muntah. Dia memusingkan badannya membelakangkan Danial dan Bella.
            Danial mendiamkan diri sambil tangannya ligat bekerja membersihkan luka Bella.
            “kalau betul-betul takleh kawad, takyah kawad. Aku boleh jadi Hitler paksa Piya yang kawad macam sotong ni untuk jadi vanguard.” Ujar Danial.

            Piya pusing belakang. “kat camping site ni memang banyak setan kot?”         

writer's notes:

finally..................

Saturday, 28 February 2015

#31

                “Bella, nama budak yang kena Khemah Bersepadu Unit Beruniform dah tampal dekat board depan bilik seminar.” Beritahu Yuna.
            “kau dengan Yuka kena tak?” tanya Bella.
            Yuna geleng. “tak, sebab markah kokurikulum kitorang dah tinggi kot.” Yuna sengih.
            “riak siot,”
            “bukan riak la gila, aku bagitau je sebab apa aku tak yah gi,” Yuna tarik lengan baju Bella.
            “haha aku tau la, gurau je.  Nama aku ada tak agak-agak?” tanya Bella sambil buat heli-pen.
            “ada. Kau dengan Piya. Minn dengan Geena ada jugak, tapi jadi AJK.”
            “sheet, aku dah lah benci berkhemah ni, nak berak pun pikir dua tiga kali.”
            Yuna angkat bahu.
            “asal form five ada jugak? Tahun ni kan nak SPM dah,” tanya Bella.
            “Ayahanda cakap, ni awal tahun lagi. So, boleh bawak form five. Pastu, ni last chance kita la nak kumpul markah koko.” Jelas Yuna.
            “hmm, ye tak ye jugak. Aku ni bukan macam kau, dari form one dapat gi pertandingan bahas kebangsaan lah apa la. Yuka pulak dengan dia punya inovation apa jadah tah tu..” Bella sengih pandang Yuna.
            “banyak la kau. Camping ni hujung minggu depan tau. Okay la, aku nak gi bilik guru jap.” Yuna bergerak keluar dari kelas 5 Einstein.
            Minn tiba di kelas lalu menarik kerusi untuk duduk. dia membawa keluar buku latihan Matematik Tambahan lalu menyelak beberapa muka surat.
            “Minn, kau dah tengok nama kat board?” tanya Bella.
            Minn angguk. “aku jadi ketua AJK, dengan Han. Bahagian aktiviti pulak tu.”
            “kau dah tengok list aktiviti?”
            Minn angguk lagi. “macam biasalah. Kawad, night walk, malam kebudayaan.”
            “group untuk peserta dah keluar?”
            Belum sempat Minn menjawab---
            “BELLA!!!!!!!!!!!!” Piya berlari masuk kedalam kelas 5 Einstein lalu menuju ke arah Bella sambil termengah-mengah.
            “asal do?” tanya Bella terkejut.
            “group untuk khemah dah keluar...” Piya menarik nafas.
            “aah, dah keluar.” Sokong Minn.
            “kau satu group dengan...” Piya menarik nafas lagi.
            “Danial.” Sambung Minn. Dengan muka takde perasaan.
            “DAF*Q?!” jerit Bella

********

            “Bella, kau dah kenape?” tanya Yuka setelah melihat Bella yang tersengih luar biasa.
            Bella hanya duduk dan merenung makanan nya.
            Danial...
            HA HA HA HA!!!!
            DANIAL
            HA HA HA HA!!!
            “Woi!” Geena tampar lengan Bella.
            Bella tersentak dari lamunannya. Over imaginative betul aku ni. Aku dah terbayang aku ikat Danial kat landasan kereta api miahahaha!
            “sorry. Aku terbawak-bawak,” Bella sengih.
            “siot la muka kau scary gila, macam tengah plan murder.” Ujar Geena.
            “Bingo! HA HA HA HA!!!” muka Bella bertukar jadi psycho.
            “aku tampar kau dengan tulang ayam ni kang. Makan la bangang.” Geena angkat ayamnya ke depan muka Bella.
            “benci aku tu takdelah sampai nak bunuh dia dalam dunia realiti lagi..” Bella menyuapkan nasi ke dalam mulutnya.
            “dunia realiti?” tanya Yuka
            “ye, dunia realiti. Sebab dalam dunia fantasi aku, dia dah mati banyak kali,” Bella buat muka psycho lagi.
            “seriously, you’ve gone insane,” Geena geleng kepala.
            “scary.....” Yuka telan air liur.
            Bella gelak. Cuma kali ni, gelak yang normal.

            

Sunday, 11 January 2015

#30

“aku dah beli tiket bas.”

            “okay”
            ----
            “aku dah siap pack barang”
            “okay”
            ----
            “esok bertolak gi terminal pukul 10”
            “okay”
            -----
            Macam tu jelah perbualan Kerk dengan Bella. Semua benda yang Kerk cakap hanya dibalas ‘okay’ oleh Bella.
            Keadaan di dalam bas sunyi. Para penumpang masing-masing membuat kerja sendiri. Bella pilih seat sebelah tingkap. Sejak mula-mula masuk ke dalam bas, dia hanya memandang ke luar tingkap.
            “kerja chemistry kau siap dah Bella?” tanya Kerk.
            Bella geleng.
            Selang lima minit, Kerk panggil Bella lagi, “Bell.”
            Bella pandang Kerk sambil mengangkat kedua belah keningnya.
            “sampai bila nak buat camni kat aku Bell, sorry la kalau aku tegur kau sampai kau sakit hati,” ujar Kerk
            “Kerk,” Bella memulakan bicara. Dia menutup sekejap matanya, menahan pedih.
            “yep”
            “aku ada ulcer Kerk, besar gila. Aku nak cakap pun seksa ni,” Bella tunjuk ulcer di dalam bibirnya.
            “oooooo, ulcer rupanya.” Kerk sengih, malu.
            “sebabtu aku tak minum kopi kau, aku boleh minum pakai straw je. Waktu kau berceramah pun, aku tak fokus sangat. sakit gile. Tapi time jumpa Amir hilang kejap sakit. Hehe.”
            Kerk pandang Bella sambil mengecilkan matanya. “Apesal hilang sakit plak? Amir tu Bonjela ke? Bonjela pun buat kau sakit dulu tau, baru kebas kejap”
            “Argh Kerk diam lah! Aku dah tergigit ulcer aku ni sebab nak gelak!” Bella tampar bahu Kerk sambil sebelah lagi tangannya di bibir, menahan sakit.
            “tapi aku harap kau dapat intipati yang aku ceramah tu,” Kerk menuturkan sambil mengusap bahunya.
            “iye,” balas Bella ringkas lalu melontarkan pandangannya kembali ke lebuhraya.

*****


            “Danial, kau ada adik?!” tanya Han dengan muka terkejut.
            “memang laa. Kau ni Han, dah member dengan dia dah berapa tahun? Adik dia bapak cun.” Ben peluk bahu Danial. “macam muka Danial. Tapi versi perempuan.” Sambung Ben.
            “form berapa?” tanya Han lagi.
            “form one baru. Aku dah usha dia dari budak tu darjah 4 tau. Han, kau jangan potong line.” Ben menggerakkan jari telunjuknya ke kiri dan ke kanan.
            “siot betul korang ni. jangan harap aku nak bagi adik aku dengan orang macam korang ni,” Danial menggeleng kepalanya beberapa kali.
            “eleh, cakap lebat siot. Orang macam ‘kitorang’ ni yang sama jenis dengan orang macam kau tau,” protes Ben.
            “aku tau la, tu pasal aku taknak adik aku dapat orang macam aku,” balas Danial.
            “protective brother gitu. Bestnye ada adik.” Ben bersuara.
            “kan. Bestnye ada adik.” Sokong Han.
            “best la kalau adik tu lelaki. Boleh nak ajak ngeteh ke, main Dota ke, join clan aku dalam COC ke. Satu lagi, nanti bakal suami dia kena ada approval aku.”
            “approval Amir takyah?”
            “dia cara lagi ke pasal adik aku kalau dia dah ada Bella?”
            “i sense jealousy kot.” Ujar Ben sambil sengih.
            “Ya Allah, aku tengah tahan diri aku dari mencarut. Astaghfirullah.” Danial urut dadanya.
            “Han, kau camne haritu? Jumpa mak kau tak?” tanya Danial.
            Han angguk. “jumpa. Dia dengan anak dia yang baru dua tahun.”
            “oooo, pastu korang camne?” tanya Ben pula.
            “camtu jelah. Awkward gila. Aku dok rumah dia satu hari je. Pastu hari sabtu aku blah balik Kuantan. Tak sanggup aku tengok suami dia. Suami dia tu baik je dengan aku. Tapi entahlah. Aku rasa, kan bagus kalau tempat suami dia tu still lagi ayah aku.” Jawab Han tenang. Macam biasa.
            Ben dan Danial diam. Danial dah tak ada mak kandung, tapi masih ada ibu susuan yang merangkap ibu tirinya untuk menumpang kasih. Ben pulak, masih dapat kasih sayang mak, walaupun jauh, tapi tu dah cukup.
            Tapi Han, ada mak, cuma tak pernah dapat kasih sayang mak pun. Dari kecik membesar dengan ayah.
            “korang jangan nak buat muka sedih sangat. aku ni rileks je,” Han menggeleng kepalanya beberapa kali setelah melihat muka simpati Danial dan Ben.
            Danial dan Ben sengih serta merta.
 “Han, jom mengasap malam ni.” ajak Danial.
“taknak lah aku. Aku dah puas mengasap haritu. Kau nak, kau ajak Ben.” Tolak Han.
“Ben?” Danial angkat keningnya berulang kali sambil memandang Ben.
“Sorry lah Danial. Aku dah decide nak berhenti.” Ujar Ben.
“seriously?” tanya Han dan Danial serentak.
Ben angguk. “perempuan idaman gua tak suka laki merokok. Lagipun aku taknak isteri aku jadi janda muda.”
“alasan sampah siot. Cakap jelah taknak teman aku.” Danial tumbuk perut Ben kasar, tapi atas tiket ‘main-main’ je.
Ben mengerang kesakitan. “aku bunuh jugak mamat ni kang,”
“Han, kalau aku hilang secara tiba-tiba nanti, cakap Ben ada motif nak bunuh aku. Dia suspek kedua,” ujar Danial
“sape suspek pertama?”
“Amir Firdaus, hahahaha” Danial gelak sendiri.
“adoyai, korang ni bila la nak berbaik. Aku tengok dalam album waktu kecik-kecik ada je gambar peluk-peluk, cium-cium,” Ben mengembangkan hidungnya sambil sengih mengejek memandang Danial.
“babun la mamat ni, aku dah cakap jangan bagitau orang pasal gambar tu.” Danial dah buat muka pissed off.
“aku pun dah tau la Danial, siapa suruh letak dalam loker pastu tak kunci?” Han turut sama sengih mengejek.
“dah la, aku turun padang. Han, kau jangan lupa turun pulak. Coach dah bising minggu lepas kau tak turun training.” Danial bangun lalu bergerak ke lokernya untuk menyalin pakaian.
Han mengangguk, lalu baring sekejap di atas katil. Ben pulang ke dorm nya. Ben injured lutut, rasanya dah sampai masa nak bersara main ragbi.

Danial tenung album gambar di dalam lokernya. Dia menyorok album tersebut di antara lipatan baju. Tapi baju yang dilipat pun hanya lima helai. Tu pun junior yang tolong lipatkan.


Thursday, 1 January 2015

#29

            “dua-dua salah kot” Kerk bagi pandangan
            “screw you Kerk, kau yang ajak aku keluar tau!”
            “tapi boleh je kalau kau nak bagitau Amir dulu kan?”
            “k”
            “kalah, hahahaha” Kerk gelak mengejek.
            “sepak kang mamat ni,”
            “sepak aaa, tak kisah pun,’”
            “kau tau gak pasal aku dengan Amir?” Bella tanya Kerk.
            Kerk angguk.
            “mana kau tau?”
            “monyet.”
            “aku serius ni Kerk.” Bella dah tak senyum pastu pandang Kerk dengan mata mencerun.
            “rumours la. aku dengar gitu-gitu je. Budak dorm aku sembang pasal korang,”
            “tahi betul la. Macam mana boleh kantoi eh. Aku dengan Amir je tahu pasal kitorang.”
            “anda pasti?”
            Bella cuba mengingat.
            “OMG. Sekarang aku tau kenapa kau cakap monyet! Memang beruk yang sekor tu laa!”
            “Ah-uh.” Kerk angguk.
            “dasar.”
            “k jangan carut Bella” Kerk cuba tahan Bella dari mencarut.
            “BOAR!”
            “NOOOOOOOOO” Kerk buat drama, tapi tak tak keterlaluan sangat dramanya sebab dia tengah drive.
            Danial Hakim ni memang @!#$@@%#$%#$%#$!

********


                        +Keluar jap, aku ada depan rumah kau ni,

            Sheet. Bella selak langsir. Amir dan motornya betul-betul berada di depan pintu pagar. Dia capai sweater dan menzipkannya. Hoodie dinaik ke kepala. Seluar tidur ok cun. Rambut yang jatuh di dahi di-touch up.
            Bella menuruni anak tangga. Lampu halaman rumah di buka.
            “nak gi mana pulak tu?” tanya Kerk yang sedang menonton tv, baru selesai memasukkan cream puffnya ke dalam oven.
            “jumpa Amir jap, kat luar ni je.”
            “dah pukul berapa ni Bell” Kerk kerling jam. Pukul 11 malam.
            “kejap je. Dok depan ni je. Pintu bukak, lampu bukak. Kau nak tengok, tengok la.” Bella jalan menuju pintu rumahnya.
            “Bell, kejap.” Kerk tengok Bella
            Bella pusing belakang
            “rambut tu bawak masuk dalam hoodie tu la,” Kerk menegur sambil menggeleng kepalanya.
            Bella malas panjang cerita. Rambutnya ditolak masuk dalam hoodie. Dia keluar dari rumah, menyarung seliparnya, dan membuka pintu pagar untuk Amir.
            “masuk la,” pelawa Bella.
            Amir mengatur langkah masuk ke halaman rumah Bella lalu duduk di atas kerusi batu.
            “BELL KAU JANGAN LAMA-LAMA PULAK!” jerit Kerk dari ruang tamu.
            “bengong lah mamat ni. dia saja la tu nak bagi mak ayah aku dengar.” Bella geleng kepala.
            “mak ayah kau tidur dah?” tanya Amir.
            “belum lagi, dok sembang dalam bilik tu.”
            “ooo.”
            “takleh tunggu esok ke?” Bella pun duduk di atas kerusi batu tersebut.
            “takleh.”
            “So camne tadi, best tak lepak dengan Suraya?” tanya Bella sambil buat jerk face.
            “kau pulak best tak lepak dengan Aliff?”
            “best gila. Dia belanja kitorang tadi.”
            “aku pun. Best gila.” Amir taknak kalah.
            “kau baru balik dari mana tadi? Siap pakai kemeja bagai. Ke memang nak lepak dengan Suraya pakai camtu?”
            “aku baru balik dari interview. Untuk scholarship.”
            “oh.” tu je reaksi Bella.
            “ ‘oh’ je?”
            “dah tu?”
            “ingat nak cakap tahniah.”
            “kau tak bagitau pun aku yang kau ada interview, jadi from the very first place kau memang taknak bagitau aku lah kiranya.”
            “aku ingat nak buat suprise, bila aku dah dapat offer nanti. Tapi tak jadi. Kau dah tahu dulu.”
            “engineering?”
            “yep.”
            “suraya pun interview sama?”
            “a’ah. Jumpa sebab kitorang satu group. Pastu dia ajak minum. Jadi plan aku sebenarnya bukan lah nak jumpa dia pun.”
            “oh.”
            “I bet Aliff told you about me and Suraya kan?”
            Bella diam.
            “em, ye lah tu.” Amir jawab pertanyaan nya sendiri.
            Amir ambil tangan Bella lalu digenggamnya. “don’t worry, aku memang takkan pergi balik dekat dia.”
            Kerk yang dari entah mana tarik Amir ke belakang untuk meleraikan pegangan tangan Amir dan Bella. “eh Amir, rasanya dah nak tengah malam ni. Boleh dah nak balik, kot?”
            Bella terkejut dengan kehadiran Kerk. Begitu juga Amir.
            Amir berdiri. Kerk menghulurkan tangan untuk berjabat tangan dengan Amir. Amir menyambut tangan Kerk. “okay. Aku balik dulu Bella." Amir menuturkan lalu dia beredar.
            “KERK!” jerit Bella apabila Kerk dengan muka tak bersalah bergerak ke dapur.
            Kerk membawa keluar cream puff nya dari oven. Nasib baik cantik lagi cream puff aku walaupun terlebih masa.
            “Holy sh** Kerk! Asal kau kacau aku?!” Bella tak puas hati lalu ikut  Kerk pergi dapur.
            “Bell, kau duduk jap, aku ada hal nak cakap dengan kau,” Kerk menuturkan dengan muka serius. Dan toya.

*********


            Kerk siap buat kopi untuk Bella. Dia meletakkan mug untuk Bella di atas meja.
            Kopinya dihirup. Ah, kopi kapal api...
            “Kerk, aku tak mintak lebih pun. Hormat la privasi aku sikit.” Bella memulakan perbualan.
            “kau yang cakap, ‘nak tengok, tengok la’. Aku pun intai la. Bila dah naik bulu pulak mamat tu, aku pun kacau daun la.”
            Bella diam.
            “selalu ke macam tu?” tanya Kerk.
            “macam mana?”
            “pegang-pegang tangan macam tu?”
            “tak jugak.” Bella cuba mengingat. Memang jarang pun pegang tangan.
            “Bell, sedih la aku tengok kau macam ni.”
            Bella pandang Kerk di matanya. Memang nampak mata Kerk berair sikit. Mungkin ni sebahagian dari drama dia.
            “kau tahu kan, kita kawan baik waktu kecik dulu. Pastu kau dengan Fai hilang sekejap ikut aunty sebab uncle dengan aunty bercerai, aku sedih gila tau. Pastu bila diorang dah get back, korang pulak kena gi oversea ikut uncle sambung belajar. Pastu waktu korang kat sana. Aku rindu gila dekat korang. Sebab ye lah, korang je lah kawan aku setiap kali aku balik kampung.”
            Kerk berhenti sekejap, lalu menghirup lagi kopi. Lalu menyambung percakapannya.
            “tapi bila kau balik Malaysia, kau dah macam bukan orang Melayu. Balik kampung rambut warna-warni. Pastu selalu pakai short, sleeveless.”
            Bella diam. Hanya mendengar.
            “pastu bila aku dapat tau kau masuk satu sekolah dengan aku time form one, aku happy la. Sebab kau masuk sekolah bagus, sekolah yang aliran agama walaupun bukan sekolah agama macam Fai. Aku ingat kau boleh berubah.” Sambung Kerk lagi.
            “it’s clear now. School couldn’t change me.” Bella mempertahankan dirinya.
            Kerk menarik nafasnya. “it’s true that school couldn’t change you, the thing is you don’t want to change. If you change nothing, nothing will change Bella.”
            Bella diam lagi.
            “you know, i love you. You’re my cousin. I love uncle and aunty too. Uncle tengah sakit, just... please make him happy. For the sake of your father, Bella.”
            Ibu Bella keluar dari biliknya. “Eh, Khai dengan Bella tak tidur lagi?”
            “ye, aunty?” Kerk senyum memandang aunty nya. Ibu Bella bergerak ke dapur. Menuangkan air masak ke dalam gelas, lalu meneguknya.
            Perbualan mereka terhenti seketika.
            “mama tidur dulu. Jangan tidur lambat sangat okay,” ibu Bella masuk ke dalam biliknya.
            Mereka mengangguk sambil tersenyum.
            “so, Kerk. What is actually the thing you want me to do?”
            “to change. Sikit pun jadi lah Bella.”
            “I’ll think about it. Thanks for the coffee. Goodnight.” Bella menaiki anak tangga lalu menuju ke biliknya. Kopi yang dibancuh Kerk untuknya tidak disentuh langsung.

            -Fai, aku dah tegur kakak kau. Still the same diamond head.


            Mesej dihantar kepada Fai.