Semenjak
tengok MC haritu asyik cari je jejaka-handsome-misteri-menarik tu dekat
mana-mana. Dema, padang, court, dataran, anjung mesra and even in-----SURAU
hehehe. I put my eyes on him and I do admit, he is attractive on his own way.
In a glance (konon) pun boleh tahu dia ni type of boy macam mana. Pendiam, of
course la sebab aku duduk nak dekat 4 tahun dekat sekolah ni, tak pernah tengok
pun muka dia. Biasanya orang tak kenal nama, tapi boleh cam muka. Yang ni
terserempak pun tak pernah pun. Or maybe aku memang tak sedar kewujudan dia.
Plus, he is such a good and pious boy. Selama dua minggu stalk dia kat surau
ni, tak pernah tak nampak dia solat sunat.
And also in a glance, I knew he
doesn't even suits me.
Crush, kot. First time ada crush ni.
Bella sengih sendiri.
“Someone is going to get retarded
soon. Fei Mau suits you much Bella. Trust me.” Yuka bersuara selepas meletakkan
Al-Quran di atas rak. Biasa lepas solat Isyak, students memang tak pergi prep
terus. Ada yang tidur, ada yang baca Al-Quran, ada yang solat sunat, ada yang
buat fast-usrah, ada jugak yang melanguk macam aku ni. Pukul 9:15pm baru lah
nak terkedek-kedek salin telekung, tukar tudung prep. Pastu mula la crowded bilik
wudhuk tu. Kalau ada kereta warden bertugas dekat anjung mesra, pukul 9 tepat
pungung dah melekat dekat kerusi kelas tau.
“Ive told you. Dont Fei Mau me
around!” cubaan jentik di dahi Yuka gagal kerana dia sudahpun menutup dahinya
sesaat awal.
“Takpe, aku simpan dulu.” Bella
sengih dengan mata mencerun.
“Who are you looking at?” Yuka
menurunkan tangannya. Matanya mengintai pelajar lelaki daripada ruang antara
penghadang yang memisahkan saf lelaki dan saf perempuan yang juga pemisah
bahagian depan surau dan bahagian belakang surau. Kalau ada tazkirah or tayangan,
barulah penghadang ni dibuka. Waktu tu budak aspuri pun bajet-bajet fokus
dengar ceramah. Cuma ada yang jenis tak makan saman macam Bella ni, sesedap
oren je buat kuak lentang suruh bebudak cover dia.
“Your forehead!” Jentikan kuasa tera
dilepaskan ke dahi Yuka. Serta merta
dahinya berona merah. “Bloody retard! Dasar bini Fei Mau!” ketawa pecah. Dalam
surau pulak tu. Ish ish ish.
“Shhhhhhhhhhhhh.” Beberapa pelajar
mengeluarkan bunyi serentak memandang mereka. Terhenti sebentar alunan ayat
suci Al-Quran yang bergema dibaca oleh pelajar-pelajar.
Ketawa terhenti.
“Galok betul.” Suara seorang pelajar
lelaki yang tak dapat dikenalpasti daripada bahagian depan surau.
Darah berderau. Sabar Bella. Thank
God there’s no Minn here. Karang tak pasal tambah lagi seorang yang berbalut
kepala esok. Dia mencari arah suara tersebut dari ruang penghadang.
“Dah Yuka, jom gi kelas.” Bella
bersuara dingin.
Yuka
mengangguk.
*****************
Bella dan Minn berjalan pulang ke
Aspuri daripada kantin sekolah. Hari ni hari
Sabtu, lauk lunch kat dema pulak ikan. Bukan nak demand, cuma hari
minggu macam ni je boleh merasa lunch makanan luar. McD ke, Pizza Hut delivery
ke, KFC ke, tapi yang paling syok sekali bila boleh order daripada Jungle
Foodcourt. Hujung minggu sahaja dalam RM30 dah hangus. Nak outing minggu ni
turn lelaki, nak fly pun kena hold kejap. Kau gila kes phone haritu pun tak
‘dibicarakan’ lagi. Cewah.
Bangunan Aspuri terletak di sebelah
dema. Dema pulak sebelah Aspura. Kiranya dema ni is in the middle of Aspuri and
Aspura. Bangunan sekolah pulak sebelum Aspura. Jadi nak gi kantin or kelas,
memang kena lalu depan Aspura. Jangan kata nak pandang bangunan yang ada
signboard Aspura tu, nak hidu oksigen kat atmosfera tu pun tak ingin. Ecewah.
“Minn, mak kau cakap pe pasal kes Ben
haritu?” air teh ais di cawan plastik dihirup menggunakan straw sambil
berjalan.
“Kena marah la bro. Nak-nak pulak
aku...” Pap----- pencuci muka Safi sari mentimun dilempar ke arah mereka dari
bangunan aspura. Thank God tak kena kepala. Serentak kepala mereka menoleh.
Tiada kelibat mana-mana pelajar di koridor. Satu lagi bekas sabun dilempar.
Enemy ditected. Lemparan dikenalpasti adalah dari tingkat tiga. Which means,
the level the form four boys live in. Which means, they’re bloody coward as
they’re hiding.
“Perempuan murahan!” jerit seorang
pelajar Aspura daripada tempat ‘penyorokan’nya. Apa yang pasti bukan sorang je,
ada segerombolan sebab lepas je budak
dari tah-mane-mane-entah jerit, yang lain siap support tepuk baldi, ada yang
ambil air gi jirus lagi. Oh my god such a ‘cute’ monkeys.
“Show up! Coward! You dont even have
a pennis! Show up bullshit!” Bella menjerit yang tak payah guna microphone pun
Sleepy Beauty boleh terjaga dari tidur setelah air yang dijirus tepat ke kepala
mereka membasahi anggota badan yang lain.
Jangan kata nak ‘show-up’, di-boo
pula beramai-ramai. Pelajar aspura tingkatan lima yang berada di aras bawah
majoritinya keluar daripada dorm masing-masing. Well, bangunan aspura ni
terbuka dan tinggi sikit dari jalan, jadi boleh nampak la sebijik-sebuntat
budak aras bawah sekali ni. Yang penting nampak Aliff Harris keluar tak pakai
baju dari dorm rumah hijau. Melayang sekejap.
Minn menarik tangan Bella dan
mempercepatkan langkah ke Aspuri. Oh babai shirtless boy. Tangga didaki hingga
ke aras tiga. Sandal dicampak dan terus masuk ke dorm. Makanan dah jatuh depan
Aspura tadi. Terkejut sangat lah kononnya. Drama sangat tau. Tudung ditanggal.
Lengan disingsing.
“Listen, girls. I will never ever
ever get married with any bullshit guy from this school! I promise! I rather
died alone than maryying those bullshits. Even the last guy on earth. Hell no!”
Minn mengela nafas. Rakan lain yang duduk dalam bulatan, sedang menikmati
makanan, terpempan.
“Tadi kitorang dah panggil kau orang
nak cakap tak payah pergi kantin sebab mak Piya ada masak makan banyak untuk
kita. Tapi korang jalan je.” Yuna bersuara. Well, memang ada hikmah semua ni.
“By the way, what happened?” Yuka
bertanya, masih alert dengan situasi. Minn bercerita dengan semangat yang
berkobar-kobar seperti berpidato piala menteri. Bella sudahpun merebahkan
badannya ke atas katil setelah menggantikan bajunya yang basah.
Tiba-tiba teringat Aliff Harris yang
shirtless tadi. Six pack menonjol macam Malik Nor kateko. Nak crush on him boleh kan?
Bella
menyedapkan hati. Lena dalam angan-angan kerana amarah telah dipadamkan oleh
bayangan seorang lelaki. Yang tidak berbaju. Yang berotot. Dan yang kacak.
**************
Amir mempercepatkan langkah ke bilik
gerakan pengawas. Dah pukul 2 suku, janji pukul dua. Janji melayu, macam tu
lah. Nasib baik aku moyang aku Cina. Aku bukan pure Melayu. Mesyuarat memang
tak start lagi kalau Head Prefect pun baru terkedek-kedek. Dia berjalan
melintasi Anjung Mesra. Rasa cemburu timbul melihat beberapa pelajar sedang
menikmati makanan bersama ibu-bapa masing-masing. Untung lah budak yang duduk dekat dengan sekolah. Kalau
aku tak cukup duit pun ayah bank-in je, kalau tertinggal barang pun mama post
laju je. Kot ye pun nak datang kalau aku dah tak balik tiga bulan. Nak buat
camne dapat tawaran sekolah jauh. Redha.
Langkah kaki ditambah kuasa. Pintu
bilik gerakan pengawas dibuka. Pengawas yang lain dah siap dengan buku nota
lagi. Tak kurang jugak ada yang dah tidur. Kurang ajar aku lambat 15 minit je,
bukan 45 minit. Amir mengambil tempat duduk.
“Well friends, I am sorry that I’m
late. Let’s start. First of all, kita mulakan majlis kita dengan Al-Fatihah.”
Sepi seketika. “Okay, what’s the big deal?” Amir buat muka fokus.
“Masalah disiplin makin teruk.
Sekarang, budak Aspuri pun disiplin makin teruk cuma tak seteruk budak Aspura
la.” Penolong ketua pengawas memulakan bicara dengan nada sarkastik. Pelajar
lelaki yang lain ada yang bising-bising konon nak back up. Padahal memang betul
pun.
“Okay. Please, proceed. Ignore
them.” Amir tersenyum dengan gelagat mereka.
“So, we have detected those girls
yang banyak buat masalah ni. The thing is, diorang tak pernah kantoi. Tapi
kitorang tahu diorang ponteng, bawak phone, fly. Cuma tak pernah kantoi. So, we
decided to prank them.” Ayat akhir menarik perhatian semua pengawas yang berada
dalam bilik tersebut.
“Name those girls.” Amir menunjukkan
minat.
“They’re all the form four students.
Minn, Sofea, Ayu Nadia, Ayu Aqilah, Najiha and... Oh my Lord I forgot the
most wanted one----Salsabila. “ Syeros senyum segaris.
“Okay. Oh, wait. Have you ask the
permission from Cikgu Asmira?” Peraturan kena ikut jugak apa-apahal. Mana
boleh sesedap orange je nak prank la ape la. Diorang tak kantoi tu sebab nasib
baik. Budak Aspuri ni semangat sangat. Budak Aspura relaks je. Cool guys.
Aiceh.
Syeros angguk.
“Oh
okay. So lets proceed to the next issues.” Amir tukar topik.
***********
Amir mengulang baris ayat di dalam
buku rujukan Chemistry itu beberapa kali. Hampir 10 kali diulang, masih tak
dapat dicerna maknanya. Ada sesuatu mengganggu fikirannya. Buku ditutup.
“Yan, kalau warden datang, cakap aku
gi jumpa adik aku jap.”
Yan angguk. “Buat ape jumpa adik
kau?”
“Lah, Yan. Sejak bila ni?”
“Sejak bila ape?”
“Sejak
bila jadi busybody ni?” Amir senyum, lalu meninggalkan Yan yang masih cuba
mencerna makna perbualan mereka tadi.
************
“Kau couple dengan Bella ke?” tanya
Amir sejurus sesaat Danial menapak kaki di hadapannya. Kena jumpa hujung
koridor. Takut nanti dia bertumbuk dengan Danial ni depan kelas.
Danial menepuk tangan dua kali. “You
came this far just for this crap question?” Danial tersenyum sumbing.
“Not too far. Just two blocks away.”
Amir membalas, menyimbah lagi api terhadap perbualan yang makin panas.
Danial menyingsing lengan. “So I
guess the two-block-away-or-what-the-hell-you’re-talking-bout’ suits to make
your face swollen.”
“I do not afraid of you. Just
remember that. Kalau bukan aku ni Head Prefect, aku dah boleh bertumbuk dengan
kau kat sini.”
“So do it! Come on! Dont be such a
coward!”
Lima milisaat perkataan akhir keluar
dari mulut Danial, satu tumbukan dilayang ke pipi.