“Bella, nama budak yang kena
Khemah Bersepadu Unit Beruniform dah tampal dekat board depan bilik seminar.”
Beritahu Yuna.
“kau dengan Yuka kena tak?” tanya
Bella.
Yuna geleng. “tak, sebab markah
kokurikulum kitorang dah tinggi kot.” Yuna sengih.
“riak siot,”
“bukan riak la gila, aku bagitau je
sebab apa aku tak yah gi,” Yuna tarik lengan baju Bella.
“haha aku tau la, gurau je. Nama aku ada tak agak-agak?” tanya Bella
sambil buat heli-pen.
“ada. Kau dengan Piya. Minn dengan
Geena ada jugak, tapi jadi AJK.”
“sheet, aku dah lah benci berkhemah
ni, nak berak pun pikir dua tiga kali.”
Yuna angkat bahu.
“asal form five ada jugak? Tahun ni
kan nak SPM dah,” tanya Bella.
“Ayahanda cakap, ni awal tahun lagi.
So, boleh bawak form five. Pastu, ni last chance kita la nak kumpul markah
koko.” Jelas Yuna.
“hmm, ye tak ye jugak. Aku ni bukan
macam kau, dari form one dapat gi pertandingan bahas kebangsaan lah apa la.
Yuka pulak dengan dia punya inovation apa jadah tah tu..” Bella sengih pandang
Yuna.
“banyak la kau. Camping ni hujung
minggu depan tau. Okay la, aku nak gi bilik guru jap.” Yuna bergerak keluar
dari kelas 5 Einstein.
Minn tiba di kelas lalu menarik
kerusi untuk duduk. dia membawa keluar buku latihan Matematik Tambahan lalu
menyelak beberapa muka surat.
“Minn, kau dah tengok nama kat
board?” tanya Bella.
Minn angguk. “aku jadi ketua AJK,
dengan Han. Bahagian aktiviti pulak tu.”
“kau dah tengok list aktiviti?”
Minn angguk lagi. “macam biasalah.
Kawad, night walk, malam kebudayaan.”
“group untuk peserta dah keluar?”
Belum sempat Minn menjawab---
“BELLA!!!!!!!!!!!!” Piya berlari
masuk kedalam kelas 5 Einstein lalu menuju ke arah Bella sambil
termengah-mengah.
“asal do?” tanya Bella terkejut.
“group untuk khemah dah keluar...”
Piya menarik nafas.
“aah, dah keluar.” Sokong Minn.
“kau satu group dengan...” Piya
menarik nafas lagi.
“Danial.” Sambung Minn. Dengan muka
takde perasaan.
“DAF*Q?!” jerit Bella
********
“Bella, kau dah kenape?” tanya Yuka
setelah melihat Bella yang tersengih luar biasa.
Bella hanya duduk dan merenung
makanan nya.
Danial...
HA HA HA HA!!!!
DANIAL
HA HA HA HA!!!
“Woi!”
Geena tampar lengan Bella.
Bella tersentak dari lamunannya.
Over imaginative betul aku ni. Aku dah terbayang aku ikat Danial kat landasan kereta api miahahaha!
“sorry. Aku terbawak-bawak,” Bella
sengih.
“siot la muka kau scary gila, macam
tengah plan murder.” Ujar Geena.
“Bingo! HA HA HA HA!!!” muka Bella
bertukar jadi psycho.
“aku tampar kau dengan tulang ayam
ni kang. Makan la bangang.” Geena angkat ayamnya ke depan muka Bella.
“benci aku tu takdelah sampai nak
bunuh dia dalam dunia realiti lagi..” Bella menyuapkan nasi ke dalam mulutnya.
“dunia realiti?” tanya Yuka
“ye, dunia realiti. Sebab dalam
dunia fantasi aku, dia dah mati banyak kali,” Bella buat muka psycho lagi.
“seriously, you’ve gone insane,”
Geena geleng kepala.
“scary.....” Yuka telan air liur.
Bella gelak. Cuma kali ni, gelak
yang normal.