Friday, 31 October 2014

#24

            “Malam ni orang cakap ada spotcheck.” Geena bersuara rendah namun masih dapat didengari oleh Bella, Piya dan Minn.
            “Bella kau bawak tak?” tanya Minn.
            Bella geleng.
            “Bagus. Kalau kantoi habislah kita kan EXCO Asrama.” Minn sambung.
            Piya buat eye-contact dengan Bella.
            “Aku dengan Geena nak balik dorm jap tertinggal Biology punya report. Malam ni kena hantar dah kat Firman.” Piya berdiri.
            “Eh?” geena pandang pelik kepada Piya
            “Ikut je lah aku.” Piya tarik tangan Geena lalu mereka pulang ke dorm.

************


            “Settled?” bella bertanya kepada Piya dengan nada suara yang rendah.
            “Apa yg settled?” Minn potong line.
            “Lab report ni. Bella nak pinjam. Aku settle dah.” Jawab Piya spontan.
            “Oh. okay.” Minn sambung buat lab report.
            Piya pandang Bella lalu mengangguk kepalanya berulang kali.
            “Bella, Minn.  Meeting jap.” Ben bersuara dari pintu kelas.
            Minn dan Bella bingkas bangun lalu membuntuti Ben untuk menghadiri mesyuarat tergempar (terkejut) yang diadakan di bilik kaunseling.

***********


            “Sir Firdaus suruh buat spotcheck. Dalam minggu ni.” Ben bersuara.
            “Oh, bukan malam ni?” tanya Minn.
            “Ada aku cakap malam ni ke? Aku cakap minggu ni, kan?”
            “Kau ni apa bangang sangat, aku tanya je.” Minn pandang slack.
            “Baru masuk sekolah kot, takkan nak buat dah?” tanya Bella.
            “Hari pertama masuk sekolah lagi kena ikut peraturan dah. Takkan nak tunggu akhir tahun baru semua nak reti bahasa?” Ben membidas.
            Ek eleh mamat ni dulu dia dok jadi ketua mafia dengan Danial. Bella mencebik. “Okay.”
            Kerk pandang Bella. Begitu juga sebaliknya.
            “Kita buat hari rabu. Jangan cakap kat sesiapa including exco sendiri. Biar HI-Com dulu yang tahu sekarang.” Ben pandang semua orang.
            Mereka sekadar mengangguk.

***************


            Bella dan Kerk berjumpa sebentar selepas mesyuarat tersebut.
            “Kerk, aku tak rasa aku boleh rampas orang punya kalau aku pun bawak.”
            “Aku pun.” Kerk bersetuju.
            “Watlek je. Perempuan je sokmo semangat lebih. Kau tengok je Ben macam tu, nanti hari spotcheck mesti dia dok rileks je. Kitorang rampas mana yang depan mata je. Takde lah nak selongkar beria.” sambung Kerk
            “Oh ye ke.” Bella tunduk. Jeda.
            “Pak long camne? Okay?” Kerk tukar topik.
            “Camtu jelah, Kerk. Nak kata sihat tu tak lah, tapi alhamdulillah tak makin teruk. By the way dia tanya bila nak balik jumpa dia?”
            Kerk sengih. “Minggu ni balik bermalam kan? Aku balik rumah kau la. Boleh jumpa pak long. Fai balik jugak?”
            Bella sengih gembira. “Tak tau, balik kot. Yay yay!”
            Kerk tersenyum. “Dah, pi balik kelas. Hari jumaat nanti pukul 12.30 jumpa kat pondok pengawal.”
            Bella angguk. “Bye!” Dia berjalan ke arah Minn yang sedang menunggunya.

*********


            “Ben, engko dah kenapa bahan Minn tu?” Danial gelak.
            “Geram aku, aku dok teringat kepala aku berjahit sebab dia.” Ben pegang parut jahitannya.
            “Nasib baik tak nampak sangat parut tu. Tukar hairstyle buat rambut kpop terus.” Danial menyerabutkan rambut Ben.
            Ben tumbuk lengan Danial. “Jangan kacau rambut aku, bingai. Aset ni. Aku rasa aku makin diminati ramai gadis sebab new hairstyle aku ni.”
            Danial berdecit. “Kau dengan perasan kau tu boleh pergi terjun parit sana.”
            “Tapi Minn tu cantik, kan?” tanya Ben.
            “Ah, sudah.” Danial berundur beberapa tapak dalam dramanya.
            “Apesal?”
            “Adakah kuasa balingan cawan tersebut kuat gila sampai benci bertukar cinta?”
            “Kau tak tahu satu benda.” Ben sengih sendiri.
            “Apa?”
            “Mana boleh bagitau.” Ben sengih penuh makna.

            “Aku nak mintak maaf kat kau Ben sebab aku tengah carut kat kau teruk gila dalam hati.” Danial meletakkan tangannya ke dada.
            Ben gelak besar dan sambung homework Lukisan Kejuruteraan nya.