Sunday, 14 September 2014

#23

“Kerk.”
            Kerk menoleh ke belakang, memandang Bella.
            “Nak pergi mana?” Bella melangkah ke arahnya.
            “Balik kelas. Kenapa?”
            “Tolong aku sat.”
            Kerk angkat kedua belah keningnya.
            “Panggil Danial kat kelas dia. Cakap Sir Firdaus nak jumpa.”
            Kerk angguk.
            “Thanks.”
            “Most welcome.”


**********


            Bella menyandarkan belakangnya ke dinding. Hailaa mamat ni, mana nye? Lambat betul.
            Danial melihat Bella di hujung koridor, langkah kaki dipercepatkan.
            “Jom.” Sepatah dia bersuara setelah tiba berhampiran Bella.
            Bella membuntuti Danial ke bilik guru.
            Danial mengetuk pintu bilik guru kemudian membukanya. Langkah kaki diatur ke meja Sir Firdaus.
            “Ha, datang pun, kenapa lambat sangat?”  Sir Firdaus capai fail di rak bukunya. Dia menghulur fail tersebut kepada Danial.
            “Cikgu ada mesyuarat la, awak tu lambat sangat. Jadi korang bincang sendiri, tapi jangan kat tempat mencurigakan pulak. Pi bincang kat anjung ke, kantin ke.”
            Danial mengangguk kepalanya.
            “Awak jangan tak bincang pulak, cikgu dah suruh sorang budak cikgu tengokkan awak.”
            “Ok, make your way. Tu dalam tu, ada contoh minit mesyuarat, kertas kerja, carta organisasi. Cikgu nak awak try buat. Senang lah apa-apa hal nanti. Danial, awak jangan suruh Bella je buat kerja.”
            Danial sengih.
            Bella tersenyum puas hati. Apa dia ingat kalau aku sorang je buat kerja, aku tak report dekat cikgu? Memang aku report aaa.

********


            Mereka tiba di anjung mesra.
            Danial bergerak ke meja dan menarik kerusi untuk duduk.
            Bella masih berdiri.
            “Nak suruh aku dudukkan kau ke? Ke nak duduk atas riba aku?” Danial bersuara dengan sengih-mengejek di bibir.
            “I dont need your sarcasm.”
            “So, sit down. Kita nak buat kerja je. Aku takde hati pun nak duduk sekali dengan perempuan macam kau ni.”
            Bella mencebik. “Aku pun tak hingin nak duduk dengan lelaki macam kau.” Dia menarik kerusi lalu duduk berhadapan Danial.
            Danial membuka fail tersebut dan menyelaknya.“Camne nak buat minit mesyuarat ni?”
            “Kan Sir dah bagi contoh, ikut jelah.” Bella bersuara malas.
            “Okay kalau macam tu kau buat lah.”
            “Taknak. Kau lah buat.”
            “Ish dah tu apa fungsi kau jadi perempuan?”
            “Banyak.”
            “Penuhkan nafsu lelaki ke camne?” Danial sengih herot.
            Bella diam.
            “Lah, diam pulak. Jawab ah.”
            Kening Bella berkerut.“Is this some kind of stupid joke or what?”
            Danial mengekalkan sengih di bibir. “We both know it isn’t.”
            “And we both know you’re stupid jerk yang tumpang famous nama abang sendiri.”
            Danial mengetap bibir. “Well, we both know you’re that cheap..”
            Mata Bella berair.“I’m off.” Bella beransur pergi.
            Danial campak fail ke atas meja.

*********



            “Bella, apasal senyap je dari tadi?” Minn menepuk bahu rakannya.
            Bella menggeleng.
            Minn mengeluh. Dah tahu dah, kalau tanya pun, memang dia takkan cerita.
            “Esok, ada perjumpaan EXCO tau, Ben buat.”
            Bella angguk. Minn beransur pergi.
            Pandangan Bella ditala ke syiling dorm. It’s not that I don’t want to share my problems with you girls,  I’m just not ready yet. I have serious trust issues.

******


“Sir, saya nak letak jawatan.” Bella menggagahkan diri, bersuara. Nak berjalan masuk bilik guru pun rasa dah tak daya dah.
            “Kenapa?”
            Bella diam. Nak cakap apa? Sebab saya tak suka Danial?
            “Saya tak boleh, saya tak layak.” Cewah. Tak layak.
            Sir Firdaus memandang anak muridnya. “Awak layak, sebab tu saya pilih. Danial pun ada datang jumpa saya.”
            Hekeleh Danial tu, taknak jadi jugak aaa tu. Apa dia ingat aku nak sangat la sama jawatan dengan dia? Ish, camne ni...........
            “Tapi Sir, saya taknak....” Bella tunduk memandang lantai.
            “No excuses. Awak tak boleh letak jawatan.”
            Bella mengeluh.
            “Tak lama lagi awak akan nampak hikmah dia.” Sir Firdaus kembali menanda buku latihan.
            Hikmah kebenda aku dengan  Danial tu. “Takpelah Sir, terima kasih.” Dia berlalu meninggalkan meja gurunya dan keluar dari bilik guru.

*******


            “Saya lantik awak berdua, sebab saya percaya, awak berdua boleh jalankan tangungjawab awak!” Sir Firdaus menyinga.
            Yes, pecat lah aku. Pecat lah aku. Bella terseyum(dalam hati).
            “Kalau awak rasa awak berdua buat macamni pasal nak suruh saya pecat, jawapan dia tidak.”
            Danial masih tidak memberi sebarang reaksi.
            Bella masih membisu.
            “Go, finish this work!” Sir Firdaus meletakkan beg komputer riba dan fail di atas mejanya.
            Danial mengambil kedua-dua barang tersebut. “We’re sorry, Sir. Kitorang akan siapkan harini jugak.”
            Sir Firdaus mengangguk.
            Mereka keluar dari bilik guru.
            “Pergi settle diri dulu, waktu riadah, datang anjung.” Danial bersuara sedatar dan menghulurkan beg komputer riba kepada Bella. Fail masih ditangannya.
            Bella angguk. Nak suruh aku buat lah tu. Tahu sangat. Dia mana boleh nak tinggal rugby tu.

*********


            Bella mengatur langkah ke anjung mesra bersama rakan-rakannya yang juga ingin ke gelanggang bola keranjang. Dia mengerling ke padang, budak-budak rugby tengah warm up. Hujung minggu ni ada tournament lah tu, beria sangat buat latihan.
            “Nanti nak balik ajak aku.” Bella angkat sebelah tangannya dan berpisah haluan daripada rakan-rakannya yang lain.
            Piya mengangguk laju.
            Dia bergerak ke meja yang berdekatan dengan suis. Plug charger disambungkan ke komputer riba. Komputer riba dihidupkan. Microsoft word ditekan.
            MINIT MESYUARAT EXCO ASRAMA 2013 KALI PERTAMA
            Pegerakan jari Bella di keyboard terhenti. Hailaa, lupa pulak nak buat camne. Fail ada kat mamat tu. Dia memegang kepala, cuba mengingat.
            Danial datang, menarik kerusi lalu duduk bertentangan Bella. fail diletakkan di atas meja lalu ditolak kepada Bella. “Kita berkompromi, hal kerja. Let’s be professional.” Danial tak buat sebarang ekspresi muka.
            Siapa yang tak professional sekarang ni? Dia rasanya. “Okay.” Sepatah. Sebab kalau aku menjawab karang, silap-silap makan penumbuk dia.
            Danial menarik komputer riba lalu diletakkan berhadapannya.

********


            “Piya. Semput nya aku rasa masuk form five ni.” Bella merebahkan badannya ke atas katil.
            Piya mengangguk. “Betul, dengan kelas tambahan, kelas malam. Kelas tambahan ambik prep petang, kelas malam ambik prep malam. Homework, memang kena buat time kat dorm la.”
            “Tu tak campur lagi dengan siapa yang kena Morning Glory tu. Lepas subuh terus kelas.” Sambung Piya.
            “Aku la tu, kena Morning Glory subjek Add Maths. Padanlah, failed. Failed single digit plak tu. Apa ke bengap sangat aku.” Bella sendiri tergelak melihat markahnya Matematik Tambahan nya. Dapat 7 kot. 7 per seratus. Rasa macam tak belajar apa-apa bila jawab tu.
            “Aku failed gak, tapi ok sikit dari kau aaaa. Aku failed tapi dapat 39. Satu markah lagi nak lulus. Kureng. Failed tinggi.” Piya buat muka bangga.

            “Kau jangan nak bangga diri, berdosa.” Bella sengih. Piya ni memang terer subjek yang ada pengiraan ni. Math Mode memang tak pernah tak A. Add Math pulak sokmo lulus. Tapi subjek membaca dia memang kelaut. Sejarah waktu upper form ni tak pernah tak C.
             Bella merenung kosong air milo dihadapannya. Amir tengah buat apa sekarang eh?


Wednesday, 3 September 2014

#22

             Bella meletakkan beg pakaiannya di atas lantai. Cadar dibawa keluar dari beg lalu disarungkan terus ke tilam. Dia rebah ke atas katil.
            Senyap je Aspuri ni. Bebudak lain mesti tengah enjoy lagi tak pun tengah pulun buat homework. Aku ni kena balik awal plak. Malam ni ada mesyuarat pulak. Minn entah kat mana, batang hidung batang cermin mata pun aku tak nampak lagi.
            Tapi nasib baik lah ada jugak orang nak hantar aku tadi. Tu pun sebab ada Kerk. Kalau tak, ‘rajin’ pulak Pak Ucu nak buat habis duit dia bayar petrol semata-mata nak hantar aku balik Kuantan.
            Mama? Mama kerja. Macam biasalah.
            Telefon bimbit Nokia 3310 dibawa keluar dari poket seluar. (tu pun lepas tengok line clear ke tak). Pesanan ringkas dihantar kepada Kerk.

            +Awal lagi ni. Jom keluar makan kat IM jap.

            Selang dua minit, Kerk membalas.

            -Bereh. Solat asar dulu. Pukul 5 suku kita jumpa kat anjung damai.
            +Okiesss

            Telefon bimbit disorok bawah tilam. Langkah kaki diatur ke bilik air untuk mengambil wudhuk.
            Kalau dekat asrama, malas macam mana pun automatik akan solat jugak. Bila lah kau nak berubah, Bella?

********


            Semua EXCO Asrama Aspura dan  Aspuri sudah berkumpul di anjung mesra. Suasana sekolah sangat sunyi, memandangkan pelajar lain masih belum pulang ke asrama. Yang dah datang pun bebudak EXCO Asrama pasal ada kursus kepimpinan.
            “Assalamualaikum.” Sir Firdaus bersuara sejurus tiba di anjung mesra tersebut.
            “Walaikumussalam.” Berterabur suara kerana masing-masing menjawab salam solo-solo.
            “So, welcome back my dear EXCO Asrama. Welcome home.”
            Bella tersenyum sinis. Home sangat. Nak dekat 4 tahun aku duduk sini tak pernah rasa sekolah ni rumah manis rumah pun.
            “Jadi, awak datang sini dengan amanah, dan tanggungjawab. Amanah ni Imam Ghazali cakap, benda paling berat nak dipikul dalam dunia ni. Jadi, jalankan amanah awak sebaiknya.”
            Jeda.
            “Saya nak perkenalkan sorang-sorang ye. Start dari EXCO dulu.”
            Sir Firdaus membaca satu persatu nama Exco Asrama Putera dan Puteri. EXCO Bilik Basuh dan Bilik Gosok pun ada. Baru diwujudkan tahun ni. Untuk menjadi lebih efisyen kata pengetua.
            “Okay, done. Sekarang, HI-COM (High Committe).” Beliau menyelak muka surat sebelah buku nota poketnya.
            “Bendahari Aspura, Mohd Aiman Syafiq. Bendahari Aspuri, Nur Iman Batrisyia Suraya.” Kedua-dua pelajar tersebut berdiri dan mengukir senyum di bibir masing-masing.
            “Setiausaha Aspura, Mohd Danial Hakim. Setiausaha Aspuri, Nur Salsabila.”
            Bella berdiri keseorangan. Taktau pulak mamat sengal tu jadi EXCO. Ke dia pun bidan terjun macam aku?
            Pelajar yang lain dah ternganga melihat kelibat Bella yang berdiri.
            Dah agak, memang ni lah reaksi diorang. Apa diorang ingat aku tak relevan nak jadi HI-COM? Cewah.
“Mana Danial?” Sir Firdaus mencari-cari kelibat pelajar lelaki tersebut.
“Bas Danial delay Sir, hujan lebat.” Ben bersuara.
“Bas boleh delay sebab hujan lebat ke?” Sir Firdaus mengerutkan dahinya.
Ben telan air liur. Aku dah agak, memang mamat ni tak datang. Kau pun satu Ben, apa ke relevan bas delay sebab hujan lebat?
“Tak ape lah, kita proceed. Naik Penghulu dan Naib Penghulunita; Ahmad Khairullah dan Intan Shafiqah.” Chap dan  Kerk berdiri.
 “Penghulu dan Penghulunita; Ahmad Syaaban dan Nur Yasminn.” Ben dan Minn berdiri. Kedua-duanya tersengih lebar.
Bella sengih memandang Minn. Minn ni cikgu nak buat dek kewibawaan dia pun memang tak boleh aaa. Siap ada cikgu offer jadi pengawas tapi dia tolak je mentah-mentah. Konon taknak berpisah dengan member. Kalau jadi pengawas, kena satu dorm dengan pengawas, bergaul dengan pengawas, makan dengan pengawas. Ni baru orang cakap Buddyz, dah lah top student. Cantik pulak, perfectio.
“Okay, esok ada mesyuarat dengan HI-COM. Lepas ni kita ambil gambar. Sorang pergi panggil abang guard suruh dia ambil gambar kita. Nak pakai timer, cikgu tak bawak tripod pulak.” Sir Firdaus menanti volunteer dari mana-mana pelajar.
Tiada.
“Ha, Syaaban. Sejak bila jadi pondan ni? Pergi lah panggil abang guard tu.” Sir Firdaus memandang Ben.
Ketawa pelajar yang lain pecah.
Ben sengih dibuat-buat. Ape benda aku pulak yang kena? Tadi dia sendiri yang mintak volunteer.

********


            “Apesal tak balik bro? Lu bikin gua panas bro.” Ben terus bersuara setelah talian disambungkan.
            “Aku kena demam campak la Ben. Aku dah beli tiket dah pun, tiba-tiba demam pulak. Pergi check doctor, demam campak. Patut la gatal-gatal je.”
            Ben terdiam. “Sorry. Aku ingat kau sengaja taknak balik. Hehe.”
            “Sampai hati you Ben, apa you ingat I ni bengap sangat nak ingkar arahan Abang Firdaus tu?”
            Ketawa Ben pecah. “Bila balik ni?”
            “I got seven days MC oh my God! Duckface sikit.”
            “Hambarnya Danial, hambarnya.” Ben gelak dibuat-buat.
            “Damn you. Balik minggu depan la. Tak sempat nak balik sekali dengan budak-budak lain. Ni pun baru nak naik ni.”
            “Okay. Rehat la banyak sikit. Nak cepat sihat simbah badan dengan air kencing Bangla.”
            “Kau ingat kelakar?” Danial gelak buat-buat.
            “Damn, aku kena balik. Ok la nak tidur, esok ada kursus kepimpinan bro. Goodbye. Get well soon. Syafakallah.”
            “Jazakallahukhairan. Jay zak kay kay.”
            “Perghh, cakap arab do.”

            “Aku tampar kau karang.”

*******

“Saya nak buat mesyuarat HI-COM, tapi Danial tak ada pulak. Saya nak semua HI-COM ada, saya malas nak ulang banyak kali. Saya nak awak betul-betul detail pasal tugas awak ni.” Sir Firdaus meletakkan pen. Pandangannya hinggap di satu persatu muka pelajar di hadapannya.
            Ben angkat tangan. “Cikgu, Danial tak balik sebab dia kena chicken pox.”
            “Dah besar pun kena chicken pox lagi. Ha, okay lah. Macam ni, harini cikgu briefing dengan semua HI-COM kecuali Setiausaha. Cikgu jumpa awak berdua lainkali. Okay. Salsabila?”
             “:Okay, Sir.” Bella senyum segaris. Mamat ni lahir-lahir je visi dan misi dia untuk menyusahkan orang kot.
            “Okay, awak boleh balik kalau awak nak.” Sir Firdaus menhalakan tangannya ke arah pintu.
            Bella angguk. “Terima kasih, Sir.” Dia menolak kerusi dan memasukkannya kembali ke dalam meja. Buku nota poket dan sebatang pen yang dibawa dimasukkan ke dalam beg.
            Bella melangkah keluar dari bilik Gerakan Asrama dan menutup pintu kaca bilik tersebut.
            Sir Firdaus tergelak kecil. “This girl is quite something. Biasanya kalau saya cakap macam tu, takde siapa yang berani nak keluar.”.
            Minn tersengih. Haih, Bella, Bella.